Rabu, 29 Disember 2010

Belajar membaca al.Quran.

Salam semua.

Sengaja saya -( link )- kan website di bawah ini semata-mata untuk kemudahan mereka yang ingin memanfaatkannya, melalui link ini anda boleh mendengar bacaan al.Quran dan menggunakannya sebagai alat bantuan mengajar dengan menggunakan klik ulangbaca yang disediakan pada setiap ayat.

Semasa kita mendengar bacaannya hendaklah perhatikan dan dengarkan betul-betul sebutannya dan kita hendaklah cuba meniru dan mengikut sebutan atau bacaan tersebut dengan tepat sedaya upaya. Insya Allah kita akan dapat memperelokkan dan mentahsinkan bacaan kita.

Klik di sini insya Allah akan sampai ke destinasinya.


Selasa, 14 Disember 2010

Kempen menutup aurat.

Salam semua.


Dari Laman Kehidupan Bersih.
Hari ini sebelum masuk waktu Subuh aku dah bangun dari tidur dan menggunakan sedikit masa membaca dan mencari maklumat di dalam blog dan Fb, terbaca mesej di "shoutbox" blog laman Kehidupan Bersih mengajak aku sertai kempen menutup aurat, dalam blogku memang terdapat tajuk yang semacam itu dan ramai pula yang membacanya sehingga tersenarai di "Popular Pages Today" -" berada pada no.4 dalam senarai pula, kedudukan ini berlaku sejak 28 April 2009, ini bermakna ramai yang suka membacanya, kalau nak membacanya klik di sini.

Berbalik kepada cerita ajak kempen tadi, aku pun klik baca artikel dia, bagus rupanya, ajakannya agak lembut, aku baca dua artikel depa, memang semuanya bagus-bagus belaka, aku rasa depa ni orang muda yang berpelajaran dan terdidik dengan sempurna, bertuah mak bapak depa.Maih kita baca cuma klik di sini ... mudah sangat ja


Sekian...wallahu aklam.

Selasa, 7 Disember 2010

Balik kampung.

Salam semua.

Balik kampung, singgah di Pekan Rabu.Membeli barang
keperluan yang susah didapati di tempat lain, barangan seperti kuah rojak yang ada um, kuih karas. ubat- ubatan tradisi dan lain-lain.Hari kedua pergi ke Bukit Kayu Hitam sekadar melihat perubahan .

Promosi cara masak kuih karas.

Minyak rambut, bedak sejuk penawar dan manisan lebah.

......................................


Sabtu, 6 November 2010

Kempen Derma Untuk Penduduk Gaza.


Salam semua.

Tadi ke Pasar Tani Shah Al
am terjumpa sukarelawan berkempen mendapatkan derma dari orang ramai untuk penduduk Gaza, kesengsaraan penduduk Gaza tidak perlu diceritakan lagi di sini, Kita sepatutnya menghulurkan sumbangan sekadar yang mampu .



Wallahu aklam.

Jumaat, 5 November 2010

Aku berkurung dalam rumah bukan kerana banjir.

Salam semua.

Hari ini aku berkurung di dalam rumah sejak pagi tadi, setelah bangun aku teringat pada keluarga di kampung, di antara mereka ada yang terl
ibat dengan bencana banjir, ada yang demam sejak seminggu yang lalu dan ada pula yang terlibat dengan kemalangan motorsikal, akibat kambing lintas laluan, manakala kambing itu pula ingin menyelamatkan diri dari ancaman banjir, kedua-duanya kini ( yang demam dan yang aksiden ) sedang dirawat dan berehat di hospital, semoga mereka cepat sembuh dan dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. memang benar malang itu tidak berbau.

Ketika aku menulis artikel ini jam menunjukkan 2.25 petang, aku belum ke mana sehingga saat ini, bukan kerana terperangkap dengan banjir , kawasan aku tinggal ini tiada banjir, lewat petang nanti aku belum pasti, mungkin kereta aku yang aku hantar ke bengkel pagi semalam telah siap digantikan dengan komponen baru pada bahagian yang telah dikenalpasti rosak, kata mekanik anggaran kosnya lebih kurang RM100.00 +, apapun terpaksalah aku membayarnya setelah siap nanti, aku tidak keluar rumah bukan sebab anak kereta aku itu, sebab sebenar aku berkurung dalam rumah kerana aku ada banyak idea dan ilham untuk direalisasikan di dalam laman sesawangku ini, agaknya malam tadi aku minum akar kayu Iran yang disediakan isteriku ...hahaha..wallahu aklam...Sejak pagi tadi sehingga sekarang aku masih rasa ceria dan bersemangat untuk menulis , artikel yang aku poskan pada hari ini sahaja berjumlah 5 artikel termasuk artikel ini.

