Ahad, 27 Disember 2009

Kudapan di Restoran Nusantara.. Kluang. Johor.



Salam semua.

Jam 10.20 pagi ini saya berkudapan di Restoran Nusantara , Kg.Baru. Kluang, Johor, lokasinya berhadapan dengan Kem Bt3 Jalan Mersing dan mengadap Gunung Lambak. Ja
m 10 pagi biasanya semua lauk pauk sudah tersedia untuk dijual sama ada secara bungkus atau makan di restoran tersebut. kalau tidak salah saya nama tuan empunya restotan ini ialah Hj.Kamal.

Kalau saya ke Kluang inilah restoran yang sering saya kunjungi kerana kerap ke sini sehingga Hj.Kamal pun mengenali saya.Manakala untuk membeli buah-buahan pula saya akan mengunjungi kedai buah yang dikendalikan oleh Kiran, Kir
an seorang yang petah bercakap dan cepat mesra, kini telah menjadi kawan rapat saya. Kelihatan kedainya sekarang semakin maju dan buah-buahan yang dijualnya sentiasa memenuhi ruang kedainya dengan buah-buahan yang baru dan segar.

Lokasinya tidak jauh dari Restoran Nusantara tetapi ianya terletak dipermulaan jalan ke Paloh . Paloh adalah salah satu tempat yang paling bersejarah di Malaysia dan kedai ini juga terletak lebih kurang 700 meter dari Masjid Kampung Baru.


Gunung Lambak dan kuaters askar.

__________________

BAHAGIAN INI MENJURUS ANDA KE FACEBOOK.

Lee Noh
Artikel ini diulang siar di dalam facebook ini sebagai mengingatkan gempa bumi yang berlaku di Haiti pada 13.01.2010 yang telah lalu yang melibatkan ribuan nyawa manusia terkorban termasuk 16 petugas PBB. artikel ini juga telah dimuatkan di laman Kehidupan Bersih sejak 3 bulan yang telah lalu...

Sekian.Wassalam.

Jumaat, 25 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru kepada Wan Ahmad Aznir

Salam semua.
Sabtu (26.12.2009)
Ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu jua.
Jika ada jodoh tidak akan ke mana. Begitulah umpama jodoh yang dipertemukan Allah bagi sesuatu pasangan. Aznir dari Kangar, Perlis dan Uda dari Taman Bukit Kempas, Johor Bharu, Johor. selamat diijabkabulkan pada jam 9.30 pagi tadi .

Tahniah anak saudaraku Aznir. Semoga jodoh kalian berpanjangan dan keberkatannya akan membawa ke syurga.amin.

"Jangan lupa nasihat dan pesanan yang telah diberikan".


Sekian. Wassalam.

Rabu, 23 Disember 2009

Semuanya rezeki dari Allah.


Salam semua.

Sekadar menjamu mata dan memikirkan mengenai kejadian ciptaan Allah, Semuanya dalil adanya Allah dan rezeki pemberian Allah.

Gambar dari Selangor Ria 2009 & Hari Peladang. Penternak dan Nelayan. Di pekarangan Stadium Malawati. ( Siang dan malam - berakhir pada 27.12.2009 ).




__________________

MENHJURUS KE FACEBOOK.

Lee Noh

Salam semua. Memaafkan orang lain dan memohon ampun dari Allah. Tiada hak memaafkan bagi pihak orang lain...

_________________


Sekian.Wassalam.


Jumaat, 18 Disember 2009

Selangor Ria 2009 & Hari Peladang , Penternak dan Nelayan di pekarangan Stadium Malawati.


Salam semua.

Sabtu. 19. Disember 2009.
Jam 8.00 pagi tadi saya ke Tesco Extra dan bersarapan di situ, kemudian singgah di Selangor Ria 2009 & Hari Peladang & Penternak dan Nelayan di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam, macam-macam ada tetapi sayangnya bateri HP saya le
mah tidak dapatlah saya mengambil gambar-gambar pertanian dan nelayan dll, sekadar inilah sahaja yang dapat saya ambil untuk tatapan anda. Sangat baik untuk anak-anak menyaksikannya bagi menambahkan pengetahuan dan memberi motivasi kepada mereka.

Motivasi tersebut akan lebih berkesan, jika diikuti dengan penjelasan dan penerangan oleh mereka yang dewasa dan menjurus kepada mina
t yang sesuai dengan mereka.
Anda yang tinggal berhampiran mempunyai peluang ke situ dalam beberapa hari ini.Kalau tidak salah ingatan saya ekspo ini akan diada
kan sehingga 27 Disember 2009.

Makanan yang paling baik
adalah makanan yang diusahakan sendiri
- Hadis.



Banyak lagi gerai lain yang tidak dapat abadikan di sini.

Sekian.

