Sabtu, 11 April 2009

Aura Terung Mengalahkan Petai



Salam Semua.


Pokok Petai berasal dari hutan rimba,
tetapi pada masa kini petai telahpun keluar dari hutan dan hidup di kampaung-kampung bersama masyarakat manusia.Bila disebut sahaja nama petai atau buah petai maka terbayanglah sedap dan lazat serta bau busuknya.

Allah Taala menjadikan dalam diri buah petai itu tersembunyi rasa lazat dan bau busuk, kedua-duanya disepadukan. kekadang rasa mahu makan dengan tidaknya itu bercampur baur kerana selepas memakannya mulut kita akan berbau busuk, keadaan ini akan menjejaskan maruah dan juga akan membawa kepada hukum makruh kerana busuknya itu.
Percayakah anda bahawa aura atau bau yang ada di dalam buah terung dapat mengatasi atau menghilangkan bau busuk yang terdapat di dalam buah petai dan mungkin juga buah-buah ulaman yang lain seperti genuak (kerdas) dan jering.

Untuk menghilangkan bau busuk buah petai atau ulaman yang disebutkan tadi setelah anda memakannya hendaklah anda memakan buah-buah ulaman tersebut bersama buah terung. Insya Allah dapat mengurangkan atau menghilangkan bau busuk tersebut. seelok-eloknya terung itu dibakar dan juga dibuat ulam.
Belum cuba belum tahu !!!.


_______________


Untuk mengurangkan rasa panas dalam badan setelah makan buah durian. Hendaklah memakan durian dan diikuti dengan memakan buah manggis.
Dan elakkan diri daripada memakan pada waktu yang sama buah-buahan yang lain yang sifatnya juga panas.


Sekadar ini sahaja tip pada hari ini.
Selamat mencuba.
Insya Allah berkesan.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam

2 ulasan:

  1. Salam Leenoh..
    Durian adalah spesis yang berbau..

    Dan untuk mengelakkan bau durian menguasai rumah.. makanlah durian sampai habis jangan disimpan sedikit pun.. :)

    BalasPadam
  2. Salam Din.
    Betul-betul..... tapi bila sampai masa tertentu, berbau juga, begitulah dunia ini.
    Kalau saya makan durian tidak boleh bagi habis, nanti darah naik ke kepala, kalau kepala dah berat ianya boleh tumbang.
    Auzubillahi min zalik.

    BalasPadam