Semasa aku menulis aku tidak terasa keseorangan dan kesunyian, aku sebenarnya terasa seolah-olah sedang berbual dengan anda dan kekawan yang lain, ramai dari kalangan anda mengenaliku hanya melalui alam maya ini sahaja, tegasnya kawan maya, kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut diriku , aku mungkin seorang yang peramah dan senang diajak berbincang, walaupun wajahku kelihatan agak sombong atau bengis, kalau melihat pada wajah tanggapan anda akan terpesong.

Di antara tajuk yang telah aku tulis hari ini, mungkin anda ingin membacanya, sekiranya ingin membaca bolehlah merujuk dan klik di bawah ini untuk membacanya ; Di sini ,di sini
, di sini dan di sini.

Sebaik sahaja selesai artikel ini ditulis anak keretaku pun siap dibaikpulih kerosakannya. ( bukan gambar di atas, itu hanya daya tarikan sahaja ) Baru sebentar tadi mekanik menghubungiku dan memberitahu hal tersebut, sebentar lagi mekanik akan hantar dan aku terpaksalah menghantarnya balik pula ke bengkel, wau ketika itu pasti jalan raya sesak, semoga selamat pergi dan kembali, tawakkaltu alallah.


Sekian...wallahu aklam.

Khamis, 23 September 2010

Balik kampung Aidil Fitri 1431H

Salam semua.

Pada tahun ini tarikh yang dipilih untuk balik kampung bagi menyambut sempena Aidil Fitri ialah pada 4hb.Syawal 1431, amalan puasa sunat terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, ketika ini jalan raya agak lengang sedikit berbanding dengan hari-hari yang lain terutamanya menjelang hari raya jalan raya di mana-mana pun kelihatan sesak dan terdedah kepada kemalangan yang berbahaya.

Alhamdulillah, selamat pergi dan balik.



Arah ke KL jalan mulai sesak kerana sebahagian pengguna lebuh raya balik semula ke KL untuk memulakan tugas seperti biasa.





Dah sampai Perak, masuk terowong.


Perjalanan dari Gurun ke Alor Setar sebelah kiri kanan lebuh raya kelihatan sawah yang terbentang luas dan terdapat padi yang telah masak dan dituai dengan mesin.kelihatan asap berkepui-kepui di tengah bendang kerana Pak Tani sedang membakar jerami, jika pembakaran berlaku di petak yang terdekat dengan lebuh raya,pemandu hendaklah berhati-hati kerana kekadang asap mengkaburkan pandangan, pernah berlaku insiden kemalangan bersabit dengan kebakaran ini, susah hendak menghalang kegiatan ini kerana pembakaran itu adalah amalan biasa untuk cerahkan tanah dan disamping boleh menyuburkan tanah, amalan ini dilakukan sejak dahulu , mereka tidak menghampiri lebuh raya , sebaliknya lebuh raya yang datang menghampiri mereka. Jadi pihak lebuh raya yang perlu beralah.

Khamis, 9 September 2010

Menjelang Aidil Fitri Bandar Raya Shah Alam lengang.

Salam semua.


MA'AF ZAHIR DAN BATIN.


Shah Alam lengang.

Suasana lengang jelas kelihatan berbanding dengan dua atau tiga hari lepas, sama ada di jalan raya , pasar raya dan di mana-mana kerana ramai dari penghuninya telah balik kampung halaman masing-masing.Tiada lagi kesesakan jalan raya, malah di sesetengah taman perumahan juga sunyi sepi, terutamanya di kawasan perumahan yang baru dibuka,mereka yang tidak ke mana-mana terpaksa mengawasi dan menjaga keselamatan rumah jiran yang terdekat.

Sekian...Wassalam.

