Sabtu, 31 Januari 2009

Let's Clean Minda



Tajuk asal dari blog Kehidupan Bersih diterjemahan ke bahasa Inggeris melalui "google translate" untuk kemudahan mereka yang kurang mahir bahasa Melayu.

MARI KITA BERSIHKAN MINDA Let's Clean Minda

Saya sengaja meletakkan tajuk yang tertera di atas sebagai ajakan dan pujukan kepada anda untuk sama-sama mengulangkaji tajuk " PENGERTIAN DAN KONSEP IBADAT " sebagai pembersihan minda. I deliberately put a crown on top and as a challenge to you to pujukan same feature mengulangkaji "understanding and observance CONCEPT" Minda as cleaning. Sekiranya sebelum ini memahami konsep ibadat berdasar fahaman awam atau bukan fahaman seperti yang dikehendaki oleh Islam. Had this before understand the concept of worship based fahaman common fahaman or not as desired by Islam. Tetapi, Jika sebelum ini memang telah memahaminya anggaplah ini sebagai ulangkaji. But, before If this was indeed understand this as it ulangkaji. Saya menulis tajuk ini kerana beranggapan ramai lagi di luar sana tidak memahami konsep ibadat yang sebenarnya, termasuk konsep amal kebajikan yang disarankan oleh Islam. I am writing this feature because many think the more out there do not understand the concept of the actual observance, including the concept of good charities recommended by Islam.

Apa yang hendak disampaikan di sini ialah konsep dari segi istilah ilmu Fikah, bukan sebutan atau fahaman dari segi bahasa, kekadang sesuatu yang bukan ibadat dan amalan kebajikan dikatakan kebajikan, maka ini akan mengelirukan mereka yang kurang pengetahuan Islam. What would be submitted here is the concept of science Fikah term, not a fahaman or in terms of language, kekadang something that is not good practice and observance said good, then this will confuse the less knowledge of Islam. Bagi saya kalau masyarakat masih ramai tidak faham perkara-perkara asas mengenai Islam maka tidak perlu kita sogokkan subjek yang lebih tinggi dan susah kerana cara demikian tidak mengikut ketertiban menuntut ilmu. For me, if people still do not understand many things about the principle of Islam then we should not subject sogokkan higher and so is difficult because the order does not require knowledge. Tidak kira siapa orangnya kalau belum mengetahui perkara asas di dalam sesuatu ilmu itu, mereka hendaklah memulakannya daripada asas atau akar umbinya sebelum pergi ke pucuk atau puncaknya. No matter if the person who did not know about the fundamental things in the science of things, they let memulakannya than principle or umbinya roots before going to the tip or peak. Sukatan pelajaran perlulah sesuai dengan sasarannya. Sukatan lessons perlulah accordance with the target.

Firman Allah bermaksud; God intended;
" Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah Aku ( beribadat ) "And I have not made the jinn and mankind except to worship Me (worship)
( Ayat 56 surah az.Zariyat ) (Surah az.Zariyat Paragraph 56)

Pengertian dan Konsep Ibadat. The concept of understanding and observance.

Pengertian Ibadat; The observance;
Ibadat ialah memperhambakan diri atau mengabdikan diri kepada Allah melalui aktiviti atau amalan yang diperintahNya dan meninggalkan yang dilarangNya dalam semua aktiviti dan aspek kehidupan. Worship is self-serve or subjugate themselves to God through the practice or activity that diperintahNya and leave the dilarangNya in all aspects of life and activity.

ATAU OR

Menurut istilah syarak: Taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah. According to the terms syarak: obedient, docile and humbled entirely to God. mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam al-Quran dan as.Sunnah Rasulullah saw Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa sehingga ke akhir hayat. follow the rules and order of God as set in the al-Quran and the Prophet as.Sunnah Compliance this should be done in time so that each berterusan to the end of life. Ia merangkumi makna tunduk dan cinta kepada Allah. He merangkumi meaning and subject to God's love.

Ibadat terbahagi kepada dua bahagian; Terbahagi to the observance of two;
Iaitu Ibadat Khusus (khas) dan Ibadat Umum (am). Special worship which is (typically) and the observance General (am).

(1) Ibadat Khusus: (1) Special observance:
Ibadat Khusus terbahagi kepada dua bahagian iaitu wajib dan sunat. Special terbahagi to the observance of the two compulsory and circumcision.

Ibadat Wajib dan Ibadat Sunat; Compulsory worship and observance circumcision;
Ibadat wajib ialah ibadat yang wajib ditunaikan atau wajib dilaksanakan kerana ia merupakan rukun Islam, jika ditinggalkan hukumnya berdosa, ibadat-ibadat itu seperti mengucapkan dua kalimah syahadah, solat fardu, puasa Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan fardu Haji serta meninggalkan larangan Allah. Observance is mandatory observance of mandatory or compulsory ditunaikan implemented because it is a pillar of Islam, if left ruling sin, worship, observance, such as that the two kalimah syahadah, obligatory solat, fasting of Ramadan, charity and spent the obligatory Hajj, and leave the prohibition of God.

