Salam semua.
Masjid
Negeri Shah Alam atau nama sebenarnya Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam, Selangor sama juga seperti masjid-masjid lain di
Malaysia di mana mereka juga mengadakan jamuan berbuka puasa dan
menyediakan sahur untuk mereka yang beriktikaf di masjid serta
menyediakan berbagai program sepanjang bulan Ramadan.
Video ini
diambil sebelum jam 6.30 petang, namun ahli jamaah telah mulai ramai -
ini adalah suasana sebelum berbuka - kelihatan ramai juga yang sedang
membaca al.Quran sementara menunggu waktu berbuka, ada juga yang
bersembang dengan kenalan baru.
Video
di atas ini pula dirakamkan sebelum jam 6.50 petang di mana kelihatan
para jamaah muslimin dan muslimat semakin bertambah, sedang video ini
dirakam seorang kanak-kanak meminta pinjam telefon bimbit kerana beliau
hendak menghubungi bapanya yang sedang berada di masjid ini juga tetapi
tidak mengetahui di sudut mana beliau berada, setelah menelefon bapanya
pun datang duduk bersama anaknya , berikutan itu di penghujung video
ini berlaku sedikit kecacatan kerana penulis tidak mengendalinya dengan
teliti .
Sambil penulis bangun untuk menyimpan beg di dalam kereta dan bersolat Maghrib video ini pula dirakamkan, kelihatan masing-masing asyik menikmati juadah ketika ini semuanya dirasai lazat dan nikmat sekali, ketika inilah juga orang yang berpuasa merasai paling gembira.
Selawat ketika hendak bersurai selepas solat Tarawih.
Catatan:
Dari segi peraturan dan disiplin para jamaah yang datang berbuka dan bersolat pada tahun ini insya Allah akan lebih baik berbanding dengan tahun lepas, mungkin kerana terdapat penambahbaikan pelaksanaan peraturan yang ditetapkan oleh pihak masjid.Tempat makan diasingkan di antara lelaki dan wanita, papan tandanya sangat jelas dan dapat dilihat dari jarak jauh, pada tahun lepas terdapat juga para jamaah yang buat-buat tidak faham bertujuan tidak mahu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Telah menjadi lumrah apabila terdapat orang ramai akan terdapat orang yang tidak jujur, malah ada yang mencuri.
Sekian...Wallahu aklam.