Selasa, 3 Ogos 2010

Pantun - Ramadan.

Salam semua.


Mengira hari membilang usia.
Degup- deg
ap jantung berdetik,
Sedar-sedar bertambah usia,
Sampai masa kita pun balik.



Ramada
n yang lalu rasanya baru.
Datang pula Ramadan yang baru.
Ada yang masih keliru.
Antara syaitan dan hantu.

Kerana kurang belajar ilmu.
Rambut putih dicelup kelabu.
Mengubati fikiran yang terganggu.
Namun hati masih terbelenggu.

Bukan itu keputusan jitu.
Penuhi dada dengan ilmu.
Dengan Allah kena ma'arifatu.
Baru hati tenang selalu.

Kepada Allah sujud selalu.
Baru akrab dan bersatu.
Menyembah hanya pada yang Satu.
Barulah ibadat nilainya bermutu.

Marilah berazam di kalbu.
Berpuasa dan bersahur dulu.
Supaya berkat sepanjang waktu.
Pahalanya banyak beribu-ribu.

Jangan puasa ikut regu.
Hilang isi, tinggallah sudu.
Biarlah berpuasa bersama ilmu.
Barulah firdausi kita ketemu.

Jom kita doa dan merayu.
Supaya akhirnya kita bertemu.
Baru puas rasa di kalbu.
Kerana sampai tempat dituju.

Isnin, 2 Ogos 2010

Hiburan yang diizinkan.

Salam semua.

Semua
manusia suka dan berminat dengan hiburan serta memerlukan untuk menghiburkan hati supaya kedukaan tidak bersarang di hati. Hiburan pula terdapat berbagai jenis, di sana terdapat yang terlarang dan masih ada yang diizinkan, oleh itu marilah kita mencari hiburan yang diizinkan, sambil berhibur dapat juga kita mengingatkan Allah Maha Pencipta alam ini.

Kita juga dianjurkan supaya bersederhana di dalam menjalani kehidupan termasuklah berhibur, kini telah wujud ramai penghibur yang mampu berdakwah melalui lirik lagu dan seumpamanya.


Jom kita dengar nasyid atau naat di bawah ini.




Sekian. Allahu aklam.

Ahad, 1 Ogos 2010

Kehadiran Ramadan dialu-alukan.

Salam semua.

Ramadan telah menghampiri kita.Orang utara Malaysia telah masak acar sebagai salah satu meno yang akan dihidangkan semasa berbuka puasa dan bersahur, Ini dilakukan dengan harapan berselera makan ketika bersahur nanti, dengan itu puasa akan menjadi sempurna dan tanpa gangguan di waktu siangnya.Bagitulah umat Islam di selatannya, malah umat Islam di seluruh pelusuk dunia dengan kaedah dan caranya masing-masing, asalkan tidak melanggar syariat kerana berpuasa itu adalah ibadat bukannya adat bagi sesuatu bangsa. Amalan yang bertentangan dengan suruhan Allah hendaklah dihindar dan ditinggalkan kalau tidak berbuat demikian ianya akan menjadi sia-sia.

Kelebihan puasa Ramadan dapat difahamkan melalui terjemahan Surah Al.Qadr yang disediakan di bawah ini ( Bacaan dan terjemahannya)


http://174.36.196.135/~server4/muamr/097.mp3



Mafhumnya:

97. Al-Qadr

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sekian.Wallahu aklam.

Rabu, 28 Julai 2010

Susu unta segar.

Salam semua.

Susu Unta Segar di Arab Saudi
Share
Susu unta yang baru diperah

Susu dipindahkan ke bekas yang lebih kecil untuk diminum terus tanpa perlu dimasak

Kawan yang sama-sama pergi mencari susu unta... rakan laut.

Susu unta perlu ditapis dengan kain nipis sebelum diminum, buih tersisa ini selalu Arab sapu di muka untuk mencantikkan kulit muka... banyak diambil untuk dibuat kosmetik

Arab Badwi sedang memerah susu setelah pesanan dibuat... sebesen SR10.00 boleh minum 10 orang sehingga kenyang.

Unta ibu sedang menunggu diperah susu... unta tak akan keluarkan susu untuk diperah jika tidak ada anak unta datang menyusu dulu.. makan anak unta perlu diumpan untuk minum... hebat sistem badan unta... Subhanallah..


Rasanya seperti susu lembu segar... tidak berbau (tapi jikalau Arab Badwi tidak perah dengan elok, maka akan berbau hamis unta kalau terkena kulit unta itu) .. kalau diperah dari unta desa yang tidak terlalu kerap diperah, maka nya lebih lemak berkrim.. Susu unta adalah antara susu terbaik untuk manusia..

Biasa nya di malam minggu, orang di Jeddah dan di Arab Saudi umum nya akan ke pinggir-pinggir bandar untuk membeli susu unta segar di perkampungan Arab Badwi... Badwi ni kebanyakan nya berkulit gelap, berambut kerinting tetapi berhidung mancung. Ada kala sukar dibezakan dengan wajah orang dari Afrika. Tetapi sebenarnya berbeza, kalau biasa lihat maka akan tahu membezakan nya..

Ahad, 20 Jun 2010

Persinggahan Baruku.(puisi)

Salam semua.

Persinggahan Baruku.

Di pagi yang masih sunyi sepi.
aku terjaga tidur.
sedetik kemudian aku disambut suara keramat bertalu-talu.
suaranya berkumandang di udara,
beralun di dalam gelumbang maya.
bertali arus, sahut menyahut.

Kemerduannya tidak dapat direka manusia.
keindahannya sukar hendak ditiru.
Alhamdulillah Persinggahan Baruku masih menyamai tempat asalku.
takungan air sawah menggemakan suara ke seluruh pelusuk desa.
kini air Tasik Seksyen Tujuh menggemakan suara itu sampai ke kamarku.

kang kikang kuut, kang kikaaang kuuuuuut,
dari arah mana aku tidak pasti,
bila aku periksa,
aku lihat hanya hutan tropika,
aku lihat hanya hutan kelapa sawit,
yang aku lihat hanya hutan batu bata.
semuanya itu tidak menghalang suara itu berdendang di telingaku.

Itulah suara keramat yang mengejutkan tidur lenaku dikala leka.
menandakan Subuh hampir tiba.
Peringatan itu tidak pernah mungkir.
sejak zaman berzaman mereka tidak jemu memberi peringatan.

sebaik sahaja aku beralih badan.
kedengaran pula dari arah tasik;
Allaahu akbar, Allaaahu akbar, Allaaaahu akbar, Allaaaaaaahu akbar.

Tidak ubah seperti semua persinggahanku yang terdahulu.
Bersyukur kepada Allah kerana masih mengekalkan kesinambungannya.
Juga bersyukur kepada-Nya kerana memberi peluang itu padaku.
maka bolehlah aku menghayatinya bersama mereka.
Bersama mereka yang memanggil-manggil dan mengajak- ngajak untuk bersatu dan berjamaah.


01 Rejab 1431.
14 Jun 2010.

Khamis, 27 Mei 2010

Khasiat Daun Lemuni.

Salam semua.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Sejak beberapa hari ke belakangan ini saya asyik teringin nak makan Nasi Lemak Daun Lemuni yang sering saya menikmatinya di Pasar Basah Bukit Gelugur. Pulau Pinang. Lokasi pasar ini adalah di Taman Tun Saadon tidak berapa jauh dari Universiti Sains Malaysia (USM), biasanya dijual pada waktu pagi. Ramai yang berkemahiran memasak nasi lemuni ini tetapi rasa keenakannya tidak sama sebab itulah saya sering ingat nak makan yang dihasilkan oleh penjual nasi lemak di pasar tersebut. Nasi dan sambalnya memang amat sesuai dan serasi, harganya pun berpatutan. Nantilah kalau saya ke sana saya akan usaha dapatkannya.

_________________________________________

LEMUNI HITAM ( Vitex trifolia )

Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam Lemuni.

Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.

(Tip ini dipetik dari.http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm)
_________________________
_______________

Sekian....Wallahu aklam.

Sabtu, 1 Mei 2010

Iklan: Tanah untuk dijual.

Salam semua.

$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sekian....Wassalam.

Sabtu, 20 Mac 2010

Angkut barang pindah rumah.

Salam semua.

