Rabu, 1 Jun 2011

Henti keaktifan facebook.

Henti keaktifan facebook/Deactivate facebook.
(Artikel untuk facebook)

Saya menulis artikel ini ketika keinginan untuk mengaktifkan semula
facebook yang sedang dihentikan keaktifannya, Setelah saya siap
menguruskan proses mengaktifkan semula,tiba-tiba dia menyatakan bahawa
saya perlu menunggu 24 jam untuk mengaktifkan semula facebook
saya.Kebiasaannya tidak demikian, agaknya ia tidak menggalakkan saya
berbuat demikian pada masa akan datang.Kali kedua saya membuat semakan
saya dimaklumkan seperti berikut;

"You'll have to wait 23 hours and 54 minutes to reactivate. We'll send
you an email letting you know when your wait time is over".

Maka saya pun terpaksalah menunggu seperti yang diarahkan, masa yang
digunakan untuk melayan facebook bolehlah digunakan untuk kegiatan lain
yang mungkin lebih bermanfaat.Sesuatu yang telah biasa sukar hendak
ditinggalkan kerana ianya telah menjadi adat kepada kita, kalau pada
masa dahulu kita ketagih membaca surat khabar tetapi setelah kita
membiasakan diri dengan membaca laman sesawang, barulah kebiasaan itu
dapat ditinggalkan dan melekat pula pada laman sesawang tersebut,
termasuklah facebook dan twitter.

Ramai manusia kini hidup dalam dua alam iaitu alam nyata dan alam
maya.Dunia alam maya juga sangat luas dan bitara cakupan
maklumatnya.Dunia memerlukan berbagai kepakaran untuk memaju dan
mengembangkan bidang ini. anak muda masih belum terlambat untuk
menerokai bidang ini, kiranya anda minat anda akan hidup ceria dan
berketrampilan dengan menceburi bidang tersebut.

Artikel ini tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang terdapat di
dalam alam maya yang dimaksudkan, artikel ini sekadar menjelaskan
betapa dunia sekarang telah berbeza dengan zaman dahulu iaitu zaman
sebelum abad yang ke-21. Abad yang ke-21 seolah-olah kehadirannya
membawa ujian yang besar kepada generasi muda, mereka diuji untuk
menilai dan memilih jalan yang selamat kerana alam nyata dan alam maya
masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan. Penilaian yang teliti
sebelum membina identiti diri akan membawa mereka ke arah kecemerlangan.

Sekian.