Khamis, 17 Disember 2009

Kedah dahulu. Kedah lani (puisi)

Dengan iradah dan izin Allah jua,
Maka aku dilahirkan ke dunia.
Di desa pinggiran,
Zaman Tunku jadi pilihan.

Ibu sentiasa bersama bapaku,
Hidup sentiasa rasa terharu,
Aku tidak yatim ibu bapa dan sanak saudara.
Tetapi ibubapaku yatim ilmu dan yatim harta.

Mereka hanya kaya tanggungjawab dan amanat.
Menyara , mendidik anak tanpa penat.
Dalam lumpur dan miang padi mencari rezeki.
Rasuah dan pecah amanah jauh sekali.

Rumah kediamanku.
Rumah atas, bertiangkan buluh,
beratap rembia, susah berpeluh.
bertangga bulat, buatan buluh.
berlantai jarang belahan buluh,

Beralas tikar buatan ibuku,
Menganyam mengkuang bersama ayahku..

Air mandian, minuman, basuhan; cedokan air telaga,
Mineral asli payau bak tawas, itulah sahaja yang ada.
Kepada Allah bersyukur jua.

Rumah di kelilingi pagar kawat berduri,
Pagar dihiasi hutan mengkuang,
Pokok kendung, keriang dan gelam tegak bersama.
Ayam, itik, lembu kerbau majmuk berkampung.
Kubang berlumpur tempat kerbau berehat bersama keluarga.
Itik berenang mencari makan di sana.

Tasauwur kampung;
Sawah padi luas terbentang.
Keindahannya berubah mengikut musim.
Dapat dilihat sejauh mata memandang.
Masyarakatnya hidup mengikut hukum.
Ikan darat, puyu, sepat, keli dan haruan hidup bersama.
Di dalam sawah mereka berpesta, menjadi rezeki petani bijaksana.
Memerang gembira turut serta, di dalam sawah mereka juga berpesta.
Hidupan air berbagai jenis juga berkelana, ikut sama mendapat harta.

Padi menguning, indah lawa.
Petani senyum riang ketawa.
Musim menuai menjelang tiba,
Menyingkir duka sekian lama.

Padi dijual tanpa LPN dan MADA.
Orang tengah untung berjela.
Gerek dan anur alat pengangkutan utama.
Tongkang diguna ke Pekan utama.

Lepas menuai "khenduri sudah padi" pun ada.
Doa, kemiyan dan lilin diasapkan bersama.
Solat ditunai, adat tok nenek diamal bersama.
Itulah adat syirik warisan jahiliyah.
Warisan kita yang gagal pindah.
Zaman teknogi masih diolah.

Semangat padi , bakul mengkuang.
Sukar sangat untuk dibuang.
Jelapang padi menjadi istana.
Bersemayam sampai musim berikutnya.
Adat syirik, hamba derhaka..
Warisan kita membawa celaka.

Guru aqidah sukar dicari.
Janji syahadah ramai mungkiri.
Kampung kelahiranku subur lagi.
Kampung Alor China nama diberi.
Alor Tebuan Dalam dekat sekali.
Daerah Pokok Sena terletak lokasi.
Itu sejarah dahulu aku berperi.
Kampung asalku "Kedah la ni".

Ini cerita akhir 50an
Kulim, Baling jadi sebutan.
Harimau berakal ada di hutan.
Membunuh askar pakai letupan.

Kini rumah kampungku batu-batuan.
Bukan bersajak, gurindam pun bukan.
Doa pun tidak, jampi pun bukan.
Terpendam di hati cuma dizahirkan.

Untuk santapan rakan taulan.
Gembira di hati Islam diutamakan.
Nanti di akhirat habuan sakan.
Usahalah lagi biar keluar sempadan.

Negeri Kedah, aku anak negeri.
Berhijrah ke Shah Alam jadi penghuni.
Entah di mana akan disemadi.
Aqidah benar telah dihayati.

Fahaman karut tidak macam dulu lagi
Ulamak Ma'had jadi tonggak negeri.
Suka bersengketa sudah lama berhenti.
Berkat al.Quran dan Hadis Nabi.

Sekian.

Rabu, 9 Disember 2009

BTN - Modul dan Pemudahcaranya.

Salam semua.

BTN - Modul dan Pemudahcaranya.
Kini ramai orang bersembang dan berhujah mengenai BTN dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Kebanyakannya orang politik, saya rasa kalau yang berhujah itu orang akademik tentu suaranya agak berlainan sedikit.

Matlamat BTN akan digerakkan oleh modul dan fasinya, kalau modulnya baru dan cantik tentulah akan disangka menarik dan baik, sebenarnya belum tentu lag
i begitu hasilnya.Bak sebuah kereta baru dan berjenama baik, kalau dipandu oleh pemandunya kurang baik tentulah hasilnya kurang baiklah juga.

Klik sambung baca di sini.


Sekian.