Isnin, 18 November 2013

Perubahan zaman, Kini What's Up pula.





 

Photo: ‎What's up.

Zaman semakin berubah dan terus berubah, masa berjalan tanpa berhenti, dulu telefon statik di rumah atau di pejabat, kemudian kita menerima kehadiran telefon bimbit (hp), hp pula berkembang semakin canggih, tidak perlu cerita apa benda kecanggihannya, kalau diceritan juga akan tertinggal sebahagiannya kerana kejahilan tukang cerita.

What's up adalah salah satu daripada kecanggihan penggunaan hp. Berbagai kisah dan cerita disebarkan di dalamnya, baik, buruk semuanya ada. Tujuan asal tentunya untuk kebaikan dan kemudahan, Whatsapp juga meringan dan menjimatkan perbelanjaan bil telefon, perkhidmatannya ada yang percuma.

Perkara penting.
Perkara yang penting yang ingin disampaikan melalui tulisan ini mengenai dakwah dan dakyah yang disebarkan di dalamnya, kalau kita ingin berdakwah dan mencatakan terjemahan dari al.Quran hendaklah kita mencatatkan nombor ayat dan  surah yang kita petik, ( contohnya Surah........., ayat........ ) supaya amalan ini menjadi amalan yang sentiasa disedari oleh umat Islam, dengan itu susah bagi pendakyah menyusup masuk dengan menokok tambah ayat al.Quran atau terjemahannya, begitu juga kalau kita menggunakan Hadis atau terjemahannya hendaklah dicatatkan rawinya ( pengriwayatnya ). Langkah ini sebagai tanggungjawab kita (mukmin) menjaga kesucian al.Quran dan al.Hadis.

Jika ditakdirkan kita bertemu dengan terjemahan dari al.Quran atau dari al.Hadis yang tidak mencatatkan apa yang disebut di atas, sedangkan kita kurang pasti kandungannya benar atau palsu kerana kedaifan ilmu dan pengajian, maka hendaklah kita abaikan.

Takut dan bimbang.
Apa yang ditakuti dan dibimbangkan perkara yang didedahkan itu dipetik dari ayat atau juz tertentu dari bible.Situasinya menjadi buruk dan bahaya, jika disangka dari al.Quran atau al.Hadis.

Menuntut Ilmu Wajib.
Disebabkan zaman semakin canggih, umat Islam juga semestinya sentiasa menambahkan ilmunya supaya dapat menepis dan menolak pencerobahan terhadap dirinya, terutamanya percerobohan bertujuan merosak dan meruntuhkan aqidah, ilmu Islam yang dimasukkan di dalam dada ketika zaman persekolahan, mungkin belum mencukupi untuk menolak cabaran yang mendatang oleh itu perlu ditambah dengan merealisasikan menuntut ilmu sepanjang hayat.

والله أعلم‎


 Perubahan zaman.
Zaman semakin berubah dan terus berubah, masa berjalan tanpa berhenti, dulu telefon statik di rumah atau di pejabat, kemudian kita menerima kehadiran telefon bimbit (hp), hp pula berkembang semakin canggih, tidak perlu cerita apa benda kecanggihannya, kalau diceritan juga akan tertinggal sebahagiannya kerana kejahilan tukang cerita.

What's up adalah salah satu daripada kecanggihan penggunaan hp. Berbagai kisah dan cerita disebarkan di dalamnya, baik, buruk semuanya ada. Tujuan asal tentunya untuk kebaikan dan kemudahan, Whatsapp juga meringan dan menjimatkan perbelanjaan bil telefon, perkhidmatannya ada yang percuma.

Perkara penting.
Perkara yang penting yang ingin disampaikan melalui tulisan ini mengenai dakwah dan dakyah yang disebarkan di dalamnya, kalau kita ingin berdakwah dan mencatakan terjemahan dari al.Quran hendaklah kita mencatatkan nombor ayat dan surah yang kita petik, ( contohnya Surah........., ayat........ ) supaya amalan ini menjadi amalan yang sentiasa disedari oleh umat Islam, dengan itu susah bagi pendakyah menyusup masuk dengan menokok tambah ayat al.Quran atau terjemahannya, begitu juga kalau kita menggunakan Hadis atau terjemahannya hendaklah dicatatkan rawinya ( pengriwayatnya ). Langkah ini sebagai tanggungjawab kita (mukmin) menjaga kesucian al.Quran dan al.Hadis.