Manakala ibadat Sunat ialah ibadat yang digalakkan atau mendapat pahala berkali ganda jika dilakuknya tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan. When worship is worship that circumcision be encouraged or get a reward if the double round dilakuknya but not a sin if abandoned. seperti solat sunat, puasa sunat, membaca al.Quran dan seumpamanya. solat such as circumcision, fasting circumcision, reading and al.Quran instance.


(2) Ibadat Umum: (2) Public worship:
Ibadat Umum ialah segala aktiviti atau amalan selain daripada ibadat khusus, di mana aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan perintah Allah, ibadat ini mempunyai banyak pilihan seperti makan gaji, berniaga, bertani, menjadi nelayan dan seumpamanya. Public worship is the practice or any activity other than a special observance, where the activity is not incompatible with the commands of God, worship has a great selection of food such as salary, trade, farming, for instance, and a fisherman.

Aktiviti ini tidak akan dikira ibadat sekiranya mengabaikan suruhan dan larangan Allah, seperti berniaga melibatkan riba, kerja makan gaji tetapi ponteng atau curi tulang atau mengamalkan rasuah dan seumpamanya. This activity will not worship dikira ignore the order and if the prohibition of God, such as trade involving usury, but the salaries of food ponteng or steal bones or practice and rasuah instance.

Demikianlah huraian secara ringkas mengenai ibadat iaitu merangkumi ibadat khusus dan ibadat umum, diharap penerangan yang ringkas ini dapat membantu individu tertentu bagi meningkatkan kefahaman Islam dalam menuju ke arah Kehidupan Bersih. Thus huraian briefly about the observance merangkumi special worship and public worship, a brief explanation hoped this can help a particular individual for the increase in the Islamic kefahaman to the Life Net.


Kerja Amal Kebajikan. Charity work good.

Kerja atau aktiviti yang dianggap atau dikira amal kebajikan atau yang mendapat pahala ialah kerja atau aktiviti yang tidak melibatkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Work or activity which is considered good or dikira charity or a reward is to get a job or activity that does not involve things that are forbidden by God. Islam tidak menghalalkan cara. Islam does not menghalalkan way. Sesuatu yang dianggap atau diakui baik ialah sesuatu yang dilakukan itu sememangnya diiktiraf baik oleh Islam dan cara pelaksanaannya pun baik iaitu menurut syariat Islam. Something that is considered good or something that is done is indeed diiktiraf by both Islam and how its implementation is well under the Syariat Islam.

Mencuri atau menerima rasuah bertujuan untuk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, tujuannya baik tetapi cara dan kaedahnya tidak baik. Stealing or receiving rasuah aimed disedekahkan to the indigent and poor, but how well the objective and kaedahnya not good. Maka Islam menilai perbuatan itu adalah jahat atau maksiat, perbuatan seperti itu umpama mengorek di sesuatu tempat untuk menutup lubang di tempat yang lain, akhirnya wujud lubang yang baru, oleh itu tujuan hendak menyelesaikan masalah tidak berjaya dan sebaliknya dalam waktu yang sama tanpa disedari mewujudkan pula masalah yang baru. But Islam is the rate that the act or evil maksiat, such acts like a sponge in place to cover the hole in the other, eventually form a new hole, by the goal would not solve the problem well and vice versa in the same time without realizing the disedari a new problem. Ini menggambarkan akal manusia mempunyai kemampuan terhad, oleh itu akal manusia perlu disepadukan dengan wahyu Allah yang dibawa oleh RasulNya. This describes the human intellect has limited ability, by the human intellect should disepadukan with the revelation that God brought by RasulNya. sekiranya kita ingin menyelesaikan berbagai masalah masyarakat atau penyakit masyarakat yang mana pada masa sekarang sedang dialami di mana-mana dan setiap masa. if we want to complete the various problems of the community or society which at the time are now experienced everywhere and every time.


Wallahu aklam. ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

Shah Alam.

Kehidupan Bersih - 1 - 6 ( Terjemahan )




Kehidupan yang bersih dan suci yang dimaksudkan di sini ialah kehidupan yang dilalui oleh manusia , di mana cara hidupnya bersih dan suci dari segi rohani, jasmani dan persekitarannya. Untuk mencapai tujuan tersebut selain dari yang telah disebutkan pada siri yang lepas. Manusia hendaklah menyedari bahawa sebagai orang Islam mereka wajib mematuhi atau menyedari bahawa kita tidak akan terlepas dari pemerhatian dan hukum Allah iaitu sama ada wajib,sunat,haram, mubah dan makruh. Ini bermakna manusia tidak dapat elak dari hukum Allah, setiap perbuatan yang dilakukan akan disabitkan sama ada sunat,haram,mubah,makruh atau wajib. Sebagai contoh makan>mubah, mengumpat>haram, makan makanan hasil rasuah>haram, memberi pertolongan dalam hal kebaikan>sunat.

