Jumaat, 14 September 2012

Informasi untuk bakal Haji - 1433H

Salam.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 

######################################

Khemah di Mina amat sesak.
Khemah atas di Padang Arafah.
Dua foto ini di Mina.


Inilah keadaan sebenar penempatan bakal Haji di Padang Arafah dan di Mina yang pergi mengerjakan Haji melalui Pakej Muassasah ( Pakej bukan  swasta ) - Foto ini dirakamkan pada tahun lepas (1433H) - Ruang di sebelah kiri pembaca ialah khemah di Padang Arafah agak longgar dan lebih selesa dan dua ruang di sebelah kanan anda itu adalah khemah di Mina, baring dan tidur badan bertemu badan sehingga sukar hendak beralih badan.
Situasi tahun ini wallahu aklam, diharap pihak yang berwajib berusaha untuk membaiki keadaan yang daif itu. Situasi ini menyebabkan kesihatan terjejas dan kerja Haji tidak dapat dijalankan dengan lancar. 
Seringlah bersolat hajat memohon supaya dimudahkan semua urusan mengerjakan Haji.
Sekian.


Ahad, 12 Ogos 2012

Sambutan Hari Belia - di Shah Alam.

Salam semua.
Artikel kali ini sengaja memaparkan aktiviti Sambutan Hari Belia Antara Bangsa Peringkat Negeri Selangor di Dataran Merdeka Shah Alam.






Alhamdulillah.Nampaknya pihak berwajib berjaya menarik hati belia dengan program sederhana yang disediakannya untuk mengambut Hari Belia, program sengaja diatur dengan memberatkan hidangan kerohanian dengan menyediakan hiburan secara sederhana dan soal-jawab mengenai hukum-hakam Islam untuk belia-belia bersantai sambil mengutip ilmu yang bermanfaat dan yang lebih penting kewajipan solat diutamakan ianya direalisasikan di dataran yang membawa maksud solat boleh ditunaikan di mana-mana asalkan tempatnya suci daripada najis atau selagi ianya tiada tanda-tanda larangan.

Sekian...Wallahu aklam.



Isnin, 23 Julai 2012

Berbuka puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam - Video.

Salam semua.
 
Masjid Negeri Shah Alam atau nama sebenarnya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah, Shah Alam, Selangor sama juga seperti masjid-masjid  lain di Malaysia di mana mereka juga mengadakan jamuan berbuka puasa dan menyediakan sahur  untuk mereka yang beriktikaf di masjid serta menyediakan berbagai program sepanjang bulan Ramadan.

Video ini diambil sebelum jam 6.30 petang, namun ahli jamaah  telah mulai ramai - ini adalah suasana sebelum berbuka - kelihatan ramai juga yang sedang membaca al.Quran sementara menunggu waktu berbuka, ada juga yang bersembang dengan kenalan baru.
Video di atas ini pula dirakamkan sebelum jam 6.50 petang di mana kelihatan para jamaah muslimin dan muslimat semakin bertambah, sedang video ini dirakam seorang kanak-kanak meminta pinjam telefon bimbit kerana beliau hendak menghubungi bapanya yang sedang berada di masjid ini juga tetapi tidak mengetahui di sudut mana beliau berada, setelah menelefon bapanya pun datang duduk bersama anaknya , berikutan itu di penghujung video  ini berlaku sedikit kecacatan  kerana penulis tidak mengendalinya dengan teliti .


Sambil penulis bangun untuk menyimpan beg di dalam kereta dan bersolat Maghrib video ini pula dirakamkan, kelihatan masing-masing asyik menikmati juadah ketika ini semuanya dirasai lazat dan nikmat sekali, ketika inilah juga orang yang berpuasa merasai paling gembira.

Selawat ketika hendak bersurai selepas solat Tarawih.

Catatan:
Dari segi peraturan dan disiplin para jamaah yang datang berbuka dan bersolat pada tahun ini insya Allah akan  lebih baik berbanding dengan tahun lepas, mungkin kerana terdapat penambahbaikan pelaksanaan peraturan yang ditetapkan oleh pihak masjid.Tempat makan diasingkan di antara lelaki dan wanita, papan tandanya sangat jelas dan dapat dilihat dari jarak jauh, pada tahun lepas terdapat juga para jamaah yang buat-buat tidak faham bertujuan tidak mahu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Telah menjadi lumrah apabila terdapat orang ramai akan terdapat orang yang tidak jujur, malah ada yang mencuri.

