Sabtu, 28 Februari 2009

Santai Sihat ke Kampung Baru. KL



____


Santai Sihat ke Kampung Baru. KL dan Pasar Tani Shah Alam.

Malam tadi ( 28.02.2009 ) selepas solat Isyak saya bersama keluarga ke Kampung Baru, KL. Pada awalnya saya tiada sebarang rancangan hendak pergi ke mana-mana pun kerana diajak dan dipelawa saya pun ikut, walaupun tidak mengetahui lokasi yang mereka hendak tuju. Rupa-rupanya menuju ke Restoran ini, tempatnya tidak besar tetapi mereka pandai mengenakan hiasan dalaman yang boleh menjadikan pelanggan rasa selesa. semasa menempah makanan saya sempat bercakap-cakap dengan tamusajinya yang tidak begitu fasih sebutan bahasa Melayu oleh itu tamusaji itu tidak banyak bercakap, mungkin rasa malu kerana pelatnya itu, lantas saya pun mencuba kebolehan saya bercakap di dalam bahasa yang dia mahir dan saya pula yang tidak mahir iaitu menggunakan bahasa Siam Kedah, walaupun saya tidak mahir tetapi masih mampu untuk meneruskan berintraksi dengannya.

Inilah meno yang kami tempah, sebahagiannya tiada di dalam gambar kerana diambil secara gopoh gapah saja, orang terlalu ramai, mungkin masakannya yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan. Saya sendiri pun sangat berpuashati dengan masakannya dan mungkin akan pergi pula buat kali berikutnya. Kebanyakan kedai makan atau restoran yang menjadi dan mengambil berat tentang kualiti serta beristiqamah dengannya, para pelanggan akan tetap dan terus mengunjungi kedai tersebut.

Biasanya peniaga yang menjalankan perniagaan di dalam bulan Ramadan, iaitu di Pasar Ramadan ramai juga yang tidak berkualiti masakan mereka, kekadang kita tidak berani membelinya kerana takut nanti tidak sedap dimakan dan dibuang begitu sahaja.




Dah makan separuh baru teringat snap gambar hehehe


Ikan tiga rasa/masak masam manis/ sok som wan


Kerabu mempelam


Udang celup tepung


Tom Yam

Dah tinggal pinggan kosong.
_____________________________________________

Makanlah makanan yang halal dan baik
_______________________________________


Pasar Tani

Pada pagi ini pula ( 01.03.2009 ) Santai Sihat ke Pasar Tani di lapangan letak kereta Stadium Shah Alam. tujuan saya ke sana untuk membeli pisau untuk kegunaan di dapur, setelah berpusing-pusing mencarinya pisau yang dihajati itu pun tidak ketemu, sebelum itu saya dan keluarga pekena nasi lemak terlebih dahulu di gerai yang selalu saya kunjungi. Kurang lebih satu jam meronda-ronda di kawasan Pasar Tani saya pun balik, Apabila sampai di penghujung di sebelah timur pasar iaitu berhampiran lapangan letak kereta, terjumpa pula dengan penjual peralatan kemahiran hidup, beliau menjual hanya sejenis alat sahaja tetapi alat ini bertindak serba guna, harganya RM20.00, saya rasa harga itu sangat murah walaupun ianya bukan di dalam senarai belian, saya mengambil keputusan membelinya . Alat tersebut seperti tertera di bawah ini.


Prime Hammer
RM20.00


Disenaraikan kegunaan " Prime Hammer" seperti di bawah ini.

(1) Hammering a concrete nail in concrete.
(2) Use as hammer.
(3) Screwdriver.
(4) Use as plier.
(5) Use as paiewrench.
(6) Pinch metal pieces together.
(7) Pull out broken nails
(8) Wiry clamp.
(9) Pull out nails easily
(10) Cut wire & nails.

Di belakang kotak tertulis nombor HP: 012-3302052

Catatan:
Saya rasa kagum dengan kebolehan peniaga ini, mereka terdiri daripada tiga orang, mungkin tiga beranak. si isteri menguruskan hal kewangan iaitu menerima wang, anak memasukkan hammer itu ke dalam kotak dan beg plastik untuk pembeli, manakala peniaga tersebut membuat demonstrasi pada setiap 10 fungsi Hammer buatan Jepun tersebut. Beliau sangat cekap dan mahir melakukan demonstrasi serta petah memberi penerangan. Penerangannya amat meyakinkan. Penerangan dan demontrasi yang diberikan itu berterusan, sentiasa diulanginya kerana pelanggan datang bersilih ganti, ulangannya juga mengikut tertib fungsi yang terdapat dikotak tersebut.

Penjelasan yang meyakinkan itulah yang menyebabkan jualannya menjadi laris. Kalau tiada penjelasan seperti itu, sekiranya alat tersebut sememangnya berkualiti sekali pun jualannya mungkin tidak akan selaris itu. Demikianlah ilmu memainkan peranannya.

Sekian. Wassalam.

Rabu, 25 Februari 2009

Bermadah ingatkan kampung halaman.



___

Gambar hiasan
____________

Gajah Mati Langgar Pokok Sena.
Bukit Payung Kubur Panjang.
Alor Budi, Kampung Nawa.
Minangkabau mukim Tualang.

Permatang Limau Kubang Pisang.
Pokok Asam Kampung Baru.
Alor China, Lubuk Keriang.
Alor Pak Ngah, Banggul Senu.

Alor setul, Alor Tebuan.
Titi Hj.Idris, Alor Senibung.
Haji Naik Kayu, Alor Sekawan.
Juara Tua Kampung Padang.

Sungai Mati, Alor Pudak.
Itulah kehidupanku zaman budak.
Seluruh kampung aku berarak.
Kini tinggal sangatlah jarak.

Bertutur Siam semasa borak.
Baik dewasa mahupun budak.
Bertutur Melayu tersedak- sedak.
Itulah realiti zaman aku budak.

Kampungku ibarat bunga mewangi.
Bau semerbaknya masih kuhidu.
Sejarahnya kusimpan sampai mati.
Aku berhijrah Allah penentu.

Adakah anda serupa aku.
Jika terbaca di alam maya.
Nukilkan ulasan beri aku tahu.
Biar aku tahu kita serupa .
______________________________

Selepas solat subuh aku bersantai dan mengingatkan kampung halaman, tempat aku merayau-rayau di zaman kanak-kanak.

Sekian. Wassalam.

Rabu, 18 Februari 2009

Menjaga tepi kain orang lain amalan yang baik.





Salam semua.

Hanya entri ringkas sekadar menyatakan perbezaan pendapat. kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,
Buat baik berpada-pada bermaksud sesuatu pekerjaan yang baik sekali pun hendaklah dilakukan secara berpada-pada atau secara sederhana dengan mematuhi batas-batasnya yang tertentu kerana perbuatan yang melampaui batas itu seringkali membawa keburukan kepada kita. sebagai contoh, bersedekah tidaklah sampai menggunakan wang berbelajaan harian yang sepatutnya untuk mereka yang di bawah tanggungan kita atau menziarahi rumah jiran tidaklah sampai masuk ke dalam bilik kerana hendak menunjukkan keakraban atau tuan rumah tidaklah sampai mengizinkan pelawat masuk ke bilik tanpa alasan yang munasabah.

Buat jahat jangan sekali pula membawa maksud bahawa sekali-kali tidak diizinkan untuk membuat kejahatan, bukan bermakna tidak boleh buat sekali tetapi boleh dibuat banyak kali. bagaimana hendak buat banyak kali kalau sekali tidak boleh dilakukan kerana banyak itu akan bermula dengan satu, jika tiada satu tentulah juga tiada dua dan seterusnya, Demikianlah indahnya simpulan bahasa ini.

Jangan menjaga tepi kain orang lain.
Simpulan bahasa ini sebenarnya ditujukan kepada orang yang lebih sebok dengan hal orang lain atau kelemahan orang lain tetapi melupai atau mengabaikan urusan sendiri yang sepatutnya diselesaikan. Rangkaikata tersebut sebenarnya lain yang disebut, lain yang dikehendaki. Maksud yang dikehendaki ialah "jangan mengganggu tepi kain orang lain".

Menjaga tepi kain orang lain.
Menjaga tepi kain orang lain sebenarnya suatu amalan yang baik dan bertanggungjawab. Inilah amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat dahulu yang dikategorikan sebagai kerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Dalam ajaran Islam juga amalan ini disuruh peraktikkan atau hayati di dalam masyarakat. iaitu terangkum di dalam suruhan melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.

Wassalam. Allah Maha Mengetahui.

Isnin, 16 Februari 2009

Program: Diploma Pendidikan.


________________________________


Assalamualaikum.

Masa di antara jam 3.30 - 4.30 petang tadi ( 16.02. 2009 ) saya ke Bank Simpanan Nasional ( BSN ) seksyen 17. Shah Alam. untuk membeli No.PIN permohonan Program KPLI ( RM6.00 ) dan Program Diploma Pendidikan ( RM20.60 ), bukan untuk saya tetapi untuk dua orang anak muda yang sedang berada di pejabat masing-masing, mungkin kerja yang mereka sedang bertugas sekarang ini kurang terjamin ataupun bukan kerja tetap lagi. Jadi mereka hendak mencuba nasib dalam bidang perguruan. Semoga niat baik dan doa mereka dimakbulkan Allah.

Saya menceritakan perkara tersebut di sini untuk pengetahuan mereka yang sedang menunggu pengambilan tersebut atau berminat menjadi pendidik, oleh itu bolehlah mereka pergi ke BSN untuk mendapatkan NO.PIN tersebut.
Sekian. Wassalam.

Jumaat, 13 Februari 2009

Henti Sambut Hari Valentine


______________________________________

ARKIB : 09/02/2009
Henti sambut Hari Valentine

Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus



Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)





Kata seorang sahabat: "Lain kali letak kat page depan... baru ramai orang tau".


العلم ما قام على الدليل، والنافع ما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم - شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله









Perkara yang baik elok disebarkan untuk pengetahuan umum.
( Entri ini adalah salinan dari E-Mail yang diterima hari ini )

Wassalam.

Ahad, 8 Februari 2009

Rupa-rupanya orang gagap,bila menyanyi hilang gagap'




Assalamualaikum.

Rakan-rakan sekalian, hari ini kebetulan hari cuti, jadi saya pun nak bersantai-santailah di depan laptop ni. macam mana bila bercakap awak ada gagap ke, saya tidak gagap tetapi kekadang gugup ada le, bila berdepan dengan situasi tertentu, berucap atau bercakap di khalayak ramai setakat ni masih ok. kerana biasanya berhadapan dengan rakan sebaya atau sejawat je. sekarang takde la sebab dah bersara. cuma berucap di alam maya he he he.

Rupanya orang gagap boleh beransur baik jika selalu bernyanyi, kalau begitu, jika orang Islam lebih baik berterapi dengan membaca al.Quran, iaitu bacaan dengan berlagu, pilihlah lagu apa pun, lagu nahwan, bayati, sikah, jerhakah, soba atau apap-apa je lagu, saya baca ikut lagu sendiri je.

Gagap ni ada macam-macam gak, saya bukan pakar gagap, saya cuma pakar sakit kepala, hehehe. ada gagap pada permulaan perkataan seperti eem ma ma.........makan. ada yang di akhir perkataan atau sebutan seperti ma...ka...ka...kan. ada banyak lagi perkara yang berkaitan dengan gagap ni. tapi saya dalam hal ini wallahu aklam.

Ada juga gagap ni dikenali sebagai gagap cina, macam mana ye gagap Cina tu,agaknya gagap Cina sesuatu perkataan diulang sebut banyak kali kot. Saya sudah tentu tahu apa itu gagap Kedah he he he. Nak tau macam mana gagap Kedah , contohnya orang Kedah bercakap, terutamanya ketika ditemu ramah mereka sering menyelag selikan dengan perkataan "" apa nama nii, apa nama, apa nama nii "", mungkin kurang dari tiga kali. Saya anggap gagap ini gagap mencari idea atau jawapan atau apa nama, apa nama ada juga yang idea temberang. hu hu hu.

Anda ada banyak info berilah ulasan nanti, barulah info pasal gagap ni bertambah.
Sehingga bertemu lagi.

Wassalam.

Rabu, 4 Februari 2009

Panduan mengadakan kursus motivasi.



Panduan kepada guru yang ingin mengadakan Kursus Motivasi pelajar .

Entri popular dari blog Kehidupan Bersih dipanjangkan ke blog Santai Sihat untuk mereka yang tidak melayari Kehidupan Bersih.
________________________________


Contoh Kertas Kerja kursus untuk anda yang sudi.



__________________________________________________

Sekolah Menengah Kebangsaan......................
......................................................................................
...........................................................................


Kursus Peningkatan Sahsiah Pelajar Islam Tingkatan Tiga 2009.

Tarikh:
.............................. 1430h
...............................2009m

Masa :
Jam 7.30 pagi - 6.30 petang.

Tempat:
Dewan SMK..........................

Rasional.
Pelajar Tingkatan 3 adalah pelajar yang berada di penghujung kaedah peperiksaan secara objektif, kebiasaan ini perlu dialih atau dibiasakan dengan penulisan secara subjektif kerana pada tahun akan datang mereka akan ke Tingkatan 4, di mana corak peperiksaan akan berubah. Keadaan ini menuntut mereka menguasai ilmu secara yang lebih mendalam lagi. Untuk membantu pencapaian tujuan tersebut maka kursus ini diadakan dan dirancangkan begitu rupa bagi mendedahkan beberapa kaedah pembelajaran yang berkesan kepada mereka.

Kursus ini akan mengutamakan “Pusatan Pelajar”, selain daripada ceramah, pelajar akan terlibat dalam aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno (Sesi Pembentangan ) serta penilaian.

Aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seratus peratus melibatkan pelajar ( peserta ) atau disebutkan sebagai " Pusatan Pelajar " . Kaedah ini dipercayai mampu menjana dan menghasilkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Objektif.
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta dapat:
(1) Mengenal diri sendiri dan kawan-kawan.
(2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
(3) Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
(4) Mewujudkan kumpulan mentalaah.
(5) meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
(6) Menggunakan cara belajar yang berkesan.
(7) Mengekalkan fokus dan matlamat masing-masing.
(8) Bekerja dalam satu pasukan.

________________________________________________________________

Penasihat:
(1) Pengetua.
(2) Pengerusi PIBG.
(3) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
(4) Kaunselor.

JAWATANKUASA KURSUS.
(1) Pengerusi : ..............................
(2) Naib Pengerusi: ..............................
(3) Setiausaha : ..............................
(4) Bendahari : ..............................

Ahli Jawatankuasa:

(1).............................
(2).............................
(3).............................
(4).............................
(5).............................
(6).............................
(7).............................

___________________________________________________________________

Anggaran Perbelanjaan:
( Anggaran perbelanjaan untuk 100 peserta sahaja )

(1) Makanan tengahari (sekali) RM06.00 x 110 peserta = RM660.00
(2) Minuman petang (sekali) RM03.00 x 110 peserta = RM330.00
(3) Peralatan kursus,( kertas mahjung,
"Marker pen", kertas kad manila, kertas pendua dll) = RM050.00
________________
Jumlah = RM1040.0
================

___________________________________________________________________

Sumber Kewangan:
(1) Sekolah.
(2) Persatuan Ibubapa Dan Guru.
(3) Waris / Peserta.
(4) Derma Individu.

_____________________________________________________________________

Penggemblingan tenaga;
(1) Guru-guru Pendidikan Islam.
(2) Guru-guru Kaunseling.
(3) Pelajar cemerlang Ting: 5/6.

____________________________________________________________________

Program.
Pendaftaran/Taklimat. 7.30 pagi - 8.00 pagi.

Ceramah (1) 8.00 pagi - 9.00 pagi.
( Akhlak dan Kewajipan Pelajar Islam )

Ceramah (2) 9.00 pagi - 10.00 pagi.
( Kaedah Belajar Berkesan )

Rehat/Kudapan. 10.00 pagi - 10.15 pagi.

Taaruf. 10.15 pagi - 11.15 pagi.
( Ahli Kumpulan )

Bengkel (1). 11.15 pagi - 12.15 t. hari.
( Menyelesaikan Tugasan )

Bengkel (2). 12.15 t. hari - 1. 15 petang.
( Menyelesaikan Tugasan )

Jamuan/solat. 1.15 petang - 2.15 petang.

Persediaan Sidang pleno. 2.15 petang - 4.00 petang.
( Raptai Pembentangan - Latihan Dalam Kumpulan )

Kudapan/solat. 4.00 petang - 4.20 petang.