Jika ditakdirkan kita bertemu dengan terjemahan dari al.Quran atau dari al.Hadis yang tidak mencatatkan apa yang disebut di atas, sedangkan kita kurang pasti kandungannya sama ada benar atau palsu kerana kedaifan ilmu dan pengajian, maka hendaklah kita abaikan.

Takut dan bimbang.
Apa yang ditakuti dan dibimbangkan perkara yang didedahkan itu dipetik dari ayat atau juz tertentu dari bible.Situasinya menjadi buruk dan bahaya, jika disangka dari al.Quran atau al.Hadis.

Menuntut Ilmu Wajib.
Disebabkan zaman semakin canggih, umat Islam juga semestinya sentiasa menambahkan ilmunya supaya dapat menepis dan menolak pencerobahan terhadap dirinya, terutamanya percerobohan bertujuan merosak dan meruntuhkan aqidah, ilmu Islam yang dimasukkan di dalam dada ketika zaman persekolahan, mungkin belum mencukupi untuk menolak cabaran yang mendatang oleh itu perlu ditambah dengan merealisasikan menuntut ilmu sepanjang hayat.

والله أعلم

Sabtu, 21 September 2013

Jerat tersentak tetapi mangsanya terlepas - Kisah benar.


Photo: Ada cerita di sebalik foto motorsikal tu.ok sekarang baru  ada masa utk  cerita...Pagi tadi sebuah motorsikal tiba-tiba sahaja terhenti di hadapan kami.Belum kami bertanya apa-apa, penonggangnya terus menceritakan bahawa motorsikalnya kehabisan minyak DAN dia pula terlupa membawa duit. Lantas terlintas di hati saya " orang ini mungkin hendak menipu kami ", dia terus bercakap, katanya lagi " nampaknya terpaksa tolak sampai Seksyen 7 ", saya menjampok waah jauhnya sambil meneruskan perjalanan dan terus naik tangga PKNS, dia pula menolak motorsikalnya ke hadapan sambil beberapa kali melihat kami, kami pura-pura tidak melihatnya, kemudian diparkirnya motorsikal itu di bawah pokok.Kami melihat melalui lubang dinding PKNS, setelah dia yakin kami tidak lagi mengetahui telatahnya dia pun menghidupkan motorsikalnya dan terus berlalu dari situ menuju ke arah dia datang tadi.
Mana tak ada minyaknya...tipu aja.sempat juga saya snap fotonya dari jauh.السلام عليكم
Semalam Sabtu 21.09.2013 saya bersama dengan isteri pergi ke bangunan PKNS kerana ada urusan peribadi, setelah selesai sarapan pagi kami pun pergilah melangsaikan urusan itu di bangunan Plaza Alam Central, siap sahaja urusan kami pun berjalan kaki balik ke kereta yang parkir di di bawah PKNS, dalam perjalanan balik itu ketika bertentangan dengan bangunan PKNS dan SACC tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti di hadapan kami, lantas memandang kami, saya pun bertanya kenapa ?, dia menjawab, "minyak habis, duit lupa bawa, nampaknya terpaksalah  tolak sampai Seksyen 7 ", lantas saya  meragui kejadian ini, tidak tahu pula apa yang difikirkan oleh isteri, kami hanya melayannya sambil meneruskan perjalanan menuju ke PKNS manakala penunggang motorsikal itu menolak motorsikalnya perlahan-lahan menuju ke bawah pokok dan berhenti di situ, sedang dia menolak motorsikalnya itu dia beberapa kali beralih ke belakang melihat kami, saya pura-pura tidak melihat telatahnya itu.Akhirnya kami pun naik tangga PKNS dan terus masuk ke bahagian dalam dan menyusuri tepi dinding mencari lubang yang boleh melihat kelibat tersebut.
______________________________
 Ruang untuk iklan


 _____________________________________

Agaknya setelah dia yakin kami tidak melihat dirinya lagi, dia pun memakai topi keledar semula dan terus menghidupkan motorsikal yang dikatakan kehabisan minyak itu dan terus meninggalkan tempat itu, kelakuannya itu membuktikan minyak yang dikatakan habis itu masih ada dan tidak terjejas pun, 

