Isnin, 26 Oktober 2009

Kudapan di Taman Pinggiran.

Salam semua


Pagi tadi saya pergi berkudapan di Restoran Rempah Bonda di Taman Pinggiran Jalan Batu Tiga Lama. Pagi-pagi sudah siap dengan bebagai masakan berat dan ringan, saya memang peminat Nasi Dagang, jadi saya pun pesan Nasi Dagang sepinggan bersama teh O, taukenya tak kata begitu, dia kata sepinggang sebab Nasi Dagang tengganu bukan yang Kelante punya.

Saya datang ke sini kerana tertarik dengan bangunannya yang sebahagiannya beratap rembia, dapat juga saya mengingat dan mengenangkan semasa saya kanak-kanak dulu, rumah saya memang beratapkan daun nipah. bertiangkan buluh, juga bertanggakan buluh, manakala di dalam kampung kelihatan beberapa tumpuk kubang kerbau dan ayam itek berkeliaran mencari makan di dalam kampung,

manakala lembu dan kerbau meragut rumput, biawak pula merangkak-rangkak di tepi hutan mengkuang mencari peluang menangkap anak atau ibu ayam untuk dijadikan rezekinya.kekadang mencuri masuk ke dalam reban ayam menikmati telur ayam kampung.

Sekarang suasana itu tiada lagi ianya telah berlalu bersama masa dan waktu, hutan mengkuang telah diganti dengan hutan padi. Kerbau lembu digantikan dengan kobota dan tiada lagi tong banting padi kerana telah digantikan dengan mesin tuai padi.

Dah melalut pula, macam sembang di kedai kopi. hehehe.

Ini bangunan induknya

Bangunan tambahan

Bangunan tambahan.
Atap rembia atau nipah memang menyejukkan.


Inilah hidangannya


Di belakang restoran itu pula terdapat taman permainan kanak-kanak. Lepas makan pergilah gegarkan badan sekejap di situ.

Sekian.Wassalam.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Mengeratkan silaturrahim.


Salam semua

Pada pagi tadi ( Sabtu . 17.10.2009 ) saya sekeluarga berasa amat gembira kerana berpeluang menerima tetamu yang istimewa dan sememangnya ditunggu-tunggu sekian lama. kini sdr.Kuntong (Wahnuar) bersama keluarga telah kunjung tiba. Lebih dari satu jam setengah kami berbual-bual secara hadir fizikal masing-masing dan bukan lagi di alam maya seperti kebiasaan. Banyak cerita yang hendak diperbualkan tetapi masa suntuk kerana pada waktu petangnya beliau akan menghadiri majlis yang lebih penting lagi. saya percaya kehadirannya bersama keluarga ke rumah saya itu sebagai permulaan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan diharap pada masa yang akan datang insya Allah mereka akan berkunjung lagi.
Kepada Kuntong dan keluarga saya bagi pihak keluarga m
engucapkan terima kasih di atas kesudian mereka ke pondok kami dan memohon maaf atas layanan kami yang tidak sepertinya itu. mereka melayani kami di Batu Pahat dulu lebih istimewa.

Kuntong sedang rancak
menceritakan sesuatu kepada kami semua.

Gambar kenangan.

Kuntong nak balik ke KL.

Selepas Kuntong balik kami pula bertolak ke Bangi untuk mengetahui lokasi agensi yang tersebut di atas.

Dalam perjalanan balik kami singgah dan bersolat Fardu Zohor di Masjid Al.Hamidah, kebetulan terdapat sepasang pengantin dan rombongannya sedang mendengar khutbah nikah. Kami pun duduk sebentar mengikutinya sebagai meraikan mengantin.

Sekian. Wassalam.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Khenduri dan doa selamat.


Salam Semua.

PERISTIWA HARI INI.

Di antara jam 11.oo pagi sehingga 12.30 t. hari saya berada di rumah Faizal kerana menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya dan Membaca Surah Yasin

Nampak depa pulun ambik makanan.
( rumah pertama)

Semua gambar yang dipaparkan di atas
adalah suasana majlis di rumah Faizal.di Taman Patrina diambil sebaik sahaja selepas membaca Surah Yasin.


Dah lama sampai tapi duk relek lagi.dah kenyang la tu.
( rumah kedua )

Dah mula makan.

Gambar di khemah hijau ini Majlis Jamuan Hari Raya di rumah Talha, lorong tengah di taman yang sama , di abadikan antara jam 12.3o - 1. 45 petang.