Sekian...Wallahu aklam




Sabtu, 23 Jun 2012

Karnival Ceria MPP Zon 3 - Shah Alam (Video)

Salam semua.

Pada hari ini Sabtu 03 Syaaban 1433 bersamaan 23 Jun 2012 MPP ZON 3 Shah Alam dan MBSA telah menganjurkan Karnival Ceria di Dataran Tasik Seksyen 7, berbagai acara diadakan dengan mengutamakan Pemeriksaan Kesihatan untuk berbagai peringkat umur.program ini mendapat kerja sama MSU.
DJ bergurau untuk menceriakan suasana.




 http://www.youtube.com/user/leewantam
Sekian...wallahu aklam.

Isnin, 18 Jun 2012

Gambar dan video krew TV ALHIJRAH mengendalikan siaran langsung Selangor Berselawat.

Salam semua.

Kebiasaan kita hanya melihat dan menonton mereka yang di dalam corong kemera krew sahaja tetapi krew-krew nya yang berada di belakang kamera kita jarang melihat dan mengenali mereka. Di dalam artikel ini hanya sempat merakamkan gambar-gambar mereka itu dari jarak jauh sahaja kerana penulis sebagai salah seorang menonton rancangan ini tidak boleh bergerak dari tempat duduk kerana berbuatan demikian akan mengganggu rakaman, apa pun terimalah seadanya. 


Sedang menyampaikan persembahan
Memberi arahan tertentu.
Fokus
Arahan perlu dipatuhi.

Di antara acara yang dipersembahkan - rakaman hanya sebahagian sahaja.

Rehat dulu sementara menunggu giliran.


Sedang memerhatikan krew yang lain sementara menunggu mengambil    giliran untuk fokus semula

Cukup sekadar ini dulu...wassalam.


Ahad, 10 Jun 2012

Jumaat, 18 Mei 2012

Semua agama adalah sama - Kenyataan yang tidak tepat.

Salam semua.
 Artikel kali ini akan menyentuh secara ringkas dan sepintas lalu mengenai kepercayaan atau kenyataan yang menyatakan " semua agama adalah sama"  adalah suatu kenyataan yang tidak tepat dan menyeleweng  serta berbahaya bagi orang Islam. Kenyataan atau isu ini  sering terpapar di media pada  masa kebelakangan ini. Penulis berharap orang Islam perlu berhati-hati dalam mengambil sikap menyetujuinya. Cara hidup orang Islam berpandukan al.Quran dan al.Hadis dan dipermudahkan kefahamannya melalui Ilmu Tauhid (Aqidah), Fiqah, Ulum al.Hadis, Ulum al.Quran dan lain-lain ilmu yang merujuk dan berpandukan kepada al.Quran dan al.Hadis, ilmu ini menjuruskan  minda seseorang itu kepada makrifatullah ( Kenal Allah ) dengan itu

Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah "sama" itu.
Maksud sama sangat senang untuk difahami tetapi kalau tidak berhati-hati dan teliti akan tersasar ke arah lain jua, "Sama" dalam bahasa yang mudah difahami bahawa ianya membawa makna  tiada perbezaan, benarkah ianya tiada perbezaan atau sama itu hanya secara rambang sahaja seperti  kebanyakan orang sering menyatakan adik beradik kembar itu sama rupa parasnya, betulkah sama, cuba perhatikan betul-betul, apabila dilihat dan diperhatikan dengan cermat ternyata mereka itu sebenarnya tidak sama, mereka berdua hanya hampir sama, hampir sama adalah tidak sama atau berbeza.

Allah hanya menerima Islam sahaja sebagai cara hidup yang diredai-Nya seperti yang telah dinyatakan Allah di dalam Surat Ali Imran ayat 85 ( rujuk ayat dan maksudnya di bawah ini ). Allah menegaskan bahawa barang siapa mencari agama ( Addin )  selain Islam. Allah  tidak akan menerimanya dan mereka itu akan menerima kerugian di hari akhirat kelak.

Firman Allah Taala


Bermaksud,
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi
(Surah Ali Imran : 85 )

 Makrifatullah ( Mengenal Allah ).
Di dalam ajaran Islam mengenal Allah atau mengenal Tuhan itu adalah perkara yang paling utama dan paling awal yang perlu diselesaikan. Di antara ayat yang wajib dirujuk untuk mengenal Allah ialah Surah al.Ikhlas yang tertera di bawah ini.

