Selasa, 23 Jun 2009

Ikatan Silaturrahim mempermudahkan urusan kehidupan harian.

Salam Semua.

Ikatan silaturrahim mempermudahkan urusan kehidupan harian, kita sebenarnya tidak pernah hidup berseorangan kerana kita tidak mampu hidup tanpa orang lain, setiap ketika kita memerlukan orang lain, kita tidak mampu menjana eletrik untuk rumah sendiri, tidak mencipta kenderaan untuk kegunaan sendiri, tidak mencipta pakaian untuk kegunaan sendiri dan berbagai lagi keperluan kita, kita tidak mampu menyediakannya secara bersendirian, Tegasnya kita memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain untuk menyelesaikan urusan hidup kita, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh itu kita hendaklah menjaga silaturrahim sesama Islam atau sesama manusia.

Kita juga hendaklah sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, khasnya dalam mewujudkan dan mengukuhkan tali silaturrahim sesama kita supaya budaya dan amalan baik ini dapat dihidupkan berterusan. Aktiviti ini dapat dilakukan dengan cara ziarah menziarahi sama ada ketika sakit, melahirkan anak, kematian. khenduri kendara atau seumpamanya.

Pada selasa 23.06.2009 saya sekali lagi ke Hospital Selayang kerana menziarahi ahli keluarga yang sakit. Menziarahi orang sakit memang dapat menginsafkan kita betapa beruntungnya mereka yang sihat tubuh badan, semestinya kena bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut.

Di bawah ini saya sengaja perturunkan gambar-gambar untuk tatapan anda yang jarang ke KL dan kawasan sekitarnya, gambar tersebut diambil disepanjang perjalanan Shah Alam, KL dan Selayang.








___________________________



Maksud Surah Al.'Asr (masa);
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang berriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
Keterangannya.
Semua manusia di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh serta suka berwasiat (memberi nasihat) kepada temannya dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang dikatakan soleh ialah orang yang mengerjakan kewajipan terhadap dirinya, seperti menjaga kesihatan, kepada keluarganya seperti perbelanjaan mendidiknya,kepada tetangganya, isi negeri dan manusia amnya iaitu dengan tolong menolong dan beramah mesra dengan mereka. Begitu juga terhadap Allah s.w.t, seperti mengerjakan solat, puasa dan seumpamanya. Pendek kata mengikut apa yang diperintahkan Allah s.w.t dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.
______________________


Sekian,. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

Isnin, 22 Jun 2009

Menziarahi orang sakit amalan yang disuruh oleh Islam.

Salam semua

Petang ini jam 3.00 petang ( Isnin 22.06.2009 ) saya bersama ahli keluarga pergi ke Hospital Selayang menziarahi salah seorang ahli keluarga yang sakit.
Menziarahi orang sakit sememangnya disuruh oleh Islam, berlebih-lebih lagi ahli keluarga kita.

Saya memohon semoga Allah memberi pertolongan kepadanya dan memberi ruang dan peluang untuk beliau mendapatkan kesihatan semula dan cepat sembuh





Pintu Utama



Gambar di laluan pintu utama.

Hujan sedang turun


Gambar-gambar yang tertera di atas adalah gambar-gambar
yang diambil di dalam kawasan Hospital Selayang.
Selangor.




Arah jalan mendapat bantuan GPS dari telefon bimbit.
( Anak yang punya - Rm1200/=
beli di Alor Setar ,
macam-macam ada he3 )
-








Gambar-gambar yang diambil dalam perjalanan pergi
di kawasan Selayang..




Hujan turun kawasan Selayang dan Kepong.


Gambar semasa dalam perjalanan balik.
sampai di rumah jam 5.00 petang.

Sekian. Allah Asy.Syafi. Wassalam.

Sabtu, 20 Jun 2009

Awas. Sudah ada Jaga



Salam Semua.

Rentetan daripada beberapa kejadian kecurian dan pecah rumah seperti yang dipaparkan di laman blog Kehidupan Bersih beberapa minggu yang telah lalu, sekarang pihak Persatuan Penduduk Taman Perumahan telah mengadakan khidmat Pengawal keselamatan dengan bayaran RM40.00 sebulan bagi setiap rumah.Sekiranya bilangan pembayar bertambah yuran bulanan akan dikurangkan lagi.

Begitulah tempias keburukan yang dibawa oleh orang yang tidak berakhlak, di sini juga dapat kita faham bahawa pendidikan akhlak sangat penting kepada semua orang. Anak kita berakhlak dan ahli keluarga kita yang lain juga berakhlak belum mencukupi kerana mungkin ada orang lain yang tidak berakhlak akan menceroboh kita, menjadikan kita hidup tidak senang, oleh itu seluruh anggota masyarakat hendaklah mengambil berat tentang pendidikan akhlak ini, Dengan cara itu barulah hidup kita akan menjadi aman dan sentosa.