Kesimpulannya setiap perbuatan manusia tiada yang terhenti di dunia sahaja atau akhirat sahaja, setiap perbuatan melibatkan dunia dan akhirat sebagai contoh memberi pertolongan kepada orang, menyara keluarga, menunaikan solat atau bersedekah, perbuatan tersebut dilakukan di dunia dan mendapat syorga di akhirat (dunia/akhirat). Mencuri, memberi atau menerima rasuah,memfitnah atau mengumpat, semua perbuatan ini juga berlaku di dunia tetapi menerima azab neraka di akhirat (dunia/akhirat). Tegasnya setiap perbuatan yang dilakukan di dunia ini ada ganjaran atau balasannya di akhirat nanti. Sama ada kita seorang pendidik, ahli politik, petani, peniaga,penjawat awam,nelayan atau sebagainya, oleh itu bekerjalah seolah-olah kita sedang melihat Allah atau sesungguhnya Allah sedang melihat kita. (ihsan).

Rasionalnya kita perlulah berada di dalam lengkongan persekitaran yang kehidupannya bergerak selari dan selaras dengan perintah Allah. Kiranya ini dijadikan panduan di dalam kehidupan manusia, insya Allah kita akan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Kebelakangan ini kadang-kadang kita terfikir atau merasai seolah-olah masyarakat iblis,jin dan syaitan sedang berpesta merayakan kemenangan mereka ke atas menusia . Ini merujuk kepada peristiwa-peristiwa buruk dan jahat yang berlaku di persekitaran kita berdasarkan berita benar dan palsu yang diterima dari berbagai sumber.

Cerita mengenai anak muda berlumba motorsikal secara haram, rompakan, rogol, penagihan dadah yang semakin bertambah dan keruntuhan rumahtangga, kecurian dan seumpamanya sering dipaparkan di dada akhbar. Jika telahan ini benar bermakna laluan kehidupan yang kita lalui terdapat kekotoran dan kejahatan yang berkemungkinan bila-bila masa sahaja boleh menyusahkan kita, keadaan ini nampaknya menyarankan kita supaya mengubah pradigma yang tidak betul yang dihayati selama ini sama ada oleh anak muda atau diri kita sendiri kepada suatu cara hidup yang dianjurkan oleh Islam secara berhikmah dan bermaruah.

Kalau ada usaha insya Allah kita akan berjaya mengubah kehidupan kita yang kurang baik ini kepada kehidupan yang lebih baik lagi. Kita tidak boleh lagi hidup mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kehidupan orang lain sebab kehidupan orang lain antaranya mengancam kehidupan kita dan ada yang membantu kehidupan kita. sebenarnya kehidupan ini sering bergantung antara satu sama lain dan mempengaruhi antara satu sama lain. Dengan itu masyarakat berkewajipan mewujudkan kehidupan yang bersih dan suci supaya semua orang dapat hidup dalam keadaan harmoni.

" Membersihkan permukaan meja yang kotor memerlukan tuala yang bersih dan suci"

wassalam.

>>> Insya Allah kita bertemu lagi <<<
_______________________________________



______________________________________


Semua manusia memerlukan bimbingan dan pendidikan, Adam dan Hawa mendapat didikan dan pertunjuk secara langsung dari Allah melalui wahyu (wahi) yang diterima baginda. Inilah panduan hidup utama mereka berdua tetapi malangnya kehidupan mereka yang sejahtera dan aman dirosakkan oleh iblis yang sombong dan ego akhlaknya. Akhirnya Adam.a.s bertaubat di atas keterlanjuran-Nya yang dipengaruhi iblis, taubat-Nya diterima Allah. Adam sebenarnya melakukan sesuatu yang dilarang di dalam syurga itu bukanlah perbuatan yang keji atau jahat kerana baginda melakukannya dalam keadaan terlupa. Inilah detik permulaan iblis merosakkan kehidupan manusia oleh itu manusia hendaklah mengambil ingatan bahawa " Iblis adalah musuh manusia yang terang dan nyata ". Iblis boleh hidup di dalam badan manusia sama ada dalam darah, daging dan angin.

Untuk menjauhi gangguan iblis manusia hendaklah sentiasa beribadat kepada Allah dan mengenal iblis itu sendiri melalui keterangan yang terdapat di dalam al.Quran dan al.Hadis. Sebelum itu sudah tentulah manusia terlebih dahulu wajib mengenal Allah ( auwaluddin makrifatullah - yang paling utama dalam agama Islam ialah mengenal Allah ). Iblis, jin dan syaitan adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah, kuasa yang ada pada mereka sekadar kuasa yang diizinkan Allah sahaja dan mustahil mengatasi kuasa Allah. Manusia yang sukar diganggu iblis, jin dan syaitan ialah mereka yang menghayati Islam, Iman dan Ihsan di dalam kehidupan mereka sepanjang masa selari dengan denyut nadi di dalam badan mereka.