 Firman Allah;

Bermaksud,
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Perakuan mentauhidkan Allah.
Adakah di dalam agama lain di dunia ini mempercayai dan beriktiqad seperti yang diwajib dan disarankan oleh Islam seperti yang disebutkan di dalam Surah al.Ikhlas di atas, jawabnya tentulah tidak, kalau jawapannya tidak, dari manakah datangnya kenyataan yang menyatakan semua agama itu sama, mungkin  datangnya dari orang bukan Islam dan orang Islam yang tidak peka dengan ilmu Tauhid terlepas pandang dan mempercayainya, tanpa mengetahui akibatnya di kemudian hari, kalaulah  kenyataan ini datangnya dari orang bukan Islam, kenyataan itu mungkin sesuai dengan kepercayaan mereka, maka biarkanlah mereka mempercayainya demikian, bagi umat Islam tidak patut terpengaruh dengan kefahaman yang bertentangan dengan aqidah Islam itu tetapi tindakan yang lebih baik dan afdal perjelaskanlah pendirian orang Islam dan aqidah orang Islam kepada umum, setidak tidaknya tindakan itu sebagai salah satu aktiviti dakwah orang Islam, tetapi malangnya di tempat dan situasi tertentu kita dilarang berbuat demikian kerana dihalang oleh ketiadaan tauliah dari pihak berkuasa, berilmu tidak semestinya boleh berdakwah.Apa pun semangat dan roh dakwah jangan dipadamkan, jika diusahakan di sana ada jalannya.

Perakuan di dalam Surah al.Ikhlas inilah yang memperjelaskan lagi  bahawa " semua agama tidak sama ", tegasnya Islam tidak sama seperti agama-agama yang lain di dunia ini. Islam berpendirian dan mempercayai bahawa Islam  tidak sama dengan agama-agama yang lain termasuk agama-agama samawi.

Syirik/menyengutukan Allah.
Syirik atau menyengutukan Allah adalah dilarang keras, jika mempercayai semua agama itu sama, maka jelaslah kepercayaan seumpama itu mensyirikkan Allah kerana mengakui dan mempersetujui kepercayaan dan perbuatan agama lain yang jelas mensyirikkan Allah, sebagai contoh orang Kristian mempercayai Allah tetapi disamping itu mereka juga mempercayai Isa anak Tuhan dan Mariam ibu Tuhan, kepercayaan ini bertentangan dengan mesej yang terkandung  di dalam Surah al.Ikhlas. Demikianlah juga penganut agama selain Islam mempercayai dan menyembah berbagai sembahan yang dikategorikan sebagai syirik kepada Allah.

Wawasan addinul Islam.
 Wawasan dan matlamat utama umat Islam ialah memastikan mereka mendapat tempat syurga di akhirat nanti,iaitu suatu tempat yang kekal abadi , dunia ini adalah sebagai ladang untuk mendapatkan bekalan yang akan dibawa ke akhirat, setiap kerja buat di dunia akan ada balasannya di akhirat, sama ada balasannya syurga atau neraka, oleh itu orang Islam hendaklah berusaha bagi mendapatkan identiti yang betul seperti yang dikehendaki serta  diredai Allah, tegasnya tidak syirik atau tidak kafir kepada Allah.
Firman Allah,
Bermaksud,
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
Sekian...wallahu aklam.

Isnin, 16 April 2012

Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan berkaitan dengan sesuatu mesyuarat.

Salam semua.
Dalam artikel yang telah lalu saya menulis di dalam laman Kehidupan Bersih mengenai

Tindakan AJK persatuan selepas Mesyuarat Agung Pertama.(panduan).

Kali ini saya ingin menyentuh pula berkaitan dengan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan sebelum mesyuarat atau pra mesyuarat, cara mengendalikan mesyuarat, perkara  ini lebih fokus kepada pengerusi mesyuarat dan tindakan selepas mesyuarat lebih menjurus kepada tugas setiausaha persatuan.  

1.Tindakan Pra Mesyuarat.