Kami berharap mereka ini terdiri daripada orang yang bertanggungjawab dan akan bersungguh-sungguh mengawal keselamatan kawasan perumahan kami

Sekian. Wassalam.

Jumaat, 19 Jun 2009

Aktiviti Santai Sihat pagi ini (Sabtu)


Salam semua.

Jam 5.30 pagi digerakkan oleh jam menggantikan ayam jantan yang biasanya berkukuk di reban menjelang subuh, Saya pun bangun, terasa sedikit sakit kepala, mungkin kerana cuaca panas pada waktu malam, sebum bangun buat sedikit senaman ringan sambil berbaring supaya darah bergerak ke seluruh badan dan oksigen mengambil tempat masing-masing dengan itu badan menjadi seimbang dan segar, kemudian barulah bergerak ke bilik air untuk bersugi , mandi dan berwuduk, Ketika itu telah pun masuk waktu Subuh, jadi saya pun bersolat subuh berseorangan, setelah selesai solat saya pun buka laptop dan membaca blog kekawan, sambil mengambil sarapan ringan.

Jam 7.40 pagi saya bersama isteri bertolak ke Pasar Asnaf di Seksyen 3. Shah Alam, di sana barulah betul-betul sarapan kena roti canai banjir, lepas itu barulah masuk ke Pasar Asnaf untuk membeli ikan dan sayuran, hanya beli sayur sawi sahaja kerana tiada ikan yang segar.

Jam 8.30 bertolak balik dan singgah dahulu di Pasar Tani Seksyen 17, sebelum sampai Sk17 saya berpusing-pusing dua tiga kali di sekitar Sek.16 kerana hilang arah, akhirnya bertemu bulatan Andalas, barulah rasa cerah mata dan cerah hati - hehehe manusia lemah- Saya salah masuk lorong bila sampai di Bulatan Perusahaan, Biasanya saya ke Sek 17 bertolak dari Sek.20 dan melalui Sk 19, 18 dan barulah sampai ke Sek 17, bila datang dari arah lain kepala saya jadi pusing, memang pun jalan di Shah Alam ini berpusing-pusing, Sebenarnya pelan tapak yang direka itu sangat baik dan patut dipuji,saya tidak pandai menari bukannya tanah tinggi rendah.

Dalam perjalanan hujan turun lebat sambil kepala yang bercelaru dengan sesat jalan tadi, saya sempat juga bersyukur kepada Allah atas nikmat hujan itu dan berharap hujan itu sampai ke kawasan perumahan yang kami tinggal kerana dah lama tidak merasai hujan di tempat kami tinggal walaupun di KL dan pusat bandar Shah Alam hujan tetapi hujan kali ini memang sampai ke rumah kami.

Semasa kami di sek.17 hujan masih lagi lebat, kami ke sini cuma hendak beli air asam ko, malangnya penjual tersebut tiada, Kemudian kami singgah beli kebab ayam tiga bungkus dari Gerai Abd.Latif. Selepas itu kami pun balik ke rumah, tiba jam 10.00 pagi.


Sekian.Wassalam.

Ahad, 14 Jun 2009

Tuntutlah Ilmu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Masjid Abd.Aziz.Shah Alam.


Us.Othman bin Ibrahim memimpin Zikir Munajat
dan
memberi tazkirah ringkas.


(Selepas solat Maghrib)

YB.Dato' Hasan bin Mohd.Ali
mengalu-alukan kehadiran ahli jamaah.



Sedang mendengar forum.
Forum bermula setelah selesai solat Isyak sehingga jam 11.30 malam.

Suatu forum Hal Ehwal Islam telah diadakan di Masjid Abd.Aziz, Shah Alam pada Sabtu 13.o6.2009. jam 8.30 malam, forum bertemakan "Akhlak Terpuji Membentuk Mukmin Sejati".
dianjurkan secara bersiri dan bersukatan pelajaran, siri akan datang diadakan pada 11.07.2009 di tempat yang sama.

Ahli Panel Siri Pertama.

YB. Dato' Dr. Hasan Mohd.Ali
( Moderator )

YBhg. Us. Hasan Mahmud Al.Hafiz.


YBbg. Dr. Rubiah bt Kulu
b Hamzah
(Kaunselor)

_______


_________________________________

Sedutan dari forum.

Jika bayang bengkok tidak mungkin dapat dibetulkan,
melainkan betulkan objeknya.

_____________

Kalau kurikulum dan pelaksanaan tanpa akhlak akan melahirkan pelajarnya juga tanpa akhlak;
Kurikulum berakhlak akan melahirkan pelajar yang berakhlak

__________________



Sekian.Wassalam.

Sabtu, 6 Jun 2009

Subhanallah - Allah Maha Pencipta.


ا
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Subhanallah, Masya Allah cantiknya bangunan binaan dan gubahan manusia ini,

Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana . Dialah Pencipta manusia dan sekalian alam ini.


Manusia hanya penggubahnya sahaja.



Renungilah keindahannya dan ingatlah kepada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai Pencipta manusia dan Pencipta sekalian alam ini.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.