Selasa, 21 April 2009

Aura Paku dan Belacan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Santai sihat memang akan membawa isu sekadar bersantai sahaja, sekiranya anda ingin membaca entri yang lebih berat sila ke blog berkembarnya , laman Kehidupan Bersih iaitu laman utama yang mengandungi hampir 200 topik setakat ini.

Pada hari ini saya ingin memberi sedikit informasi mengenai cara mengatasi bau busuk. Sekiranya anda kebetulan terpaksa menghadapi bau busuk kerana wajib menyelesaikannya, kalau tidak dibuang akan mendatangkan kemudaratan kepada umum tetapi masalahnya sukar hendak menyelesaikannya kerana bau terlalu busuk sehingga menyebabkan termuntah-muntah, objek itu mungkin bangkai atau mayat manusia yang perlu diuruskan secara tertib.

Mungkin terfikir oleh setengah orang bahawa bau busuk itu dapat diatasi dengan menggunakan minyak wangi. Sebenarnya tidak, bau minyak wangi tidak dapat mengatasinya. Siapa sangka paku dan belacan mempunyai aura yang lebih tinggi daripada kebanyakan bau busuk.

Palitkan belacan di hidung, bau belacan akan menguasai hidung dan bau lain tidak akan sampai ke hidung atau dengan mengambil paku yang bersaiz besar seperti paku 5 inci dan ikat paku itu berkeadaan melintang di hidung, bau paku itu akan menguasai hidung dan bau busuk yang lain tidak akan mampu sampai ke hidung.

Petua ini saya dapat daripada seorang kawan tetapi saya sendiri belum mempraktikkannya. Cubalah, belum cuba, belum tahu.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan