Khamis, 30 Julai 2009

Pesta Buku - Di PKNS.

Salam Semua.

Jam 9. 30 Santai Sihat sampai di PKNS pergi ke sana atas dua tujuan pertama ingin menikmati kuih muih yang memang lazat-lazat dijual di bangunana tersebut dan yang keduanya ingin melihat buku-buku yang dipamerkan. Se
mpat juga mengambil beberapa keping gambar, sedang asyik mengambil gambar kanak-kanak Tadika yang sedang menonton pertunjukan di pentas aras bawah PKNS tetiba saja bateri telefon bimbit lemah dan tidak lagi berfungsi, terlupa semak sebelum bergerak ke sana tadi. Berbagai jenis buku yang dipamerkan di tengah aras satu bangunan tersebut dan juga buahan-buahan yang terletak di belakang bangunan gambarnya tidak dapatlah direalisasikan sepenuhnya di sini.

Sekiranya anda mempunyai masa lapang layan-lay
anlah gambar-gambar di dawah ini.


Perbagai Toko Buku.


Demontrasi Menjawab Soalan Matematik

Pertunjukan khas untuk kanak-kanak.

Pesta buah-buahan.
Syukurilah nikmat Allah, Insya Allah rezeki akan bertambah..


Jumaat.
31.07.2009.

Sekian. Wassalam.

Mandi Air Daun.

Salam Semua.

Dalam entri kali ini Santai Sihat sertakan informasi ringkas mengenai kanak-kanak untuk panduan ibu bapa yang masih muda . Kehidupan pada zaman kanak-kanak sangat sensitif terutamanya mengenai kesihatan mereka, mereka sering diserang berbagai penyakit. kekadang mereka mengalami demam setiap bulan dan hilang selera makan.

Di bawah ini disertakan panduan untuk memulihkan selera makan kanak-kanak. Caranya sangat mudah dan ada beberapa pilihan, Santai Sihat hanya ingin memberikan dua caranya sahaja yang sering Santai Sihat lakukan sejak lama d
ahulu sehinggalah sekarang. Insya Allah berkesan.


Cara-caranya:

Mandi Daun Betik ( papaya ).
1. Ambil beberapa helai daun betik dan diramaskan bersama air di dalam sebuah bekas seperti baldi atau seumpamanya untuk mengeluarkan getahnya, kemudian ditapis dan ambil airnya sahaja.

2. Air yang bercampur dengan getah daun betik tadi dibuat mandi.

3. Mandikannya mulai daripada bahu ke bawah dan tidak melibatkan bahagian kepala.

4. Ketika yang sesuai untuk mandi ialah pada tarikh di antara 16 - 30 haribulan mengikut taqwim hijrah , pada tarikh 16 sehingga 30 haribulan itu kita kenali sebagai bulan turun.

5. Mandikannya sehari sekali sahaja sama ada pada waktu pagi atau petang dan laksanakan beberapa hari, biasanya setelah 3 hari diamalkan atau lebih awal lagi ianya telah menunjukkan kesan, iaitu selera mereka telah mulai pulih. Lihatlah sendiri perbezaannya.

Mandi Daun Keriang dan Daun Samak.
Kaedahnya sama seperti di atas, cuma dalam kaedah ini dicampur daun keriang dan daun samak. boleh juga kita gunakan satu jenis sahaja, cuma mungkin kurang berkesan.


Selamat mencuba.


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.


Mungkin anda ingin menyambung baca lagi.




Sabtu, 25 Julai 2009

Mengimarahkan masjid tanggungjawab bersama.


Masing-masing menumpukan perhatian
kepada tugas.

________



Salam Semua.

Kebiasaannya pada hari Ahad Santai Sihat ke Pasar Tani di Stadium Shah Alam tetapi pada hari ini
( 26.07.2009 ) Santai Sihat sekali lagi ke Masjid Fastabiqul Khairat. Batu Tiga. Shah Alam menyertai gotong-royong bagi menceriakan masjid. Kehadiran peserta hari ini sesuai dengan peralatan yang disediakan. Tugasan hari ini ialah mengecat dinding geriji dan dinding simen serta tiang di bahagian dalam masjid. Aktiviti berjalan lancar dan pada malam ini pihak masjid akan mengadakan ceramah Israk dan Mikraj.
Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid ini datanglah untuk sama-sama mengikuti majlis ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan.




Banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa yang telah diberi mandat dan amanah oleh pihak berkuasa dan juga ahli jamaah masjid.
__________________

JADUAL BULANAN MAJLIS ILMU MASJID JAMEK FASTABIQUL KHAIRAT.
( Tertakluk kepada pindaan )

Gambar hiasan

Minggu Pertama:

Ahad:
Kuliah Subuh:
( akan diumumkan kemudian ) .

Kuliah Maghrib.
Ust. AFI ABDULLAH .
Kitab Mustika Hadis. Jld.1 .
( Hadis ).


Isnin:
Kuliah Maghrib.
Ust. MUHAMMAD.
Kitab Hidayatus salikin -
( Tasauf ).

Selasa:
Kuliah Magbrib.
UST. WAN AHMAD RAHIMAN -
Tafsir al.Baqarah -
( Tafsir ).


Rabu:
Kuliah Maghrib.
UST. Muhammad TAJWID -
( Qiraat ).


Khamis:
Majlis membaca Surah Yasin.

Jumaat:
Kuliah Maghrib.
UST. FAUZI.
Kitab Tauhid Sheikh Abd.Majid Aziz Az.Zindani-
( Aqidah ).


Sabtu:
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH -
Kitab Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq -
Kitab Bajuri -
( Fikah ).


__________________________________________________

Minggu Kedua

Ahad.
Kuliah Subuh.
( akan diumumkan )

Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Hadis ).

Isnin.
Kuliah Maghrib
UST. MUHAMMAD YUSUF.
( Tasauf ).


Selasa.
Kuliah Maghrib.
UST.. WAN AHMAD RAHIMAN.
( Tafsir ).


Rabu.
Kuliah Maghrib.
UST.MUHAMMAD TAJWID -
( Qiraat ).


Khamis.
Majlis Membaca Surah Yasin.

Jumaat.
Kuliah Maghrib.
UST. FAIRUZ.
Kitab Bulughul Mar'am-
( Hadis ).


Sabtu.
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Fiqah ).
___________________________________

Minggu Ketiga.

Ahad.
Kuliah Subuh.
( akan diumumkan )

Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Hadis ).

Isnin.
Kuliah Maghrib.
UST.Muhammad.
( Tasauf ).


Selasa.
Kuliah Maghrib..
UST. WAN AHMMAD.
( Tafsir ).

Rabu.
Kuliah Maghrib.
UST. MUHAMMAD TAJWID
( Qiraat ).


Khamis.
Kuliah Maghrib.
Majlis Membaca Surah Yasin.

Jumaat.
Kuliah Maghrib.
UST. FAIRUZ.
( Hadis ).


Sabtu.
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH
( Fiqah ).
_______________________________

Minggu Keempat.

Ahad.
Kuliah Subuh.
( akan diumumkan )

Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.

Isnin.
Kuliah Maghrib.
UST.MUHAMMAD.
( Tasauf ).

Selasa.
Kuliah Maghrib.
UST. WAN AHMAD RAHIMAN.
( Tafsir ).

Rabu.
Kuliah Maghrib.
UST.MUHAMMAD TAJWID.
( Qiraat ).

Khamis.
Majlis Membaca Surah Yasin


Jumaat.
Kuliah Maghrib.

UST.FAUZI.
( Aqidah )

Sabtu.
Kuliah Maghrib.
UST. AFI ABDULLAH.
( Fiqah ).
______________________

Pautannya.

___________________

Sekian. Wassalam.






Jumaat, 24 Julai 2009

Jualan dari Gudang Pra Raya di Stadium Malawati




Salam Semua.

"Entry" ini membawa dua tujuan atau serampang dua mata. Walaupun kelihatan demikian tetapi bagi Santai Sihat paparan ini sebenarnya ditujukan kepada kekawan yang tinggal di sekitar Shah Alam untuk memaklumkan kepada mereka bahawa mereka mempunyai peluang berjimat sebelum kehadiran Hari Raya Puasa ini. Barang yang berjenama baik dan berkualiti sedang rancak dijual di Stadium Malawati. dan akan berakhir pada hari Ahad ini ( 26.07.2009 ).






