Sabtu, 4 April 2009

Pasar Tani Mega. Shah Alam.




Salam sejahtera.

Pasar Tani Mega, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Pada pagi ini ( Ahad. 05.04.2009 ) seawal jam 7.00 pagi Santai Sihat bertolak ke Pasar Tani Shah Alam. Pasar ini terletak di Seksyen 13. Shah Alam. Lokasinya di lapangan letak kereta Stadium Shah Alam dan berhampiran Pasaraya Giants, juga berhampiran Stadium Malawati . Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam pasar tani ini bukan lagi asing bagi mereka. Segala barang keperluan ditawarkan di sini sepertilah juga di pasar tani yang lain tetapi pasar tani Shah Alam ini kawasan perniagaannya agak lebih besar dan luas berbanding dengan tempat-tempat lain yang pernah dilawati. Entri ini lebih sesuai dibaca oleh mereka yang jarang atau tidak pernah ke pasar tani ini sebagai pengetahuan tambahan.












Stadium Shah Alam.


Stadium Malawati

Buat kali ini saya hanya tertumpu kepada Gerai Jualan Ikan sahaja kerana sebentar tadi, semasa isteri saya memilih ikan, saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan salah seorang pembantu gerai ini sementara beliau berehat dan meneguk air. Mereka ini sebenarnya berasal dari negeri Kedah. Dari Kampung Tebengau terletak dua kilometer atau kurang dari pantai dan jaraknya dengan Kuala Kedah tidak dapat saya perincikan tetapi ianya tidak beberapa jauh.
Saya suka membeli ikan di sini bukan kerana mereka berasal dari Kedah atau kerana ikannya dibawa dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis tetapi kerana kesegaran ikan tersebut adalah perkara utama menarik perhatian saya ke sini. Tauke gerai ini dikenali sebagai Man, saya tidak pasti nama penuhnya. Gerai ini terletak di penjuru lokasi Pasar Tani berhampiran Pasaraya Giants.

Cara saya memilih ikan segar;
(1) Melihat kepada isangnya yang masih berdarah merah dan segar. ( bukan kehitaman )
(2) Melihat kepada matanya yang masih jernih.
(3) Badan ikan masih berlendir.
(4) Badannya masih keras. Bukan keras seperti kayu kerana keras begini disebabkan air batu.

Sekian dahulu sehingga bertemu lagi. wassalam.

2 ulasan:

  1. Ikan yang saya senang pilih ialah ikan caru dan ikan kembong atau ikan temenung.Biasanya tugas memilih ikan, saya serahkan pada isteri.

    BalasPadam
  2. Sdr.Kuntong.
    Kita serupa walaupun tidak sama.Tip yang saya beri itupun bukan ori , isteri yang bagi tahu, kan saya asyik sembang saja dengan penjual itu ketika isteri membeli ikan. cuma sikit-sikit tu tahulah juga.
    wassalam

    BalasPadam