Ketika atau masa yang amat penting manusia mendapatkan pendidikan dan bimbingan ialah semasa mereka berada pada zaman kanak-kanak dan remaja tetapi unsur pendidikan sebenarnya telah diterapkan sejak janin dan bayi lagi. Pada zaman kanak-kanak dan remaja ibu bapa berkewajipan memberi pendidikan formal kepada mereka dengan cara menghantar mereka ke sekolah dan memastikan proses pendidikan terhadap anak-anak mereka berjalan dengan baik sama ada di rumah atau di sekolah. Ibu bapa juga berkewajipan memilih atau menentukan bidang pelajaran yang diikuti supaya dewasa kelak mereka mampu menjalani kehidupan yang bersih dan suci ( kehidupan yang diredai Allah ). Jika ditakdirkan mereka berjaya menjadi seorang doktor, jurutera, pendidik, ahli politik, peguam, pentadbir atau seumpamanya, masyarakat tidak bimbang lagi tentang berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan perkara buruk seumpamanya.

Untuk mencapai hasrat tersebut pihak yang berwajib hendaklah menyediakan prasarana, dasar pelajaran, kurikulum dan falsafah pendidikan yang menjurus ke arah tersebut ( untuk mereka yang bukan Islam sudah tentulah ada penyesuaian dengan menggantikan dengan nilai-nilai baik sejagat ) . >>> Semua perkara tersebut sebenarnya telah wujud di sekolah tetapi mengapakah kita gagal merealisasikannya, adakah kerana pelaksananya bercampur aduk dengan mereka yang bukan ahli dalam pendidikan atau kita hanya tumpu pada perkara kognitif sahaja - pandai menceritakan method berenang tetapi sebenarnya kita sendiri lemas bila berada di dalam air yang dalam. Sama-samalah kita fikirkan untuk membaiki keadaan dan ummah <<<. Sikap mementingkan pendidikan perlu dihayati oleh setiap ibu bapa, kerana ibu bapa adalah pemimpin rumahtangga sekiranya penghuni setiap rumahtangga menjalani kehidupan yang bersih tentulah wujud kampung, daerah, negeri dan negara yang penghuninya mempunyai akhlak yang sama, dengan itu wujudlah masyarakat yang mengamalkan kehidupan yang bersih dan suci. Masyarakat yang berakhlak mulia suara hati mereka memprotes dan menentang keburukan dan kejahatan. mereka juga menyanjungi pemimpin yang lebih baik daripada mereka khususnya dalam hal akhlak dan pendidikan. Cara inilah sahaja untuk mencapai negara yang makmur, berkat dan diampunkan Allah. ( Insya Allah bertemu lagi )


____________________________________________



______________________________________


Penjelasan dalam Kehidupan Bersih (1) dijelaskan tentang peringkat kejadian manusia (anak-anak Adam) dan seterusnya kejadian kita semua, di mana ia bermula dari kehidupan alam roh kemudian kejadian jasad dan roh di dalam kandungan ibu setelah sampai tempoh 9 bulan atau kurang kejadian tersebut dilahirkan sebagai bayi, kemudian manusia membesar menempuh berbagai zaman iaitu zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di atas muka bumi ini,menusia memerlukan pendidikan yang betul dan benar seperti yang dikehendaki Allah. Sejak dalam kandungan lagi seharusnya ibu bapa mengamalkan aktiviti yang positif dan mahmudah. di antara aktiviti atau sifat mahmudah yang dimaksudkan ialah amanah, ikhlas, makan makanan yang halal dan baik, mengamalkan makanan seimbang dan seumpamanya kerana akhlak ibu bapa mempengaruhi janin yang sedang membesar di dalam kandungan ibu.

Setiap ibu bapa bercita-cita menjadikan anak-anak mereka anak-anak yang baik dan cemerlang tetapi usaha yang dibuat ke arah itu kadang-kadang bertentangan dengan matlamatnya atau bercampur aduk dengan perkara-perkara yang akan menggagalkan matlamat, Bak kata orang tanam lalang mengharapkan hasilnya padi. Ini berlaku kerana kejahilan atau kekurangan ilmu atau mendapatkan ilmu dari sumber yang tidak tepat kerana mengabaikan al.Quran , al.Hadis d as.Sunnah, ijmak ulamak dan qias. Kehidupan yang bersih dan suci dapat diwujudkan hanya melalui pendidikan yang berteraskan al.Quran, al.Hadis, ijmak ulamak dan qias.

Apabila wujud ramai individu yang bersih maka dengan sendirinya wujud masyarakat yang bersih. Ketika itu kehidupan manusia menjadi aman dan damai. Inilah kehidupan yang dikehendaki dan dituntut oleh Allah. Sesungguhnya amat malang bagi rakyat sesebuah negara sekiranya jumlah orang jahat melebihi orang baik kerana kerosakan demi kerosakan akan berlaku, seterusnya rosaklah negara dan binasalah penghuninya. Adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk berusaha ke arah kebaikan dan kebajikan kerana itulah sahaja cara untuk memelihara ketenteraman dan keamanan sama ada untuk kehidupan siang atau malam pada setiap masa dan sepanjang zaman.

Merujuk kepada surah Ali 'Imran ayat (104) Allah berfirman bermaksud; " Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung".

