Selasa, 3 Ogos 2010

Pantun - Ramadan.

Salam semua.


Mengira hari membilang usia.
Degup- deg
ap jantung berdetik,
Sedar-sedar bertambah usia,
Sampai masa kita pun balik.



Ramada
n yang lalu rasanya baru.
Datang pula Ramadan yang baru.
Ada yang masih keliru.
Antara syaitan dan hantu.

Kerana kurang belajar ilmu.
Rambut putih dicelup kelabu.
Mengubati fikiran yang terganggu.
Namun hati masih terbelenggu.

Bukan itu keputusan jitu.
Penuhi dada dengan ilmu.
Dengan Allah kena ma'arifatu.
Baru hati tenang selalu.

Kepada Allah sujud selalu.
Baru akrab dan bersatu.
Menyembah hanya pada yang Satu.
Barulah ibadat nilainya bermutu.

Marilah berazam di kalbu.
Berpuasa dan bersahur dulu.
Supaya berkat sepanjang waktu.
Pahalanya banyak beribu-ribu.

Jangan puasa ikut regu.
Hilang isi, tinggallah sudu.
Biarlah berpuasa bersama ilmu.
Barulah firdausi kita ketemu.

Jom kita doa dan merayu.
Supaya akhirnya kita bertemu.
Baru puas rasa di kalbu.
Kerana sampai tempat dituju.

Isnin, 2 Ogos 2010

Hiburan yang diizinkan.

Salam semua.

Semua
manusia suka dan berminat dengan hiburan serta memerlukan untuk menghiburkan hati supaya kedukaan tidak bersarang di hati. Hiburan pula terdapat berbagai jenis, di sana terdapat yang terlarang dan masih ada yang diizinkan, oleh itu marilah kita mencari hiburan yang diizinkan, sambil berhibur dapat juga kita mengingatkan Allah Maha Pencipta alam ini.

Kita juga dianjurkan supaya bersederhana di dalam menjalani kehidupan termasuklah berhibur, kini telah wujud ramai penghibur yang mampu berdakwah melalui lirik lagu dan seumpamanya.


Jom kita dengar nasyid atau naat di bawah ini.




Sekian. Allahu aklam.

Ahad, 1 Ogos 2010

Kehadiran Ramadan dialu-alukan.

Salam semua.

Ramadan telah menghampiri kita.Orang utara Malaysia telah masak acar sebagai salah satu meno yang akan dihidangkan semasa berbuka puasa dan bersahur, Ini dilakukan dengan harapan berselera makan ketika bersahur nanti, dengan itu puasa akan menjadi sempurna dan tanpa gangguan di waktu siangnya.Bagitulah umat Islam di selatannya, malah umat Islam di seluruh pelusuk dunia dengan kaedah dan caranya masing-masing, asalkan tidak melanggar syariat kerana berpuasa itu adalah ibadat bukannya adat bagi sesuatu bangsa. Amalan yang bertentangan dengan suruhan Allah hendaklah dihindar dan ditinggalkan kalau tidak berbuat demikian ianya akan menjadi sia-sia.

Kelebihan puasa Ramadan dapat difahamkan melalui terjemahan Surah Al.Qadr yang disediakan di bawah ini ( Bacaan dan terjemahannya)


http://174.36.196.135/~server4/muamr/097.mp3



Mafhumnya:

97. Al-Qadr

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sekian.Wallahu aklam.