Sekian. Wassalam.

Rabu, 22 Julai 2009

P8 Putra Jaya - Restoran Sukamari-Pendang-Kedah.

Stadium Malawati


Salam semua.

Pagi tadi (Khamis 23.07.09) jam 10.pagi saya ke Stadium Malawati untuk meninjau kalau-kalau ada barangan murah yang berkenan di hati - di sana sekarang ini sedang rancak mengadakan Jualan Gudang Pra Raya - banyak juga barang-barang yang dijual - harganya pun ok diturunkan antara 50% - 70% dari harga asal - barang-barang berjenama baik dan berkualiti - sangat sesuai untuk persediaan pakaian hari raya anak-anak - disamping ibu bapa dapat berjimat - merancang awal akan menguntungkan keluarga.





Ayam dah masak


Masakan belum siap. sarapan dulu.


Belum masak . tunggu 5 minit.

Malam terpaksalah berkhemah di sini

Semasa balik saya singgah di Gerai Sukamari ini yang terletak di laluan keluar stadium. Restoran ini sebenarnya berpusat di Putra Jaya. Sesiapa yang tinggal berhampiran dan ingin rasa Sup Utara.bolehlah singgah di restoran ini. Pengusahanya berasal dari Kampung Sukamari, Pendang Kedah . Kalau nak rasa sekarang boleh mendapatkannya di Stadium Malawati sehingga (Ahad) 26.07.09.
Selepas tarikh ini terpaksalah anda ke P8. Putra Jaya atau Bandar Salak Baru.
______________


Pautan di bawah ini mengandungi maklumat yang berfaedah untuk anda;
Sila Klik


_______________


Sekian.Wassalam.

Isnin, 20 Julai 2009

Jerebu masih menziarahi kami di Shah Alam.

Stadium Shah Alam.



Salam semua.

Nampaknya kebelakangan ini jerebu dan asap kilang bersaing untuk memenuhi ruang masing-masing, ianya berjaya memendekkan dan mengaburkan pandangan serta mengurangkan kualiti udara.........agaknya sampai bila ye.




Layanailah gambar di atas kiranya anda ingin bersantai.
Gambar diambil beberapa hari yang lepas.
____________________

Alhamdulillah jam 10.00 pagi tadi hujan turun agak lebat juga iaitu selepas lebih kurang setengah jam entri ini diposkan - kini cuaca sejuk semula di Shah Alam dan segala kekotoran jerebu yang berlaku beberapa hari sebelumnya telah dibersihkan oleh hujan - hujan turun selama 50 minit.

------ tarikh entri ini direkod lewat sehari--------


____________________
Stadium Malawati


"Allah Maha Mengetahui"


Patrina:
Selasa 21.07.2009.

Sekian.Wassalam.

Sabtu, 18 Julai 2009

Bergotong-royong menceriakan masjid

Salam semua.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Taala di atas keizinan-Nya kami dapat menghadiri serta menyertai aktiviti bergotong-royong menceriakan Masjid Fastabiqul Khairat, Batu 3. Shah Alam. dengan harapan pada bulan Ramadan nanti akan lebih ceria dan selesa.


Tukar mentol lampu. Tinggi kan.


Cat dan peralatan lain disediakan


Minggu ke-3 baru sampai
ke ruang ini.

Dah siapkan


Dah cuci tangan


Sarapan dan makan tengah hari disediakan,
Kalau diupah belanja akan meningkat lagi.


Ini kumpulan orang muda


Minggu lepas siapkan yang ini.


Sejak dahulu lagi masjid
diindahkan dengan cat berwarna hijau.

Itulah identiti kita.

Kehadiran masih merosot, orang yang sama juga yang terlibat, cuma beberapa orang sahaja yang bertambah. Diharap Ahad minggu depan kehadirannya akan bertambah. Kalau anda tinggal di persekitaran masjid ini. Jom Ahad depan kita pergi turut serta bergotong-royong .

( Ahad.19.07.2009 )

Sekian.Wassalam.