Selasa, 22 September 2009

Melayani anak-anak.




Salam Semua.

Ibu bapa sewajarnyalah mengambil kesempatan pada hari-hari cuti untuk bersama anak-anak dan melayani mereka sekadar kemampuan masing-masing supaya mereka membesar secara yang sihat dan cerdas serta me
rasai bahagia dan selamat bersama ibubapa mereka. Aktiviti ini juga dapat menjalinkan kasih sayang yang mendalam di antara anak-anak dan ibu bapa serta adik beradik mereka.













Dalam berseronok hendaklah juga beringat kerana kemalangan datang tanpa diundang, langkah-langkah kawalan keselamatan terhadap aktiviti mereka perlulah diambil tindakan sepanjang aktiviti berseronok atau bermain.
Memilih tempat yang terjamin selamat juga penting sebelum memulakan aktiviti.

Berenang ialah suatu senaman yang terbaik untuk kesihatan, minda lebih fokus ketika menjalankan aktiviti ini, berenang juga suatu kemahiran yang penting dimiliki setiap orang, kemahiran ini elok diajar lebih awal kepada anak-anak.


Sekian. Wassalam.

Ahad, 20 September 2009

Selamat Berpuasa Sunat Syawal - 1430.




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Berakhirlah sudah 1hb.Syawal dan berakhirlah juga sambutan berhari raya "Aidil Fitri" yang diperintahkan Allah dan muncul pula perintah yang kedua yang berkaitan dengannya iaitu perintah supaya berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, mulai 2hb.Syawal sehingga 7hb. Syawal. cara tersebut adalah cara yang afdal atau terbaik, selain daripada itu juga terdapat pilihan lain iaitu berpuasa 6 hari dalam tempoh di antara 2hb.Syawal sehingga berakhirnya Syawal. pilihan ini tidak afdal.

Walaupun kita masih menyambut kunjungan tetamu ke rumah tetapi sambutan itu bukan lagi sambutan Hari Raya yang dimaksudkan atau yang diperintahkan, sebaliknya sambutan itu hanya merupakan sempena Hari Raya sahaja, sekurang-kurangnya dapat mengeratkan tali silaturrahim yang juga dititik beratkan oleh ajaran Islam. Insya Allah pahalanya akan diperolehi asalkan tidak dicampuradukkan dengan aktiviti yang dilarang Allah dan lagha.

Saya ucapkan Selamat Berpuasa Syawal kepada mereka yang akan berpuasa sunat Syawal esok hari . Semoga anda beristiqamah dan berterusan sehingga 7hb.Syawal dan saya juga berharap saya sendiri dapat beristiqamah bersama-sama anda.


Sekian. Wassalam.

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 1430




Ditujukan khas kepada semua
pelawat Laman ini.


من العائدين والفائزين
Minal 'Aidin Wal Faizin.
"SEMOGA ANDA MENDAPAT KEJAYAAN"


MAAF ZAHIR DAN BATIN.

@@@@@@@

Rabu, 9 September 2009

Isteri balik kampung.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pagi tadi jam 9.00 pagi saya bertolak dari Sek: 26 Shah Alam ke Hentian Bas Jalan Duta Kuala Lumpur menghantar isteri dan adik ipar balik ke Alor Setar kerana ada urusan keluarga, lebih kurang jam 9. 30 kamipun tiba di Hentian Duta, bas yang akan dinaiki akan bertolak jam 10.00 pagi. Kami bertolak dari rumah dengan menghidupkan GPS yang tertera gambarnya di bawah ini atau di atas sana, sengaja hendak cuba sejauh mana kejujuran GPS ini sebagai rakan tunjuk jalan, kerana jalan ke tempat dituju memang telah sedia diketahui melalui pengalaman yang telah lalu, nampaknya GPS boleh dipercayai. Saya pun rasa kagum juga dengan kebolehan dan kecanggihannya. GPS itu digunakan oleh pemandu, saya hanya berada di sisinya sahaja.
Setelah bas bertolak kamipun bertolak balik ke Shah Alam.




Dua bangunan di atas adalah bangunan yang sama di snap dari Hentian Duta, bengunan tersebut ialah Institusi Integriti Negara.
Namanya kedengaran hebat , sejauh mana fungsi dan keberkesanannya, wallahu aklam.

Layanilah gambar di atas itu semuanya disnap di Hentian Duta. untuk tatapan mereka yang belum biasa ke sini. keadaannya agak lengang, mungkin dalam bulan Ramadan orang ramai tidak membuat rancangan untuk ke mana-mana kecuali mereka yang mempunyai urusan yang sangat penting sahaja yang terpaksa berjalan jauh .

Khamis.
20 Ramadan 1430.
10 September 2009.

Sekian.Wassalam.

Sabtu, 5 September 2009

Allah masih mentakdirkan perkara baik menyebelahiku.

Salam Semua.

Tidak merasai risau, Pada hal telah melakukan perkara yang boleh membahayakan diri.