Sidang Pleno (Pembentangan). 4.20 petang - 6.00 petang.
( Setiap Kumpulan membuat pembentangan )

Penilaian kursus (peserta). 6.00 petang - 6.20 petang.
( Wakil kumpulan memberi penilaian )

Penilaian Kursus (penganjur). 6.20 petang - 6.30 petang.

Peserta dijangka bersurai. Jam 6.30 petang.

___________________________________________________________________

Senarai nama Fasilitator ( Pembimbing Rakan Sebaya );

1...............................................................
2...............................................................
3..............................................................
4...............................................................
5..............................................................
6..............................................................
7..............................................................
8.............................................................
9.............................................................
10............................................................


___________________________________________________________________

Senarai nama peserta:

Kumpulan 1.

1. Harun bin Saad, 3A
2. Salman bin Ahmad, 3B
3...................................................
4..................................................
5...................................................
6.................................................
7.................................................
8.................................................
9...................................................
10..................................................

Kumpulan 2.

1.Salmah bt Kasim. 3B
2.Roqiyah bt Zaki. 3C
3.......................................................
4.........................................................
5.......................................................
6.......................................................
7.......................................................
8......................................................
9......................................................
10....................................................

Kumpulan 3.

1.....................................................
2....................................................
3.....................................................
4....................................................
5....................................................
6....................................................
7....................................................
8...................................................
9...................................................
10.................................................


sehingga Kumpulan 10.




_____________________________________________________________________

Tajuk-tajuk perbengkelan;

Tajuk-tajuk perbincangan hendaklah disediakan bersama panduan dan penjelasan yang lengkap sesuai dengan kebolehan pelajar. Sekurang-kurangnya dua tugasan ringkas perlu disediakan untuk setiap kumpulan, dua kumpulan yang berasingan boleh diberi tugasan yang sama untuk perbincangan. Lebih banyak unit tugasan disediakan adalah lebih baik, iaitu satu unit mengandungi dua tugasan ringkas. Satu unit untuk satu kumpulan. Seelok-eloknya hanya di antara 10 - 12 peserta di dalam satu kumpulan . Penganjur hendaklah sentiasa mengingatkan tentang ketepatan masa. Masa yang diperuntukan mestilah dimanfaatkan dengan tepat. Jika masa tidak dipatuhi objektif kursus tidak akan tercapai.

____________________________________________________________________

Kumpulan 1/6.

Ahli kumpulan anda dikehendaki membincangkan dua tajuk berikut dan membentangankannya di sidang pleno nanti. Gunakan kepakaran ahli kumpulan anda untuk menjadikan pembentangan tersebut menarik dan meyakinkan. Lantik seorang pengerusi dan seorang pencatat untuk melancarkan perbincangan anda.

Ketentaraman dan keselesaan semasa belajar boleh membantu meningkatkan penerimaan dan kefahaman terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.

(a) Apakah masalah-masalah yang mengganggu ahli kumpulan anda semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas ?.

Berikut adalah senarai masalah- masalah tersebut;

1.................................................................................................................................................................

2................................................................................................................................................................

3...............................................................................................................................................................

4...............................................................................................................................................................

5..............................................................................................................................................................

6......... dan seterusnya.

( Tulis atau catatkan di dalam kertas pendua dahulu, Kemudian pindahkan ke dalam kertas mahjung atau kad manila sama ada menggunakan peta minda atau sebagainya)



(b) Apakah tindakan yang boleh kumpulan anda lakukan untuk mengatasinya ?.

Tindakan yang boleh kami lakukan bagi mengatasi gangguan pembelajaran;

1....................................................................................................................................................................

2....................................................................................................................................................................

3...................................................................................................................................................................

4...................................................................................................................................................................

5..................................................................................................................................................................

6....................... dan seterusnya, jika ada.


( Senaraikan seberapa banyak yang anda fikirkan sesuai dan seterusnya catatkan di dalam kertas pendua , kemudian pindahkan penghasilan tersebut ke dalam kertas mahjung atau kad manila untuk digunakan semasa pembentangan atau sidang pleno)



___________________________________________________________________

Kumpulan 2/7.

Kumpulan anda dikehendaki membincangkan dua tajuk yang disediakan di bawah ini dan hasil perbincangan akan dibentangkan di sidang pleno nanti. Gunakan kepakaran ahli kumpulan anda untuk mendapatkan jawapan atau membuat pembentangan yang terbaik. lantik seorang pencatat dan seorang pengerusi untuk melancarkan aktiviti anda.