Sebenarnya saya utarakan mauduk ini semata-mata ingin menjadikannya sebagai sumber untuk kita sama-sama muhasabah diri, mungkin terdapat idea yang boleh dimanfaatkan, disamping memenuhi masa lapang saya dengan kerja-kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat. Sekurang kurangnya dapat menghayati sepotong ayat al.Quran yang maksudnya dinyatakan di atas.

Wassalam.
( akan bersambung pada siri akan datang )

______________________________




Dalam pertemuan ini saya ingin menjelaskan secara mendatar sahaja tentang beberapa konsep yang telah disebutkan, untuk mendapatkan secara lebih mendalam pembaca perlulah merujuk kepada kitab-kitab yang berkaitan. Ilmu membawa maksud mengetahui sesuatu sama ada secara kognitif sahaja atau melebar kepada afiktif, psikomotor, analisis, penghayatan dan lain-lain. manakala iman bermaksud percaya dengan yakin, menyebutkannya dengan lidah, melaksanakannya dengan anggota badan terhadap perintah Allah dan meninggalkan larangan- Nya.

Islam bermakna selamat (sejahtera), merujuk kepada orang Islam pula ialah mereka yang mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Orang Islam yang baik dan bersih ( tidak fasik, tidak munafik, tidak syirik ) semestinya mereka melaksanakan serta mematuhi semua prinsip rukun iman dan rukun Islam.

Walau pun tuntutan iman dan Islam telah disempurnakan tetapi manusia masih memiliki sifat mazmumah ( nagetif ) atau bercampuraduk antara mahmudah dam mazmumah sebenarnya kita masih ada lagi tuntutan yang perlu diamalkan dan dihayati iaitu ihsan. Apakah ihsan ?. Mengenai Ihsan Nabi Muhammad.s.a.w menjelaskan melalui sabda baginda bermaksud, " Hendaklah engkau beribadat seolah-olah engkau melihat Allah maka apabila engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat engkau ".

Jika manusia yang beriman menyedari bahawa Allah membuat penilaian terhadap dirinya sepanjang masa sudah tentulah tidak berlaku perbuatan mazmumah (buruk) di dalam kehidupan mereka maka inilah yang dikatakan Kehidupan Bersih dan Suci. Ihsan berteraskan ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. (Kadang-kadang kita menggunakan perkataan "ikhlas" ini tidak kena pada tempatnya yang sewajar ). Sebagai contoh kerja yang dilakukanya adalah jenis pekerjaan yang bertentangan dengan ajaran Islam tetapi dinyatakan bahawa ianya dibuat dengan ikhlas. Jika merujuk kepada istilah syariat Islam kenyataan seperti itu tidak tepat.


Adakah kepatuhan kepada iman, Islam dan ihsan itu terjamin 100% untuk mencapai kehidupan bersih dan suci. walau apa pun manusia tetap tidak maksum seperti manusia yang dilantik menjadi nabi dan rasul. Jin, syaitan dan iblis sentiasa berusaha dan menyusup masuk ke dalam darah daging manusia serta mempengaruhi mereka supaya menjalani kehidupan yang kotor dan kufur seperti mereka. Tetapi kita masih bernasib baik kerana kaedah untuk menyelamatkan diri masih ada iaitu dengan cara sentiasa berdoa , bertawakkal serta bertaubat kepada Allah. Wassalam

(bertemu lagi pada kesempatan yang lain ).



_______________________________________________





Berjumpa lagi, maaf penjelasan saya yang telah lalu dan akan datang tidaklah sehebat mereka yang ahli dalam penulisan dan mereka yang memiliki kepakaran di dalam sesuatu bidang tertentu sebaliknya saya adalah seorang awam yang hanya bersandarkan kepada ilmu yang sedikit dan pengalaman yang telah lalu. Pada hemat saya setiap orang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman yang baik dan makruf kepada orang lain mengikut kaedah dan cara yang disukai masing-masing untuk menjuruskan diri sendiri dan manusia supaya mengamalkan kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kekotoran,kerosakan dan kejahatan di atas muka bumi ini. Untuk menjana kehidupan yang bersih tidak mungkin tercapai hanya dengan ilmu yang tinggi sahaja kerana sejak zaman dahulu sehingga sekarang kita dapati kerosakan dan kejahatan yang besar dilakukan oleh orang yang berilmu pengetahuan tinggi. Kita dapati orang berilmu juga bergaduh dengan jiran, bergaduh dengan isteri di depan anak-anak, bercakap bohong, hasad dengki, khianat, riak, sombong dan seumpamanya di mana perbuatan tersebut sepatutnya tidak berlaku pada pemilik ilmu tetapi hakikatnya berlaku berterusan sejak dahulu sehingga kini walau pun kita menguasai ilmu secara sempurna sama ada dari segi kognitif, afektif, psikomotor, penghayatan dan seumpamanya. untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah seperti yang telah disebutkan pada pertemuan yang lepas kita bukan sahaja memerlukan ilmu malah kita juga memerlukan Iman, Islam dan Ihsan. Empat mauduk penting ini mesti dikuasai dan disepadu serta dihadzamkan dalam diri manusia . ( bersambung pada pertemuan yang lain )



Assalamualaikum / Selamat sejahtera;

Saya memulakan ucapan kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta sekalian alam ini dan selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad.s.a.w. Di atas keizinanNyalah juga saya dapat menulis dan meluahkan pandangan melalui laman ini, tujuan laman ini diwujdkan semata-mata untuk memenuhi masa lapang dan mengambil kesempatan untuk membuat kebaikan sekadar kemampuan samada dari segi tenaga atau ilmu pengetahuan. Diharap pembaca menerima laman ini seadanya.

