Rabu, 8 April 2009

Macam-macam Ada di Bangunan PKNS. SA.

Salam semua.

Pada hari ini Khamis 13. Rabiul Akhir 1430 bersamaan 09.04.2009 jam 9.30 pagi saya ke bangunan PKNS Shah Alam, Selangor, bertujuan menempah sehelai seluar kerana telah lama saya tidak membeli atau menempah seluar baru, maklumlah orang bersara boleh memakai apa sahaja pakaian yang hanya berlandaskan peraturan Islam sahaja dan tiada peraturan lain yang perlu dipatuhi seperti mereka yang berpakaian untuk bertugas di pejabat kerajaan atau bertugas dengan pihak swasta yang terpaksa mengikut peraturan pakaian majikan masing-masing.



Setelah lama tidak menempah pakaian maka saya tidak mengetahui harga terkini kerana saya juga tidak begitu pedulikan tentang harga pakaian terkini, jika dibeli secara tempahan rupa-rupanya harga pakaian telah meningkat sangat tinggi, kalau dua tiga tahun dulu harga RM180.00 begitu, sekarang telah meningkat RM300.00 atau lebih. Nasib baiklah di zaman pemerintahan Pak Lah dulu bayaran pencen dibuat anjakan ke atas sedikit, Terima kasih Pak Lah. tetapi hakikatnya bukan kerana Pak Lah tetapi hubungan manusia dengan manusia perlu juga diraikan dan perlulah juga berterima kasih kepadanya. Walaupun apa yang telah berlaku di dunia ini pada hakikatnya adalah kerana Allah jua.

Di pendekkan cerita saya pun membuat tempahan sehelai seluar di kedai ini, harga seluar tersebut RM170.00. Kalau kita membeli seluar yang telah siap di pasaraya harganya jauh lebih murah, berlebih-lebih lagi ketika musim Jualan Murah atau Jualan Mega, sekali-sekala nak juga pakai seluar yang ditempah, seluar yang ditempah lebih selesa dipakai, Nama taukenya ialah Jimmy ( Azmi ) dan nama kedainya seperti tertera di atas. Saya doakan semoga perniagaannya berjaya dan terus berjaya.amin.

PERCAYALAH DI BANGUNAN PERNIAGAAN PKNS MACAM-MACAM ADA.

BERKAT ELEKTRONIK


Selepas selesai sahaja menempah seluar saya masuk Kedai Jam ini, Sengaja berborak-borak dengan tauke kedai ini untuk memulakan hubungan silaturrahim dengan beliau. Pada mulanya saya sangka beliau seorang Cina keran mukanya mirib wajah Cina ditambahkan lagi beliau berbual-bual dalam bahasa Cina, rupa-rupanya bukan seorang Cina, tentang Islamnya itu tentulah saya tidak meraguinya. Untuk merealisasikan tujuan silaturrahim, saya bertanyakan beliau samada orang Cina atau tidak , dengan itu barulah saya mendapat maklumat, Namanya Wak Budi tetapi PKNS beliau dikenali sebagai Wak Jam.
Saya doakan semoga perniagaannya maju dan terus maju. Insya Allah.

Letak kereta di tingkat bawah

Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan