Khamis, 26 November 2009

Selamat Aidil Adha - 1430.

Salam semua.


Kepada semua umat Islam dan khasnya kepada semua pembaca blog ini .
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan;


Selamat Aidil Adha,

Maaf Zahir dan Batin.

كل عام وأنتم بخير



Sekian.Wassalam.

Isnin, 23 November 2009

Makan roti celup telur - Bismillaah.


Salam semua.

Pagi ini ( Selasa 24. Nov. 2009 )
saya terasa nak makan roti goreng celup telur, setelah diperiksa didapat roti dan telur memang ada di dalam stok.


Saya pun terus memasaknya sendiri, akhirnya inilah hasilnya.


Terdapat beberapa keping berwarna gelap, menunjukkan berlaku suatu kelemahan semasa memasak, tegasnya tidak pandai memasak la tu. he3.
Gambar ini ok kan, untuk menutupkan kelemahan, saya cepat-cepat makan yag warna gelap tu, jadi orang lain yang datang makan kemudian tak nampaklah kelemahan tu, semua sampah dah disapu masuk ke bawah tikar, he3.

Pagi kelmarin ( Isnin ) saya makan roti canai kosong dan teh tarik di Restoran Mamak Tesco Extra, karinya sedap dan lazat

Sekian.Wassalam.

Jumaat, 6 November 2009

Peristiwa hari ini.



Salam semua.

Sabtu ( 07.11.2009 )

Jam 10.30 pagi tadi saya dan keluarga menghadiri khenduri doa selamat kerana salah seorang ahli keluraga nak berangkat ke Mekah pada 16.11.2009 untuk menunaikan fardu haji serta bertugas memimpin rombongan.
Sudah menjadi kelaziman orang Islam Malaysia yang prihatin apabila mendapat sesuatu keuntungan dan kebaikan mereka akan meluahkan rasa bersyukur dengan membuat jamuan atau khenduri doa selamat serta mendoakan kebahagian ibu bapa sama ada yang masih hidup atau telah mati, bukan sahaj
a untuk ibu bapa malah untuk semua kaum muslimin dan muslimat. demikianlah agaknya cara berfikir anak-anak yang solih.

Sebahagian besar jemputan tadi adalah para pelajar Sekolah Tahfiz al.Quran di Taman Tun Dr.Ismail Jaya. ( TTDI. Jaya ) Shah Ala
m. YB. Yaakub Sapari dan isteri turut hadir, mereka di antara tetamu yang terawal hadir ke majlis tersebut.

Jam 2.30 petang barulah saya dan keluarga tiba balik ke rumah.






Sekian.Wassalam.


Khamis, 5 November 2009

Sarapan pagi Jumaat


Salam semua.

Jama 8.30 pagi tadi saya bersarapan di restoran Taman Pinggiran, Jalan Batu Tiga Lama yang namanya tertera di atas, saja nak iklan secara
percuma sebagai galakan kepada peniaga muda restoran tersebut.

Semua pembantunya terdiri daripada orang Patani, kebanyakan mereka boleh berbahasa Siam, tadi saya pun tumpanglah sekaki walaupun bercakap dalam keadaan tergagap-gagap, saya sekeluarga makan Nasi Kerabu , Nasi Dagang dan Mi Goreng serta minumannya teh tarik, harganya berpatutan, rasa masakannya juga sedap dan lazat.

Nasi Dagang.

Nasi Kerabu


Insya Allah saya akan kunjung lagi ke sana nanti.


Sekian.Wassalam.