_____________________________________________________


Kehidupan manusia.
Kehidupan manusia sebenarnya melalui berbagai peringkat tetapi kebanyakan daripada kita melupainya atau tidak mengetahuinya atau mempercayai mengikut agama masing-masing. Manusia dijadikan Allah bermula dengan alam roh; Alam roh adalah kehidupan
Peringkat Pertama yang dilalui oleh manusia. Pada peringkat inilah manusia, malaikat dan iblis berada dalam satu masyarakat yang mungkin boleh diistilahkan sebagai masyarakat majmuk. Perpecahan berlaku hanya setelah peristiwa Allah memerintahkan supaya malaikat dan iblis memberi penghormatan kepada Adam a.s. iblis enggan dan sombong, malaikat patuh seperti yang diperintahkan.

Ingin disebutkan di sini secara ringkas bahawa sifat manusia kombinasi sifat malaikat dan iblis iaitu dalam dirinya ada sifat baik dan jahat. malaikat bersifat baik semata-mata manakala iblis pula jahat semata-mata, ini kelihatan jelas selepas peristiwa tersebut.

Manakala
Peringkat kedua ialah berada di dalam kandungan ibu seperti yang difirmankan Allah di dalam surah al.Mukminun.


Dalam surah Al.Mukminun ayat 12 sehingga 16 Allah berfirman bermaksud,
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat."

Peringkat ketiga ialah setelah manusia itu dilahirkan ke dunia ini, pada ketika ini melalui kehidupan dunia di mana mereka perlu berladang untuk kehidupan dunia dan juga wajib berladang untuk bekalan ke akhirat. Peringkat keempat, manusia dimatikan dan kembali semula ke alam roh (alam barzah / alam kubur) di sini mereka berada dalam tempoh yang tertentu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, Peringkat kelima. Peringkat ini adalah peringkat selepas berada di dalam kubur, manusia kemudiannya akan dibangkitkan dan keluar dari kubur dan menuju ke tempat yang dikenali sebagai Padang Mahsyar. Tempat inilah tempat pertimbangan dan ujian, setelah melalui ujian dan pemeriksaan Allah. Mereka yang melalui kehidupan yang bersih dan suci yang diakui Allah dan mereka yang diampunkan dosa akan ditempatkan di syorga, manakala mereka yang melalui kehidupan yang kotor dan jahat mengikut penilaian Allah akan dimasukkan ke dalam api neraka; Dua tempat inilah tempat terakhir dan kekal selama-lamanya.

Bagi mereka yang beriman kepada Allah tetapi melakukan dosa dan tidak diampunkan akan berada di dalam neraka sekadar dosanya sahaja, kemudian akan dikeluarkan dan ditempatkan pula di syorga buat selama-lamanya. Berlainan situasi mereka yang kafir atau syirik dengan Allah semasa di dunia sepanjang hidupnya akan kekal menerima siksaan di neraka. Sama juga bagi mereka yang murtad atau kafir di akhir ayat sehingga ke saat kematiannya.

Untuk mendapatkan penyudah yang baik manusia perlu menjalani kehidupan yang suci dan bersih. tanpa ilmu manusia tidak akan selamat. Ilmu sahaja tidak mencukupi kerana ilmu itu sangat umum sifatnya sama ada ilmu dunia atau akhirat.

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang mencakup kehidupan dunia dan akhirat yang sejahtera ( bukan ilmu yang membawa keburukan di dunia atau di akhirat ). Manusia sebenarnya memerlukan Islam, Iman dan Ihsan untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah.

Untuk membina keluarga dan masyarakat berkualiti seharusnya bermula sejak anak berada di dalam kandungan iaitu sejak janin lagi. ketika ini ibu yang hamil dan bapa juga perlu mengambil berat tentang janin tersebut khasnya mengenai pemakanan ibu yang memberi kesan kepada janin di dalam kandungan dan mereka suami isteri pula hendaklah sentiasa berakhlak mulia kerana tingkah laku mereka mempengaruhi anak mereka yang masih di dalam kandungan.

Ibu bapa hendaklah menambahkan pengetahuan mereka terutamanya mengenai pemakanan bayi mereka. Memahami dan mengetahui pemakanan seimbang adalah penting untuk membentuk atau membina keluarga yang berkualiti, disamping memiliki pengetahuan mengenai kesihatan dan ilmu pendidikan. Ajaran Islam adalah teras yang sentiasa bersepadu dalam semua hal supaya kehidupan kita berada di landasan yang betul dan benar.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

Shah Alam 2008
19.07.2008



Selasa, 27 Januari 2009

Gerhana Matahari telah berlalu.