Sekian.Wassalam.

Bersolat Jumaat di Surau Sekolah.

Salam Semua.

Hari ini ( Jumaat 20.Syawal 1430 ) saya menunaikan fardu Jumaat di Surau SMK.Teknik. Shah Alam. Selangor. Surau ini telah mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat dengan itu para pelajarnya tidak lagi bersusah payah ke masjid pada hari Jumaat. Maklumlah masjid jaraknya agak jauh dengan sekolah.

Menunaikan solat di surau kuranglah sedikit kelebihan atau fadilatnya berbanding dengan di masjid kerana di surau tidak disunat bersolat tahiyatul masjid dan beriktikaf. Bagi surau yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat kita hanya boleh mendirikan solat sunat wuduk, solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat sahaja, dua kebiasaan yang kita lakukan di masjid tidak dapat dipraktikkan di sini seperti disebutkan di atas.


Pemandangan sebelum sampai sekolah.
pemandangan seperti ini memang sudah menjadi kebiasaan,
maklumlah kawasan ini adalah kawasan perindustrian.

Kelihatan beberapa kereta
di atas lori muatan panjang.

Ini juga senario yang sama.


Bangunan perindustrian.di seberang jalan
bertentangan dengan kawasan sekolah .

Bangunan sekolah dilihat dari jalan raya.


Pintu gerbang.


Papan Tanda bermotivasi,
di tepi laluan ke surau..

Bangunan sekolah di bahagian tengah.


Tempat wuduk di tepi surau.

Inilah suraunya.
90% ahli jamaah adalah para pelajar.


Sekian.Wassalam


Ahad, 4 Oktober 2009

Jamuan Sempena Hari Raya lagi

Salam semua.

Hari ini ( Ahad 04.10.2009 ) masih lagi melayani hajat tuan khenduri, jam 2.00 petang bertolak ke Puchong rumah ayahanda kepada jiran sebelah rumah, orang Puchong berjodohkan orang Kertih, selepas makan kami bertolak pula ke Kampung Melayu Batu.16. Rawang.menghadiri jamuan sempena Hari Raya, sela
ma lebih 30 tahun tidak berjumpa dan tidak bersapa antara satu sama lain kerana masing-masing mengikut haluan dan habuan yang ditentukan oleh Allah, beliau ditentukan Allah rezekinya di Rawang dan kawasan sekitarnya. Mat Khamis bersama isterinya pasangan pembekal makanan, kad bisnesnya dirakamkan seperti berikut:


KP KHATIJAH C
ATERING
R8.KG.MELAYU TA
MBAHAN.
BATU 16, RAWANG.
SELANGOR DARUL EHSAN.

HP.012-3898269.
012-3046559.




Menguji alatan muzik untuk digunakan
oleh kumpulan nasyid. Bangunan ini dikhaskan
untuk tempat memasak.

Kelihatan pada gambar yang berhampiran ialah rojak Kedah, ketupat pulut, rendan dan gulai .
Jam 4.00 petang bertolak balik ke Shah Alam.



Sekian.Wassalam.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Menghadiri khenduri kahwin.


Salam Semua.

Sabtu jam 2.30 petang dari Shah Alam bertolak ke Pusat komuniti Bukit Damansara kerana menghadiri khenduri kahwin anak jiran, walaupun hari cuti tetapi perjalanan tersekat-sekat kerana jalan sesak dengan kenderaan dan bergerak kurang lancar di beberapa tempat.



Pusat Komuniti Bukit Damansara.


Ketika kami sampai
rombongan pengantin telahpun tiba .


Tuan Haji Yusoff tuan khenduri
sedang menunggu dan menyambut tetamu di depan dewan.


Ketika kami masuk ke dalam dewan
pasangan pengantin telah berada di atas pelamin.


Tetamu masuk dan keluar bersilih ganti.
Selepas makan dan mengucapkan tahniah kepada Hj.Yusoff sambil berjabat tangan dan berdoa agar pasangan pengantin bahagia sehingga ke akhir hayat. kamipun bertolak pula ke suatu destinasi yang lain.

@@@@@@@

Jam 3.20 petang kami bertolak pula
ke Taman Alam Budiman. Puncak Alam , menghadiri jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri.


Razali tuan rumahZali seorang peminat memancing,
kelihatan gambar ikan besar dipamerkan di dinding rumah,
saya minta dia snapkan gambar tersebut.

Sekian. Wassalam.