Khamis, 23 September 2010

Balik kampung Aidil Fitri 1431H

Salam semua.

Pada tahun ini tarikh yang dipilih untuk balik kampung bagi menyambut sempena Aidil Fitri ialah pada 4hb.Syawal 1431, amalan puasa sunat terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, ketika ini jalan raya agak lengang sedikit berbanding dengan hari-hari yang lain terutamanya menjelang hari raya jalan raya di mana-mana pun kelihatan sesak dan terdedah kepada kemalangan yang berbahaya.

Alhamdulillah, selamat pergi dan balik.



Arah ke KL jalan mulai sesak kerana sebahagian pengguna lebuh raya balik semula ke KL untuk memulakan tugas seperti biasa.





Dah sampai Perak, masuk terowong.


Perjalanan dari Gurun ke Alor Setar sebelah kiri kanan lebuh raya kelihatan sawah yang terbentang luas dan terdapat padi yang telah masak dan dituai dengan mesin.kelihatan asap berkepui-kepui di tengah bendang kerana Pak Tani sedang membakar jerami, jika pembakaran berlaku di petak yang terdekat dengan lebuh raya,pemandu hendaklah berhati-hati kerana kekadang asap mengkaburkan pandangan, pernah berlaku insiden kemalangan bersabit dengan kebakaran ini, susah hendak menghalang kegiatan ini kerana pembakaran itu adalah amalan biasa untuk cerahkan tanah dan disamping boleh menyuburkan tanah, amalan ini dilakukan sejak dahulu , mereka tidak menghampiri lebuh raya , sebaliknya lebuh raya yang datang menghampiri mereka. Jadi pihak lebuh raya yang perlu beralah.

Khamis, 9 September 2010

Menjelang Aidil Fitri Bandar Raya Shah Alam lengang.

Salam semua.


MA'AF ZAHIR DAN BATIN.


Shah Alam lengang.

Suasana lengang jelas kelihatan berbanding dengan dua atau tiga hari lepas, sama ada di jalan raya , pasar raya dan di mana-mana kerana ramai dari penghuninya telah balik kampung halaman masing-masing.Tiada lagi kesesakan jalan raya, malah di sesetengah taman perumahan juga sunyi sepi, terutamanya di kawasan perumahan yang baru dibuka,mereka yang tidak ke mana-mana terpaksa mengawasi dan menjaga keselamatan rumah jiran yang terdekat.

Sekian...Wassalam.