___________________________________


GERHANA MATAHARI 2009
Isnin 26.01.2009 - 4.30 - 7.00 petang




_________________________________________________________________


Jangan renung lama-lama snap je

( gambar hiasan )

Untuk renungan bersama:

  • Allah berfirman yang bermaksud: " Dan janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan dan sujudlah kepada Allah yang menjadikan kedua-duanya"
  • Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud: " daripada Mughirah bin syua'bah.r.a. ia berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman rasulullah.s.a.w. iaitu pada hari wafat Ibrahim ( putera Nabi Muhammad.s.a.w.) maka Sabda Rasulullah.s.a.w : Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya tanda daripada tanda-tanda kuasa Allah . Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan tidak juga kerana hidupnya ( lahirnya ) seseorang maka apabila kamu melihat gerhana salah satunya, maka hendaklah kamu berdoa kepada Allah dan bersolatlah sehingga selesai kejadian gerhana itu.
Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )


Shah Alam.
Selasa. 27.01.2009. jam 9.40 malam.

Isnin, 26 Januari 2009

SUJUD



__________________________________________

Sujud yang sempurna ketika solat.

Anggota sujud yang semestinya sampai atau mencecah lantai ialah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua ibu jari kaki. ( keadaan dua ibu jari kaki hendaklah tercacak) - bagi mereka yang tidak uzur.

Tempat sujud hendaklah kekal berada di atas lantai sekiranya teralas atau dialas sesuatu dan alas itu melekat di dahi bermakna tempat sujud telah bergerak ke atas - keadaan itu tidak sempurna.

Berhenti sekejap ( tamakninah ) ketika sujud adalah rukun,
sesiapa yang meninggalkan rukun, solatnya tidak sah.

Bagi lelaki kedua-dua tangan hendaklah dibuka iaitu tidak rapat ke rusuk manakala perempuan hendaklah dirapatkan ke rusuknya.

Sujud ketika solat.

Hikmah dari segi kesihatan.
Ketika sujud aliran darah dan oksigen akan berjalan lancar dan sempurna. jika sujud itu menepati hukum iaitu berhenti sekejap ( tamakninah ) sebelum berdiri betul ( iktidal ).

Pengabdian.
Rukuk dan sujud hanya kepada Allah.

Status diandaikan.
Kepala yang di dalamnya bersemayam otak dan akal ketika sujud ianya berkeadaan lebih rendah daripada kemaluan. Demikianlah gambaran keadaan manusia kekadang bertindak terhadap sesuatu sehingga menghina dirinya sendiri.


Shah Alam.
Selasa 27.01.2009 jam 1.50 petang.

Ahad, 25 Januari 2009

Gerhana Matahari 26.01.2009




GERHANA MATAHARI 200

Hari ini 26.01.2009 mengikut ahli Falak (astronomi) akan berlaku gerhana matahari di antara jam 4.30 - 7.00 petang.

Peringatan:
  • Inilah peluang untuk orang Islam menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari, ( Sunat Muakkad ).
  • Eloklah menyempurnakan solat ini secara berjamaah di masjid atau surau kerana dapat mendengar khutbah yang akan disampaikan selepas solat seperti solat sunat dua Hari Raya.
  • Solat ini terdapat sedikit kelainan berbanding dengan solat sunat Hari Raya iaitu pada rakaan pertama rukuk dilakukan dua kali , dua kali membaca Fatihah dan dua kali membaca surah kemudian barulah sujud dan begitulah juga di dalam rakaat yang kedua.
  • Kalau hendak tunaikan dua rakaat secara biasa yang kita lakukan pun dibolehkan.
  • Tinggalkan segala kepercayaan karut yang berkaitan dengan peristiwa gerhana matahari.

Sekian. Wallahu aklam.

Wassalam.

Kluang:
Isnin. 26.01.2009. jam 5.35 pagi

Sabtu, 24 Januari 2009

Tersilap klik Untuk Buat Catatan Baru



Entri di bawah sebenarnya untuk laman Kehidupan Bersih rupanya saya tersilap klik di bahagian Santai Sihat. Kerana kesilapan yang sihat maka sayapun biarkan sahaja ia kekal bersantai di sini. sekurang-kurangnya berperanan sebagai dua umpan pada satu joran.

Sebenarnya pagi ini minda saya memang kurang segar menyebabkan kurang tumpuan dan fokus itulah di antara sebab yang membawa kepada tersalah klik. Apa perlunya saya ceritakan ini semua kepada anda, bukankah anda kekawan saya, jadi eloklah kita kongsi pengalaman, sekurang-kurangnya saya dapat melondehkan sedikit ego yang ada dalam diri selama ini. kalau kerja senang seperti itupun masih buat salah dan silap, masih nak ego ke, hai sia-sia, kalau ego jugak diketawakan orang.