Jam 10.30 pagi tadi saya keluar ke Seksyen 20 untuk membeli barangan keperluan, sebelum masuk ke kawasan kedai saya singgah dahulu di stesen minyak Petronas berhampiran dan mengisi minyak sebanyak RM20.00, selepas itu barulah saya masuk ke kawasan kedai dan membeli beberapa barangan tetapi belum mencukupi apa yang hendak dibeli kerana barang yang hendak dibeli itu tiada. kemudian pula pergi ke Sek.19 di sana pun tiada, selepas itu barulah membuat keputusan pergi ke Tesco Extra. Sampai sahaja di hadapan Tesco Extra saya mengalihkan pandangan ke arah Stadium Malawati. Masya Allah banyaknya kereta sehingga tempat letak keretanya penuh dan sebahagiannya terpaksa meletakkan kereta mereka di depan Pasaraya Tesco Extra dan berjalan kaki ke Pasar Tani Mega Shah Alam. Ketika itu jam 11.25 pagi, tidak berada lama di Tesco extra setelah selesai membeli beberapa barang kieperluan saya pun balik.



Sesampai sahaja di rumah kelihatan tangki minyak dalam keadaan terbuka dan tudung atau penutupnya berada di atas bumbung kereta, Masya Allah, terkejut besarlah saya, nasib baik Allah masih mentakdirkan yang baik untuk saya, syukur alhamdulillah, barang kali berkat doa tuan imam Masjid Sultan Abd.Aziz malam tadi atau berkat pemandunya yang profesional hehehe bergurau ja. kalau saya me
mandu kereta itu lebih jauh lagi saya tidak pasti tudung tangki itu masih boleh terletak kekal di situ.



Demikianlah kelemahan manusia. Peristiwa ini mengingatkan saya akan peristiwa yang berlaku pada tahun 1990an dahulu di mana saya meletakkan serongkul atau serangkai kunci beserta dengan satu mangga kunci di atas bumbung kereta dan saya memandu ke sekolah sejauh antara 4 atau 5km untuk bertugas. semasa sampai di sekolah saya tidak menyedarinya pun tetapi apabila hendak balik barulah saya menyedari terdapat serongkul kunci di atas bumbung kereta dan menyangkanya pula ada orang meletakkannya di atas bumbung kereta saya dan terlupa mengambilnya balik, diwar-warkan kep
ada kekawan tiada siapa yang mengakuinya, akhirnya saya bawa balik kunci tersebut dan barulah saya sedar bahawa kunci tersebut adalah kunci rumah dan kunci pagar rumah saya sendiri. Tetapi peristiwa ini bukan berlaku di dalam bulan Ramadan.

Berlakunya peristiwa begini walaupun amat berbahaya situasinya di mana ianya boleh terdedah kepada kebakaran dan lain-lain tetapi kejadian itu tidak merisaukan kerana kita mengetahuinya setelah peristiwa itu selesai berlaku. Hanya mampu mengucapkan dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha berkuasa.

Ahad.
16. Ramadan 1430

06.September 2009

Sekian.Wassalam.

Rabu, 2 September 2009

Suasana Ramadan al.Mubarak.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Adik Muhammad bin Ahmad Zahid.

Santai Sihat pada bulan Ramadan ini menjadi peronda bebas Bandar Raya Shah Alam pada waktu awal petang kerana ketika itu kurang kesesakan lalulintas , rondaan itu bertujuan membeli makanan untuk berbuka puasa dan bersahur sambil melihat suasana Ramadan, memang meriah di mana-mana tempat pun di Malaysia ini pada bulan Ramadan terutama Pasar Ramadannya. Santai Sihat cuma ingin menceritakan di kawasan rondaannya sahaja.

Pada waktu malam tentulah tiada masa untuk meronda kerana umat Islam akan pergi ke masjid atau ke surau untuk mengerjakan solat fardu berjamaah dan solat sunat terawih. Maka begitulah juga saya pada waktu malam pergi ke masjid atau surau.


Masjid Sultan Abd.Aziz. Shah Alam.
Pandangan di waktu malam.

Pada malam ke 10 Ramadan Santai Sihat berlapang masa ke Masjid Sultan Abd.Aziz untuk merasai suasana solat terawih di sana, keputusan saya ke sana memang tepat seperti yang dihajatkan, kebetulan pada malam itu adik Muhammad seorang budak awal remaja yang pandai dan mahir membaca al.Quran ( saya tidak pasti hafazannya sampai ke peringkat mana sama ada 30 juzuk atau kurang tetapi yang pasti beliau seorang yang sangat mahir membaca al.Quran dan sering merangkul hadiah di dalam dan di luar negara ), Pada malam itu beliau diberi kepercayaan oleh pihak masjid untuk mengimamkan solat terawaih, Kemahirannya menjadi imam tidak dapat disangkal lagi. Cara beliau mengimamkan solat sangat meyakinkan, pengetahuannya mengenai cara-cara menjadi imam memang sudah tersemat di dalam dadanya dan telah melampaui usianya atau dalam perkataan lain kebolehan beliau sudah setaraf dengan orang yang telah dewasa malah ramai yang telah beliau atasi. Demikianlah Allah mengangkat darjat orang yang berilmu.


Gambar-gambar ini diambil pada
waktu awal petang di Pasar Ramadan.


Gambar ini diambil di kedai pemborong kurma
kawasan perindustrian UEP bersebelahan dengan SMK.Teknik Shah Alam.


Sekian.Wassalam.