Selasa, 31 Mac 2009

Tugasnya diragui

Salam sejahtera.

Ilmu Itu Cahaya
_______________________

Santai Sihat pada hari ini ingin mengutarakan isu yang ringkas dan ringan sahaja tetapi kekadang perkara yang dipandang ringan seperti ini akan menjadi perkara yang besar dan menyusahkan. Apabila kita melihat seekor nyamuk terbang kita tidak akan terkejut besar seperti kita melihat seekor ular tedung kerana ular tedung bisanya tidak pernah mungkir janji tetapi bisanya nyamuk kekadang dapat dinafikan walaupun terdapat di kalangan nyamuk itu membawa berbagai penyakit yang boleh membawa maut, bukan seorang kekadang beberapa orang.
Demikianlah tanggapan orang terhadap sesuatu isu, isu ini seperti isu nyamuk itu juga, boleh jadi berbahaya atau sebaliknya.
Pernahkan rumah anda dikunjungi oleh orang yang katanya dia bertugas di syarikat gas untuk membuat pemeriksaan nombor siri tong gas. Bersabit dengan itu petugas tersebut meminta izin masuk ke dalam rumah ( ini pernah berlaku ketika tiada orang lelaki di rumah ) untuk membuat peperiksaan tersebut, memanglah kelihatan menasabah permintaannya itu kerana tong gas berada di dapur.
Untuk meringkaskan cerita, permintaannya tidak dilayan. Kebetulan ketika perbincangan itu berlaku tuan rumah yang lelaki pun pulang dan tuan rumah lelaki ini juga tidak melayannya. Orang tersebut pun pergi bersama tujuannya yang diragui itu.
Kesimpulannya, orang tersebut diragui tujuannya yang sebenar.Mungkin penipu atau mungkin juga perompak.
Berhati-hatilah bila anda tinggal berseorangan di rumah terutamanya wanita.
Semoaga kita sentiasa dipelihara Allah.


Sekian. Wallahu aklam

2 ulasan:

  1. Sdr Leenoh:
    Petugas sprt ini pernah brlaku di tmpat sya kira2 lima tahun lepas, ttapi oleh kerana kita BOLAYAN krna kita sudah tau tujuannya, maka mereka pun blah dgn muka yang agak meragukan.
    Berwaspadalah !
    Ada satu lagi kumpulan yg dtg ke umah dengan mnyatakan bahawa kita brtuah krna mndapat hadiah krna mmbeli barangan letrik.Kita tau tujuannya, ttapi oleh krna kita tidak melayannya.Itulah....manusia yg ingin menipu..banyak kaedah yg dilakukan.
    Salam.

    BalasPadam
  2. Sdr.Kuntong.
    Mereka ini boleh jadi penipu dan mungkin juga perompak.
    wassalam

    BalasPadam