Rumah baru sudah siap, dah terima kunci, sebelum masuk nak buat sedikit tambahan tetapi belum mula lagi kerana kontraktor belum selesai buat di tempat lain, sambil menunggu projek tambahan dimulakan, barang kecil-kecil diangkut sedikit demi sedikit, barang besar kita muat dengan lori, mungkin dua bulan lagi kot baru boleh pindah seluruhnya.

Barang dalam setor, dah diangkut separuh.

_______________

Kod Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Sekian.Wassalam.

Khamis, 4 Mac 2010

Islam cara hidup yang sempurna.

Salam semua.

Petikan rakaman kuliah yang dipaparkan di laman www.NikNasri.com
yang menghurai dan menerangkan mengenai konsep Islam atau Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Untuk mendengar dan memahaminya.
Sila klik tajuk di bawah ini.

Islam - cara hidup yang lengkap

Sekian.Wassalam.



Rabu, 3 Mac 2010

Perbezaan di antara agama dan addin.

Salam semua.

Entri kali ini memaparkan rakaman ceramah dari blog www.NikNasri.com.membicarakan perbezaan di antara agama dengan Islam secara terperinci dan halusi. definasi agama dan Islam diperjelaskan.

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekian. Wassalam.

Sabtu, 27 Februari 2010

Bersantai dengan irama yang disangka tidak difahami.

Salam.

Bersantai dengan irama yang disangka tidak difahami, rupanya ada juga bahasa Melayu yang terselit di dalamnya, ada kemerduaan dan kelucuannya, kali ini anda diberi faham melalui paparan di skrinnya, itulah ceritanya,terjumpa di youtube.Hanya untuk anda.






Sekian.

Jumaat, 26 Februari 2010

Tanah,air dan api.

Salam semua.

Tanah, air dan api adalah di antara unsur yang sangat penting di dalam kehidupan harian manusia dan begitu juga makhluk lain yang mana kesemuanya itu dijadikan oleh Allah.Diri kita memang terbentuk asasnya di atas tiga unsur tersebut, air sangat penting berada di dalam diri man
usia dan juga di dalam tanah, sekiranya manusia minum air yang mencukupi seperti nasihat para doktor , manusia akan berjaya menyingkirkan sebahagian besar penyakit yang mereka alami.

Pagi tadi, setelah masuk bilik air untuk bersih diri, agak terperanjat kerana ketiadaan air, pagi ini tidak seperti pagi-pagi yang telah lalu, Walaupun diketahui air dicatu sejak beberapa hari yang lalu, kami tidaklah kalut sangat untuk menyimpan air kerana sebelum ini tidak p
ernah keputusan air walaupun dalam keadaan sedang dicatu. Agaknya dalam diam-diam hero yang ada di dalam rumah masuk berendam di dalam bilik air, kalau cuaca panas memang mereka sentiasa sahaja meminta untuk masuk mandi, biasanya aktiviti mereka itu diatur dan dikawal.

Seorang yang agak pandai menguruskan diri, pandai pakai baju, pandai memakai seluar dan juga pandai menggeludak laptop Tok Wa
n dengan memindah-mindahkan folder dari tempat asalnya. Agaknya dialah yang masuk menghuni di dalam bilik air tanpa disedari oleh orang lain. Maka berlakulah pembaziran dan sedikit kesusahan akibat perbuatannya itu. Kami masih bernasib baik kerana jam 10.00 pagi air telah pulih seperti sedia kala, kali ini kami lebih berhati-hati dengan meningkatkan kawalan bilik air....he3.....bersyukur Allah akan menambahkan nikmat-Nya lagi kepada hamba-Nya.

Inilah akibatnya bila ketiadaan air.

Di rumah moyang mereka semasa balik kampung tempoh hari, inilah hero-hero yang dimaksudkan.

Sekian.Wassalam.

Rabu, 24 Februari 2010

Album kenangan - Silat.

Salam semua.

Gambar-gambar ini diambil dari album lama yang tersimpan di kampung dan diambil semula ketika balik kampung pada 13.02.2010 yang telah lalu dan diubah simpan di dalam blog ini untuk melayaninya semasa bersantai.

Pertandingan Silat Seni.

Aktiviti silat di sekolah.

Hanya sekadar ini sahaja.

Wassalam.