Melanggar disiplin sekolah adalah salah satu punca yang menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang pelajar dan melencongkan fokus pelajar berkenaan terhadap pembelajaran,

(a) Apakah tingkahlaku yang melanggar disiplin sekolah yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan anda ?.

Senarai tingkahlaku yang melanggar disiplin sekolah yang telah kami lakukan;

1.................................................................................................................................

2.................................................................................................................................

3.................................................................................................................................

4.................................................................................................................................

5................................................................................................................................

6......................... dan seterusnya. jika ada.

( Tulis atau catatkan jawapan tersebut ke dalam kertas pendua dahulu, kemudian pindahkan ke dalam kertas mahjung atau kad manila )

(b) Apakah tindakan yang boleh kumpulan anda lakukan bagi mengatasi perkara tersebut ?.

Tindakan yang akan kami lakukan bagi mengatasi perkara tersebut;

1.....................................................................................................................................

2.....................................................................................................................................

3....................................................................................................................................

4...................................................................................................................................

5...................................................................................................................................

6......................................... dan seterusnya, jika ada.

( Pindahkan hasil perbincangan tersebut ke kertas mahjung atau kad manila untuk digunakan semasa pembentangan nanti )

_________________________________________________________

Kumpulan 3/8.

Ahli kumpulan anda ditugaskan untuk membincangkan tajuk-tajuk yang tersebut di bawah ini dan memberi pembentangan di sidang pleno di akhir kursus nanti. Gunakan kepakaran ahli kumpulan anda untuk menandingi kumpulan yang lain.

(a) Apakah nilai-nilai yang bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh ahli kumpulan anda di kawasan sekolah ?.

Nilai-nilai yang bertentangan dengan ajaran Islam yang kami amalkan di kawasan sekolah;
1................................................................................................................................

2................................................................................................................................

3................................................................................................................................

4.................................................................................................................................

5................................................................................................................................

6..................... dan seterusnya, jika ada.

( Pindahkan hasil perbincangan ke kertas mahjung atau kad manila )


(b) Apakah nilai-nilai Islam yang ahli kumpulan anda hayati di dalam kawasan sekolah ?

Senarai nilai-nilai Islam yang kami hayati di dalam kawasan sekolah adalah seperti berikut;

1..................................................................................................................................

2..................................................................................................................................

3..................................................................................................................................

4..................................................................................................................................

5..................................................................................................................................

6............................ dan seterusnya, jika ada.

( Catatkan dahulu hasil perbincangan itu di dalam kertas pendua, kemudian pindahkan ke dalam kertas mahjung atau kad manila untuk digunakan semasa pembentangan di sidang pleno akhir kursus nanti )

_________________________________________________________

Kumpulan 4/9.


Ahli kumpulan anda dikehendaki membincangkan dan menyelesaikan dua masalah yang disediakan di bawah ini. Gunakan kepakaran yang ada di dalam kumpulan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut dan penghasilannya akan dibentangkan oleh kumpulan anda sendiri di dalam sidang pleno pada akhir kursus nanti.
Lantik seorang pengerusi dan seorang setiausaha ( pencatat ) untuk melancarkan tugasan anda.

Untuk memberi sesuatu sesi pembelajaran itu berkesan, para pelajar perlulah menggunakan kaedah yang tertentu semasa mereka mengulangkaji pelajaran seperti cara mengambil nota atau membaca dan mengingat serta menulis kembali apa yang masih ada di dalam ingatan dan seumpamanya.

(a) Bagaimanakah cara ahli kumpulan anda menggulangkaji pelajaran sebelum menghadiri kursus ini ?

Cara ahli kumpulan kami mengulangkaji pelajaran sebelum menghadiri ceramah "Cara belajar berkesan" di antaranya;

1......................................................................................................................................................................

2.....................................................................................................................................................................

3......................................................................................................................................................................

4....................................................................................................................................................................

5....................................................................................................................................................................

6.................................... dan seterusnya, jika ada.

( Tuliskan di dalam kertas pendua terlebih dahulu, kemudian pindah rumusan tersebut ke dalam kertas mahjung atau kad manila )


(b) Setelah kumpulan anda menghadiri ceramah "Cara belajar berkesan". Bagaimanakah pula cara ahli kumpulan anda mengulangkaji pelajaran ?.

Selepas ini ahli kumpulan kami akan menggunakan "Cara bejar berkesan" di dalam pembejaran dan semasa mengulangkaji, di antaranya:

1.....................................................................................................................................................................

2....................................................................................................................................................................

3....................................................................................................................................................................

4...................................................................................................................................................................

5...................................................................................................................................................................

6............................. dan seterusnya, jika ada.

( Tulis atau catatkan terlebih dahulu hasil perbincangan itu di dalam kertas pendua, kemudian pindahkan ke dalam kertas mahjung atau kad manila seperti di atas)
____________________________________________________________________

Kumpulan 5/10.

Ahli kumpulan anda dikehendaki membincangkan dua tajuk yang disediakan di bawah ini. Gunakan kebolehan dan kepakaran ahli kumpulan anda untuk mendapatkan hasil yang maksimam dan penghasilannya akan dibentangkan sendiri oleh ahli kumpulan anda di sidang pleno nanti. ( semak program). Untuk memudahkan perbincangan lantik seorang pengerusi dan seorang pencatat.

Sikap dan tingkahlaku sangat penting di dalam kehidupan kita khasnya para pelajar, Jika seseorang pelajar itu mengamalkan sikap atau sifat yang positif (mahmudah) di dalam kehidupannya, maka pelajar tersebut mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, manakala mereka yang menghayati sikap yang negatif (mazmumah) akan menerima padah kekecewaan.

(a) Apakah sifat-sifat negatif (mazmumah) yang diamalkan oleh ahli kumpulan anda ?.

Senarai sifat-sifat negatif (mazmumah) yang diamalkan oleh ahli kumpulan kami, adalah seperti berikut;

1...................................................................................................................................................................

2...................................................................................................................................................................

3..................................................................................................................................................................

4..................................................................................................................................................................

5..................................................................................................................................................................

6.................................. dan seterusnya, jika ada.

( Catatkan dahulu rumusan perbincangan itu di dalam kertas pendua, kemudian pindahkan ke dalam kertas mahjung atau kad manila supaya senang digunakan di dalam pembentangan nanti)


(b) Bagaimanakah ahli kumpulan anda mengatasi sifat-sifat buruk yang pernah diamalkan itu ?.

Ahli kumpulan kami mencadangkan beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut, di antaranya;

1......................................................................................................................................................................

2.....................................................................................................................................................................

3.....................................................................................................................................................................

4....................................................................................................................................................................

5....................................................................................................................................................................

6................................ dan seterusnya, jika ada.

( Catatkan dahulu di dalam kertas pendua, kemudian pindahkan ke dalam kertas mahjung atau kad manila seperti di atas )


___________________________________________________________________


Disediakan oleh;
Panitia Pendidikan Islam.
Sek.Men.Keb. ...................

( tamat )
____________________________________________________________________

Peringatan kepada penganjur:

(1) Tindakan sebelum kursus,
-Mengadakan mesyuarat / taklimat jawatankuasa.
- Membuat agihan tugas jawatankuasa.
-Menyediakan fasilitator dengan mengadakan kursus ringkas.
- Menentukan dewan ceramah dan bilik-bilik bengkel.
-Menentukan penceramah. ( Dalaman/Jemputan)
- Menyediakan peralatan yang akan digunakan.
- Mengingat dan Memastikan jadual makan dipatuhi oleh pembekal makanan.
-Menentukan/memilih peserta kursus/sediakan senarai nama lengkap.
-Memberi taklimat kepada peserta/ tarikh, masa, keperluan yang perlu dibawa.
-Cetak kertas kerja sejumlah yang sesuai.
-Cetak tugasan (soalan) dan diberikan kepada ahli kumpulan yang berkenaan.
-Sediakan senarai kumpulan ( jika perlu).
-Memastikan/memaklumkan kepada penceramah supaya menyentuh persoalan yang hendak dibincangkan oleh peserta.
-Mengingatkan peserta supaya membuat catatan semasa mendengar ceramah.