Persediaan sebelum mesyuarat atau Pra Mesyuarat tidak kurang pentingnya, sekiranya persediaannya tidak sempurna akan mengendalakan atau mengganggu fikiran setiausaha ketika mesyuarat berjalan, malah boleh  mengganggu keseluruhan mesyuarat itu, sebagai contoh bilik mesyuarat tidak boleh dibuka kerana setiusaha terlupa mengingatkan pemegang kunci bilik tersebut, kalau perkara ini berlaku keseluruhan AJK yang hadir akan terpaksa berpindah tempat dan terpaksa mencari tempat yang lain yang belum tentu boleh mendapatkannya dengan segera, lebih teruk lagi mesyuarat hari itu terpaksa dibatalkan, begitulah di antara andaiannya.
Tegasnya ketika pra mesyuarat setiausaha perlu membuat beberapa persediaan dan tindakan untuk melancarkan perjalanan mesyuarat di antaranya;
1.Membuat tempahan tempat atau bilik mesyuarat.
2.Membuat tempahan makanan untuk AJK dengan menetapkan masa yang khusus kepada pembekal.
3.Memastikan Bendahari telah menyediakan Penyata Kewangan yang akan dibentang dan terima oleh AJK di dalam mesyuarat nanti.
4.Mengutuskan surat jemputan mesyuarat dalam tempoh masa yang sesuai atau mengikut perlembagaan persatuan.
5.Meyediakan atau mencetak secukupnya minit mesyuarat yang akan digunakan di dalam mesyuarat tersebut.
6.Menyediakan buka pendaftaran kehadiran AJK untuk AJK menulis nama mereka dan menandatanganinya sebagai bukti kehadiran ke mesyuarat.
7.Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan mesyuarat tersebut hendaklah dibawa bersama ke mesyuarat.
8. Memastikan surat jemputan disertakan dengan minit mesyuarat yang telah lalu dan Penyata Kewangan yang disediakan oleh Bendahari supaya AJK dapat menyemaknya sebelum hadir mesyuarat, dengan cara ini mesyuarat akan lebih berkualiti.
8.Dan lain-lain keperluan yang relevan dengan mesyuarat tersebut.
 2.Kendali Mesyuarat/sedang mesyuarat.
Semua sedia maklum bahawa mesyuarat dikendalikan oleh pengerusi mesyuarat, mesyuarat akan berjalan lancar sekiranya pengerusi betul-betul memahami prosedurnya.Perkara penting di dalam mesyuarat ialah agendanya, agenda adalah tajuk-tajuk tertentu yang dibincangkan mengikut gilirannya, pengerusi hendaklah sentiasa peka dengan tajuk-tajuk tersebut ketika mesyuarat sedang berjalan, pengerusi hendaklah memastikan ahli-ahlinya tidak berbincang atau menyentuh perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan agenda atau tajuk yang sedang dibincangkan, setiap kali ahli hendak memberi pandangan mereka perlulah melakukannya melalui pengerusi dengan menyebut "tuan pengerusi" dan diteruskan dengan pandangannya setelah mendapat kebenaran atau isyarat pengerusi.
Setiap mesyuarat hendaklah berpandukan  agendanya yang tersendiri.
Agenda 1. Ucapan aluan pengerusi.
Agenda ini memberi peluang kepada pengerusi secara berseorang mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK, disamping itu beliau meluahkan harapannya terhadapo mesyuarat dan menyampai sesuatu yang lain yang berkaitan dengan persatua dalam kadar yang ringkas.

Agenda 2. Membentang dan menyesahkan minit mesyuarat yang telah lalu.
Dalam hal ini pengerusi hendaklah meminta setiausaha membentangkannya dan diikuti dengan penjelasan ringkas jika perlu. Item ini sebenarnya berfokus kepada minit mesyuarat yang sedang disemak itu sahaja, sama ada ianya telah dicatatkan dengan betul  seperti mana yang dibincangkan di dalam mesyuarat yang telah lalu, sekiranya terdapat kelainan dan tidak sama dengan apa yang telah dibincangkan dalam sesi mesyuarat yang telah lalu, maka minit tersebut perlulah dibuat pembetulan, setelah pembetulan dibuat dan semua berpuas hati, salah seorang daripada AJK hendaklah mencadangkan minit tersebut diterima atau disahkan dan seorang lagi menyokong, semua perbincangan tersebut hendaklah dicatat dengan teliti supaya minit akan datang tidak timbul lagi masalah catatan tidak tepat dan terpaksa membuat pembetulan.Kesilapan dalam mencatatkan angka berkaitan dengan kewangan akibatnya besar, mungkin juga menimbulkan fitnah.

Agenda 3. Perkara-perkara yang berbangkit.
Agenda ini juga berkisar di sekitar minit yang sedang dibincangkan, semuanya merujuk kepada minit tersebut terutamanya menentukan sama ada tindakan telah dibuat atau belum bagi perkara-perkara yang perlu berbuat demikian oleh pihak yang berkenaan, untuk mempercepat dan melicinkan perjalanan mesyuarat pengerusi hendak meminta setiausaha memberi penjelasan ringkas terlebih dahulu tentang tindakan yang telah dilakukan atau belum dilakukan, mana bahagian yang belum jelas atau masih samar AJK bolehlah bangkitkan atau bertanya perkara berkenaan.
Kesilapan yang sering barlaku dalam agenda ini AJK yang kurang faham prosedur mesyuarat akan bertanya atau membangkitkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan minit yang sedang dibincangkan , jika perkara ini berlaku pengerusi hendaklah menyekatnya daripada mengheret berbincangan pada perkara lain yang akan mencuri masa yang dikhaskan untuk agenda yang telah ditetapkan dan meminta AJK tersebut mengemukakannya di dalam agenda "Hal-hal lain" nanti. Sebenarnya inilah perkara atau penyakit yang menyebabkan masa yang diambil untuk sesuatu mesyuarat itu memakan masa yang agak panjang sebelum boleh  ditangguhkan. Apa pun alasan pengerusi hendaklah peka dalam hal ini.

Agenda 4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada......( akhir bulan, bulan sebelum mesyuarat ).
Pengerusi meminta Bendahari membentangkannya (penyata tersebut telah berada di tangan masing-masing), Bendahari akan memberi penjelasan ringkas dan disemak oleh AJK, setelah selesai pengerusi memberi peluang kepada AJK untuk bertanya perkara yang belun jelas, jika ada, sekiranya semua AJK berpuas hati, pengerusi meminta AJK mencadangkan Penyata Kewangan diterima atau disahkan, kemudian diikuti dengan seorang penyokong, semua perbincangan yang penting dicatatkan sebagai minit mesyuarat.
Agenda disediakan mengikut keperluan mesyuarat.
Agenda akan disediakan mengikut keperluan mesyuarat tetapi agenda 1 sehingga 4 di atas merupakan agenda tetap di mana ianya dibincangkan dalam setiap Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan yang akhir sekali ialah agenda "Hal-hal lain".

Agenda. Hal-hal lain.
Agenda ini membincangkan perkara umum atau  apa sahaja perkara yang berkaitan dan belum dibincangkan dan tidak disediakan di dalam agenda di atas, kalau perkara tersebut penting seeloknya AJK meminta agenda yang sedia ada itu ditambah dengan perkara yang dikatakan penting itu ( dengan persetujuan )
Dalam agenda ini juga pengerusi boleh mengajak AJK memikir dan menetapkan tarikh mesyuarat berikutnya

3.Tindakan selepas mesyuarat.
1. Setiausaha hendaklah memastikan AJK yang hadir menulis nama dan menandatanganinya di dalam buku kehadiran yang disediakan.
2. Bilik mesyuarat ditutup dan kunci (jika tiada pembantu), segala peralatan tidak ditinggalkan di dalam bilik mesyuarat.
3. Minit mesyuarat hendaklah ditulis secepat mungkin supaya "draf" minit dapat dimurnikan dengan baik.
4. Setelah selesai menulis minit, minit itu hendaklah diserahkan kepada AJK terutama kepada AJK yang terlibat dengan  membuat tindakan seperti tercatat di dalam minit.
Sudah tentu banyak lagi perkara penting yang tidak disebutkan di sini, artikel ini sekadar mengimbau kembali pengalaman yang lalu yang masih dalam ingatan, disediakan di dalam laman sosial ini semata-mata ingin merealisasikan apa yang dipesankan oleh Nabi Muhammad.s.a.w supaya kita sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan di atas muka bumi Allah.Ilmu pengetahuan yang dimiliki bukanlah hak milik kita tetapi ianya hak Allah

Sekian...wallahu aklam.

Sabtu, 7 April 2012

Video - Kekejaman di negara Syria..

Salam semua.

Mungkin anda belum menontonnya lagi video ini tontonlah sehingga selesai ianya memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.


Isnin, 16 Januari 2012

Servis komputer secara jarak jauh.


Komputer-Servis.com Computers/Technology.


Basic Information

Founded
2011
About
Online Computer Repair Service
Description
Professional Online IT Computer Repair Service| IT help, support and repair. Komputer-Servis.com offer you online computer repair services for a very low price and best of all we can get start as soon as possible. We provide services such as Data Backup , Virus and Spyware removal, Computer and Internet Security , Speed Up Computer, Web Design and Troubleshoot your software problem.
Mission
Our mission is to provide a top notch online computer repair service to our customer with an affordable price .
Products
Virus and Spyware removal and prevention
Data Backup
Speed Up Windows
Computer and Internet Security
Windows Software and Problems
Website Setup and Design
Email
support@komputer-servis.com
Phone
Website