Ahad, 23 Ogos 2009

Pasar Ramadan Shah Alam


Salam Semua.

Selepas solat Zohor tadi Santai Sihat ke Pasar Raya Giant. Seksyen 13. Shah Alam untuk membeli kuih - muih di salah satu gerai di medan selera di situ tetapi ketika sampai kuih-muih belum tersedia dijual agaknya sampai terlalu awal, kuih yang adapun tidak banyak pilihan lagi. Kemudian Santai Sihat terus ke Pasar Ramadan yang terletak bersebelahannya, iaitu di tapak Pasar Tani (Ahad), di sinipun hanya beberapa gerai sahaja yang siap dibuka yang lainnya sedang bersiap-siap, Bukan setiap kali kita datang awal itu menguntungkan, kekadang menyusahkan kerana nak kena tunggu, kemudian patah balik ke Giant ke gerai tadi, kali ini kuih-muihnya tersedia dengan banyaknya.

Selepas membeli kuih. Santai Sihat pergi pula ke Seksyen 7. Ketika sampai Pasar Ramadan di sini 50% daripada gerai di sini telah siap dengan barang jualan mereka dan sebahagiannya sedang bersiap-siap. Lauk pauk dibeli di sini, selepas itu bertolak pula ke Seksyen 20. Ketika sampai di sini jam menunjuk pukul 4.00 petang. Nampaknya semua gerai dah siap dan telah memulakan jualan. Di sini Santai Sihat membeli ayam percik kemudian barulah bertolak balik.

Sebenarnya rondaan itu bukanlah hendak membeli sangat tetapi lebih kepada rondaan ingin mengetahui suasana Pasar Ramadan di sini, maklumlah orang baru di Shah Alam ini.



Suasana peniaga-peniaga sedang memasang khemah dan menyediakan makanan yang hendak dijual ketika ini baru jam 3.00 petang. Pasar Ramadan di tapak Pasar Tani ( Ahad ) di tapak letak kereta Stadium Malawati, Seksyen 13. Shah Alam.



Pasar Ramadan di Seksyen 7. Lokasinya
berhampiran dengan Surau/Masjid.





Pasar Ramadan Seksyen 20.


Sekian. Wassalam.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Penduduk Patrina dan Katrina bergotong-royong.



Salam Semua.

Aktiviti Santai Sihat hari ini.
( Sabtu: 15.08.2009 ).


Jam 7.00 pagi ke Pasar Asnaf di Sek.3 untuk mem
beli ikan dan lain-lain keperluan dapur. lebih sejam setengah di sana barulah balik ke rumah.

Setibanya di rumah jiran memaklumkan bahawa pada pagi ini ada gotong- royong membaiki besi palang atau penghadang jalan di pondok jaga yang telah tumbang beberapa hari yang telah lalu, juga membersih dan mengecat semula pondok jaga serta membuat kerja-kerja penambahan lampu di pondok tersebut.

Jam 9.00 pagi berulah Santai Sihat ke lokasi untuk sama-sama menjayakan gotong-royong tersebut. Jam 1.12 t.hari barulah balik, sebahagian kerja sebenarnya belum siap lagi. Santai Sihat hanya datang sebagai mencukupkan korum sahaja. bolehlah juga bantu apa yang patut.
Tindakan seterusnya AJK akan membuat keputusan,
mungkin petang ini akan disambung semula untuk menyiapkan kerja yang masih perlu disiapkan.


" BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH".




Memyiapkan pendawaian letrik.


Pindah besi palang ke bawah pokok.


Barulah korek lubang dan nyahkan bahan yang
tidak boleh digunakan semula.



Lubang hampir siap.


Tapaknya hampir siap.


Kumpulan yang satu lagi.
Bersihkan dan cat semula pondok jaga.


Patri semula


Siap dibina semula -
masih belum kering sepenuhnya.



Kembali kepada keadaan asal.

Mereka mengaplikasikan kepakaran masing-masing dengan itu kerja yang memerlukan pelbagai kepakaran itu dapat disiapkan dengan mudah sahaja. Demikianlah untungnya bekerjasama.

Jam 5.00 petang Santai Sihat datang semula ke lokasi didapati segala-galanya telah siap.

Syabas AJK Patrina dan Katrina kerana anda bekerjasama di antara satu sama lain. Sikap inilah yang membawa berkat kepada masyarakat setempat.


Sekian . wasalam.

Khamis, 13 Ogos 2009

Bersantai sambil melayan halwa telinga

Salam semua.

Penghijrahan Nabi Muhammad.s.a.w. ke Madinah disambut dengan baik dan berbudi bahasa oleh kaum Ansur penduduk Madinah.