Demikianlah  berbagai cara dan kaedah penipuan yang digunakan manusia jahil zaman moden ini, Saya cepat terlintas mengenai tipu daya ini kerana sebelumnya pernah seorang sahabat yang tertipu dengan cara yang hampir sama iaitu penjahat berpura-pura motorsikalnya pancit dan tidak cukup wang untuk menukar atau menampung tayar yang baru, atas peri kemanusiaan sabahabat saya pun memberinya wang, dalam tempoh tertentu sahabat saya ini terjumpa pula penipu yang sama buat kali kedua dan mengadu perkara yang sama di tempat yang sama, kali ini penipu itu tidak bernasib baik kerana sahabat saya itu telah kenal wajah dan susuk badannya dan dia pula telah melupainya, mangsa sukar melupai jerat, jerat sukar mengena mangsa yang sama dua kali.

Dalam jarak yang agak jauh saya sempat mengambil gambarnya, demikianlah kisah jerat tersentak tetapi mangsanya terlepas.

Sekian...والله أعلم.

Catatan.
Sebarkan kisah ini secara lisan atau "copy" masuk FB atau seumpamanya  supaya rakan-rakan kita tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini.

Ahad, 19 Mei 2013

Aku sangka orang gila/ sangkaanku salah.

|| Ku Sangka Orang Gila ||

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terangganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)


Dari facebook - Mencari keredhaan Ilahi.

Iftar beramai-ramai di Masjid Negeri Shah Alam.



Gambar di atas di atas ialah Masjid Negeri Shah Alam dan di bawahnya suasana iftar Ramadan 1432, kehadiran para jamaah dianggarkan tidak kurang 700 orang setiap malam.

Pada tahun ini 1434H/2013M mulai bulan Rejab sehinggalah berakhirnya Ramadan diadakan iftar jamai (beramai-ramai) tetapi untuk bulan Rejab dan Syaaban diadakan hanya pada hari Isnin dan khamis sahaja. Pada malam ini iaitu ketika artikel ini ditulis jam 4.00 pagi 10 Rejab 1434/20 Mei 2013 sedang diadakan qiamullail atau ihyaullail.
Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan,jika berminat bolehlah turut serta iftar/berbuka puasa dan bersolat jamaah bersama-sama di masjid ini.

Sekadar ini dahulu. Sekian.
والله أعلم

Khamis, 17 Januari 2013

Siaran langsung dari Masjid Nabawi (video)

 Beri laluan utk iklan sebentar.
##########################################




Sekian...Wallahu aklam.

Selasa, 8 Januari 2013

Pengertian mengumpat (video)

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
 
*************************************************
Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak, kata dulang paku serpih kata orang aku yang lebih,perumpamaan ini menggambarkan seseorang itu banyak melihat keburukan orang lain dan tidak melihat dan muhasabah kekurangan yang ada pada diri sendiri, kalau dia menyemak dan muhasabah kekurangan dan kecelaan diri sendiri, dia akan sebok membetulkannya dan tiada masa untuk mencemuh dan memburukkan orang lain, maka tidak berlakulah umpat mengumpat.Untuk maklumat seterusnya tentang mengumpat ini sila lihat dan tonton video berikut.



Sekian...Wallahu aklam.

Jumaat, 14 September 2012

Informasi untuk bakal Haji - 1433H

Salam.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 

######################################

Khemah di Mina amat sesak.
Khemah atas di Padang Arafah.
Dua foto ini di Mina.


Inilah keadaan sebenar penempatan bakal Haji di Padang Arafah dan di Mina yang pergi mengerjakan Haji melalui Pakej Muassasah ( Pakej bukan  swasta ) - Foto ini dirakamkan pada tahun lepas (1433H) - Ruang di sebelah kiri pembaca ialah khemah di Padang Arafah agak longgar dan lebih selesa dan dua ruang di sebelah kanan anda itu adalah khemah di Mina, baring dan tidur badan bertemu badan sehingga sukar hendak beralih badan.
Situasi tahun ini wallahu aklam, diharap pihak yang berwajib berusaha untuk membaiki keadaan yang daif itu. Situasi ini menyebabkan kesihatan terjejas dan kerja Haji tidak dapat dijalankan dengan lancar. 
Seringlah bersolat hajat memohon supaya dimudahkan semua urusan mengerjakan Haji.
Sekian.