Rabu, 27 Januari 2010

Demokrasi semakin durjana.


Salam Semua.

Puisi ini dipetik dari facebook dan dibuat sedikit pindaan untuk tatapan anda sambil bersantai.
_________________

Demokrasi kini telah lanjut usianya .
Sedang diamalkan di banyak negara.
Walaupun amalannya semakin durjana.

Ramai terpaksa ikut dan guna.

Itulah senario yang ada.
Buruk atau baik itulah sahaja.
Memerlukan anjakan dan usaha.
Supaya dekat Allah Taala.

Kalau sudah ada kuasa.
Baik dibuang , ditinggalkan sahaja.
Keadaan kini tidak upaya.
Tiada rotan akar pun berguna.

Memang benar penjelasan anda.
Mengenai situasi sedia ada.
UMNO. PAS bukan tajuk bicara.
Penghayatan Islam teras utama.

UMNO,PAS pertunjuk perbezaan fikrah.
Perjuangan berbeza, pengisian pun berbeza.
Rakyat perlu ubah langkah.
Supaya kita sama bicara.

PAS.UMNO bukan matlamat.
Itu hanya wadah semangat.
Penghayatan Islam adalah hajat.
Itulah wawasan itulah matlamat.

Pendidikan Islam penyatu bicara.
Barulah kefahaman menjadi bitara.
UMNO,PAS duduk semeja.
Memakmurkan Islam bersama-sama.

Kasihkan bangsa umpama kasihkan keluarga.
Aqidah dan agama.sama-sama dijaga.
Harta pusaka dibahagikan saksama.
sekadar sedekah kepada musafir kelana.

Bumi Allah hak bersama.
Hak milik tetap berbeda.
Hak adik. adik yang punya.
Hak Melayu. Melayulah yang punya.

Pendekatan waqia' kita guna.
Bangsa asal tidak teraniaya.
Islam memang menjaga semua.
Keadilan sejagat paling utama.

Sekadar pandangan minda lama.
Ada salah dan tidak berguna.
Jangan ambil semua wacana.
Hanya pilih yang berguna.

Sekian. Wallahu aklam.

Sabtu, 23 Januari 2010

Ronda di Bandar Kluang, Johor.


Salam Semua.

Pagi tadi ( Sabtu- 23.01.2010 ) saya ke Bandar Kluang kerana menyelesaikan sedikit urusan peribadi dan di samping meronda- ronda di tempat-tempat tertentu sambil snap gambar yang dipaparkan di bawah ini.








Sekian. Wassalam.

Rabu, 20 Januari 2010

Dapat juga mengubat rindu walaupun menatap wajah dari jarak jauh.

Salam semua.



Dapat juga mengubatkan rindu walaupun menatap wajah orang tersayang dari jarak yang jauh beratus atau beribu kilometer.

Bukan sahaja dengan orang yang tersayang , malah dengan sesiapa sahaja dapat berbual-bual panjang dan beramah mesra.Demikianlah kecanggihan yang dipaparkan oleh Sains dan Teknologi.


Di mana pada suatu ketika dahulu kita tidak tefikir pun akan kemudahan seperti ini tetapi terdapat manusia yang memikirkannya.









Cuba lihat gambar di sudut kiri di bahagian bawah imej.





Sebenarnya saya tiada tajuk yang lebih sesuai untuk disantaikan di sini, maka inilah sahaja paparannya.


Sekian. Wassalam.



Sabtu, 16 Januari 2010

Memaafkan orang lain dan memohon ampun dari Allah.

Salam semua.

Memaafkan orang lain dan memohon ampun dari Allah.

Tiada hak memaafkan bagi pihak orang lain.
Memaafkan dan memohon ampun adalah dua cetusan rasa yang terbit dari hati seseorang, set
elah berlaku kesilapan dan kesalahan yang dilakukan orang lain terhadap diri seseorang barulah wujud hak untuk memaafkan. Kuasa memaafkan itu mencakup sekadar perbuatan yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya sahaja, seseorang itu tidak berhak untuk memaafkan orang lain yang tidak melibatkan dirinya atau tegasnya tidak boleh memaafkan bagi pihak orang lain kerana manusia tiada hak atau kuasa mengampunkan dosa orang lain dan tiada kuasa menanggung dosa orang lain selain menanggung dosa dirinya sendiri .Bapa tidak menanggung dosa anak dan anak juga tidak boleh menanggung dosa ibubapa.

Kadang-kadang diperkatakan juga bahawa ibubapa menanggung dosa anak apabila anak-anak yang belum baligh tidak menunaikan solat atau anak-anak melakukan perbuatan dosa, sebenarnya tanggapan dan anggapan itu adalah salah kerana anak-anak yang belum baligh bagi mereka tiada apa-apa dosa, mereka bersih suci seperti kain putih. Dalam hal seperti ini ibubapa atau warisnya terdapat bahagian yang melibatkan diri mereka iaitu kewajipan mendidik anak-anak mereka supaya mentaati Allah. sekiranya kewajipan ini tidak dijalankan barulah ibubapa itu berdosa dan dosa itu adalah dosa mereka sendiri, kelalaian mereka menyebabkan anak-anak tidak berakhlak mulia adalah kesalahan ibubapa atau waris.

Masakan Allah mudah mengampunkan dosa kita kalau kita sendiri pun sukar memaafkan orang lain.
Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini setiap orang tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan atau berlakunya kesilapan dan kesalahan terhadap orang lain seperti mana orang lain melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap diri kita.

Sekiranya di dalam diri kita penuh sarat dengan kesalahan orang lain terhadap diri kita dan hati kita pula menyimpannya dengan menyunci kuat, rapat dan kemas tanpa mahu memaafkan serta kita melupakan pula sifat Allah yang terpuji iaitu Pemurah dan Penyayang ( Arrahman dan Arrahim). Dalam pada itu kita memohon
supaya segala dosa kita diampunkan Allah, sedangkan kesalahan orang lain kita enggan maafkan, adakah lojik Allah akan memaaf dan mengampunkan segala dosa kita itu. Dari segi lojik rasanya sukar bagi kita hendak mendapatkam keampunan-Nya dalam keadaan demikian, walau bagaimana pun Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Melakukan kebaikan dahulu kemudian memohon ampun atau
memohon ampun daripada Allah dalam situasi sedang melakukan kebaikan adalah situasi yang amat baik dan lebih mudah mendapatkan keampunan-Nya.Umpama doa orang yang sedang berpuasa atau mengerjakan Haji.

Perbandingan:
Memaafkan kesalahan saudara Islam adalah lebih baik daripada enggan memaafkannya.

Renungi maksud firman Allah berikut:

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim".(40)
Surah Asy.Syura.
______________

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah".(123)

"Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun".(124)
Surah An.Nisak.
______________________


MENJURUS KE FACEBOOK.

Lee Noh

Tersiar di dalam beberapa medi massa diberitakan bahawa pada petang ini akan berlaku gerhana matahari, umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat tersebut pada ketika gerhana sedang berlaku sama ada secara berjamaah atau berseorangan, secara berjamaah adalah lebih afdal kerana di sana terdapat khutbah khas.......

Lee Noh
MAJLIS SERAH ANAK DAN MENGADAP GURU ( Hanya suatu cadangan ). Para pembaca budiman sekali lagi dalam mauduk ini saya ingin mengutarakan pengalaman saya yang telah lalu dalam bidang pendidikan anak-anak................

_________________________


Sekian . Wallahu aklam.