Jom kita dengar nasyid Yusuf Islam







Sekian.Wassalam

Peluang Jimat Belanja dan Persediaan Raya.

Salam Semua.

Atas ingatan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan kekawan semua saya rasa adalah wajar dimaklumkan kepada anda bahawa Metrojaya sedang menjalankan jualan murah sehingga 70% daripada harga jualan asalnya.

di Stadium Malawati. Shah Alam .
mulai 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2009
( Rabu - Ahad )


Mungkin ini merupakan suatu peluang untuk anda berjimat dan langkah persediaan pakaian raya untuk anak-anak atau untuk anda sendiri, terutamanya mereka yang tinggal di persekitarannya .


Peringatan:
Seelok-eloknya kanak-kanak tidak turut serta ke tempat awam seperti itu.

Sekian. Wassalam.

Selasa, 4 Ogos 2009

Menyambut Kehadiran Ramadan.

Salam Semua.

Kalau dipanjang umur insya Allah lagi dua minggu kita
akan menyambut Ramadan al.Mubarak . Di setengah tempat sepanjang bulan Syaaban ini adalah musim berkhenduri menyambut kehadirannya. Walau apapun jangan hendaknya melakukannya atas desakan adat kerana perbuatan seperti itu ditakuti lari daripada tujuan asal kita beribadat iaitu beribadat semata-mata kerana Allah. Berpuasa kerana suruhan Allah dan berkhenduri juga kerana suruhan Allah. Sebaiknya diniatkan segala pahala khenduri itu disedekahkan kepada ibu bapa kita sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Insya Allah pahalanya kita juga akan dapat bersama. Setiap pekerjaan beserta dengan niat, seseorang itu akan mendapat atas apa yang diniatkan. Kalau niat menunjuk-nunjuk atau hanya menyelesaikan masalalah rungutan masyarakat, maka itulah sahaja yang akan diperolehi.

Setiap orang mukmin mendoakan agar mereka dapat berpuasa terus menerus di dalam bulan Ramadan tanpa apa-apa gangguan terutamanya gangguan kesihatan.

Berpuasa Ramadan diwajibkan ke atas setiap orang Isla
m yang cukup syarat-syaratnya. Firman Allah Taala berkaitan kewajipan tersebut di dalam Surah al.Baqarah ayat 183-184 bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (183) .

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara
kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (184)

Untuk mengekalkan kekuatan atau bertenaga pada waktu siang walaupun di dalam keadaan berpuasa, beberapa langkah dianjurkan di antaranya melewatkan makan sahur dan makan dalam kuantiti dan kualiti yang sesuai.

Manakala masalah yang sering dihadapi pada bulan Ramadan ialah hilang selera makan terutamanya ketika bersahur, situasi ini berlaku biasanya setelah seminggu kita berpuasa dan masalah lain yang sering mengganggui orang yang berpuasa ialah masalah sembelit, untuk mengelakkan masalah tersebut mereka disyorkan makan buah kurma sebelum makan makanan lain ketika berbuka puasa dan banyak makan buah-buahan atau makanan bersirat.


Masyarakat Melayu dan India biasanya menyediakan masakan Acar Limau untuk membuka selera pada malam bulan Ramadan terutamanya ketika bersahur.

###################################

Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang beribadat di dalam bulan Ramadan, semata-mata oleh kuat tuntutan imannya dan bertulus ikhlas kerana Allah, maka dosanya diampunkan".

####################################

Pada hari Sabtu dan Ahad yang telah lalu Santai Sihat balik kampung menziarah bonda dan juga sanak saudara sambil itu singgah di Pekan Rabu membeli bahan-bahan untuk masak Acar Limau yang mana masakan ini telah menjadi kelaziman bagi keluarga Santai Sihat sejak puluhan tahun dahulu, kekadang dibuat dengan jumlah yang banyak kerana sebahagiannya dijual kepada mereka yang memerlukannya dan sebahagiannya disedekahkan kepada sahabat handai dan rakan taulan , sebahagianya pula untuk keluarga sendiri.

Cuba lihat gambarnya di bawah ini. Kalau anda biasa makan pasti terbuka seleranya.



Acar yang hampir masak.


Telah masak.


Acar Limau yang telah siap dimasak.

Cuba perhatikan bahannya.

####################

Di bawah ini bahan
yang belum digunakan.


Makanlah makanan yang halal dan baik.
dan

"Berhenti makan setelah hilang lapar".


Rabu- 14.08.1430H
05.08.2009M

Sekian. Wassalam.