(2) Tindakan semasa kursus.
-Menguruskan pendaftaran.
-Memberi taklimat disiplin.
-Memberi taklimat kursus, ( merujuk kepada kertas kerja kursus )
-Mamastikan jadual dipatuhi oleh semua pihak.
-Memastikan bilik perbincangan sesuai dan selesa.
-Memastikan para peserta berbincang mengikut prosedur yang telah ditentukan.
-Memastikan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) melibatkan setiap peserta.
-Memastikan taklimat program dihalusi supaya peserta memahami tugasan mereka pada setiap -aktiviti yang dicatatkan di dalam program.
-Memastikan fasilitator mencukupi, seorang bagi satu kumpulan.

(3) Peringatan umum.
-Kertas kerja atau modul kursus yang dipaparkan di atas hanyalah sebagai contoh semata-mata. Mereka yang belum berpengalaman boleh memanfaatkan dengan mengubahsuaikan mengikut kehendak mereka.

-Kursus ringkas seperti ini lebih sesuai diadakan di sekolah-sekolah kerana boleh dilaksanakan dengan melibatkan ramai pelajar iaitu dengan cara memperbanyakkan kekerapan penganjuran. Perbelanjaan makanan dan minuman tidak menjadi kesalahan dibiayai sendiri oleh pelajar dan penganjur hendaklah mengambil inisiatif menguruskannya.

-Kursus yang diadakan dalam tempoh yang panjang seperti dalam tempoh 2 atau 3 hari akan menggunakan dana yang banyak dan biasanya mampu dilaksanakan setahun hanya satu kursus sahaja, penglibatannya sangat terhad. Pelaksanaan ini tidak adil bagi pelajar yang tidak terpilih.
Kursus diadakan bukan untuk gah atau masyhurkan sesuatu sekolah. Pendidik tidak patut hilang fokus kerana matlamat guru ialah mendidik pelajar seramai yang mampu. Bukan membuat sesuatu bertujuan hendak mempamerkan kerja atau tugas kita. Kerja atau tugas yang kerap dilakukan akhirnya akan terserlah juga walaupun tidak diwar-warkan.

- Taaruf- Sesi ini sangat penting - Memang menjadi prinsip kursus ini kumpulan yang disenaraikan antara 10 - 12 orang itu bukan daripada kawan asal mereka atau kawan rapat mereka. Dengan itu satu sesi taaruf perlu diadakan sebelum sesi perbincangan diadakan, oleh itu sesi pengenalan diri ini akan memantapkan kumpulan masing-masing. Semasa taaruf dan perbengkelan peserta akan dibimbing oleh fasitator atau Pembimbing Rakan sebaya ( PRS ). Oleh itu satu kursus ringkas dan taklimat kursus perlu diadakan beberapa hari sebelum kursus motivasi ini dilangsungkan.

- Apakah perkara atau pengisian yang perlu disampaikan kepada PRS supaya perkara tersebut juga akan disampaikan kepada peserta nanti. sebenarnya PRS perlu mengetahui proses perjalanan taaruf dan mengetahui objektif perbengkelan.

- Taaruf - Kumpulan ( PRS ) di antara 10 - 13 orang - Kursus PRS penganjur sendiri akan menjadi Fasilitator- Proses taaruf dijalankan secara bergilir-gilir di mana mereka akan duduk dalam satu lengkongan berbentuk "U" dan Fasilitator mengadap ke arah mereka. Proses pengenalan ini dimulak terlebih dahulu oleh fasilitator dan seterusnya peserta sebelah kanan mengambil giliran. Setiap orang yang mengambil giliran menceritakan hal diri dan keluarga mereka sejak zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang, iaitu tentang kebaikan, kegembiraan dan kesusahan, setelah selesai bercerita kawan-kawan bolehlah bertanya beberapa soalan. ( Mereka dilarang mendedahkan perkara-perkara yang mengaibkan dan perkara yang dilarang oleh islam ). Proses taaruf seperti inilah juga yang akan dilaksanakan oleh PRS pada hari kursus nanti.

- Taklimat kursus kemudiannya diberikan kepada fasilitator ( PRS ), Kertas kerja kursus hendaklah dibekalkan kepada mereka secukupnya. Penjelasan akan diberikan berdasarkan apa yang tercatat di dalam buku program tersebut.
___________________________________________________________________


Untuk kebaikan bersama anda dijemput untuk memberi komen.


_____________________________________________________________

Sekian.

Allahu Aklam ( Allah Maha Mengetahui )