Masa dilahirkan dahulu telanjang bogel baik lelaki maupun perempuan, bila mati pula orang lain tolong kafankan. Menceritakan kelemahan diri begini mungkin boleh mengurangkan ego, biar tinggal ego yang memelihara meruah diri sahaja.

Ego yang baikpun ada ke, hai ada. Jangan tunduk sampai kepala dipijak orang. kata orang tunduk bukan minta dipijak.

Sekian. Wassalam


Kluang: (Ahad). 25.01.2009. jam 11.35 pagi.

Benarkah Dunia Ini Penjara



Benarkah Dunia Ini Penjara

Kenyataan menyatakan dunia ini penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir. Pada pandangan saya kenyataan ini hanyalah suatu perbandingan yang memerlukan kupasan bagi memperjelaskan hakikatnya. Jika tidak diperjelaskan ianya akan memberi kesan yang negatif dan buruk di kalangan orang Islam yang kurang pengetahuannya dan akan memandang dan memikirkan bahawa Islam itu tiada keistimewaannya.

Apaka itu syurga dan apakah pula neraka ?.
Difahamkan secara ringkas syurga itu ialah balasan baik kepada mereka yang melakukan amal baik di dunia atau mereka yang patuh suruhan Allah. di dalam syurga tiada apa sekatan dan peraturan, di sana tempat yang amat bahagia bagi penghuninya.
Neraka ialah balasan siksa bagi mereka yang derhaka kepada Allah, penghuninya tersiksa sepanjang masa. tiada langsung ruang untuk bebas dari siksaan.

Syurga dan neraka berlaku di akhirat nanti bukannya sekarang, kalau adapun di dunia ini hanyalah kenyataan berupa perbandingan sahaja.

Dunia ini penjara bagi orang Islam sebenarnya suatu kenyataan perbandingan sahaja kerana hidup di dunia ini semua orang Islam termasuk yang bukan Islam terikat dengan undang-undang negara dan juga peraturan yang tersirat di kalangan masyarakat. Hidup di dunia dipagari peraturan dan undang-undang, setiap penghuni dunia terpaksa menjaga mematuhi peraturan tersebut supaya tidak dilanggarinya. Sekaya mana, sebahagia mana manusia di dunia ini mereka masih dipagari peraturan tersebut. Kalau dilanggarinya akan menghadapi kesusahan dan mungkin penderitaan. Peraturan, larangan dan undang-undang yang wujud itulah dianggap sebagai pagar penjara, atas dasar itulah agaknya dunia ini dikatakan penjara.

Sebahagia mana orang kafir ianya hanya terhad setakat di dunia sahaja, kalau mengikut graf kebahagian orang kafir ialah sekadar yang diperolehi di dunia , maka itulah sahaja syurga bagi mereka, itupun kalau hendak diibaratkan sebagai syurga untuk hanya menggantikan perkataan kebahagiaan.

Sebahagia mana orang Islam di dunia ini ianya masih terikat dengan peraturan yang disebutkan tadi, maka keadaan ini masih menyurupai penjara yang dipagari peraturan dan pengkuatkuasaannya.

Apabila orang Islam diletakkan di dalam syurga di sana tiada lagi peraturan, tiada larangan dan tiada sekatan dan bebas sebebasnya. Di sinilah kemuncak kebahagiaan dan kebagiaan hakiki serta kekal abadi DAN jika dikembalikan ke dunia semula mereka merasakan seperti dimasukkan ke dalam penjara, kerana kehidupan di dunia memerlukan makan dan minum untuk meneruskan hidup, terpaksa bekerja dan beribadat, juga mengalami kesusahan sakit demam dan seumpamanya. Keadaan dan situasi inilah dibandingkan seperti penjara.

Kepada pembaca yang ada maklumat tambahan sila buat ulasan di dalam ruangan almaklum.

Sekian. Wassalam.


Kluang: (Ahad) 25.01.2009. jam 10.30 pagi

Jangan mencampakkan diri ke lembah kebinasaan



Dilaporkan oleh media bahawa setiap hari manusia berakal terfikir untuk membinasakan dirinya dengan membunuh diri, dikatakan seorang setiap hari di Singapura, 13 orang di Thailand dan 7 orang di Malaysia.

Dikenalpasti dan diketahui oleh semua orang bahawa mencampakkan diri ke lembah kebinasaan itu ialah perbuatan dan tindakan, di antaranya seperti;

  1. Menghisap dadah,
  2. Menghidu gam.
  3. Minum arak.
  4. Menghisap rokok, ganja, curut dan seumpamanya.
  5. Mengamalkan sex bebas ( berzina)
  6. Mempertuhankan selain daripada Allah.
  7. Menyengutukan Allah.
  8. Membunuh diri.
  9. Apa sahaja perbuatan dan tindakan yang membawa kesusahan di dunia dan di akhirat.
Apakah kewajipan kita terhadap kenyataan di atas ?.
  1. Wajib meninggalkannya.
  2. Wajib mencegahnya.
Apakah tindakkan yang berkesan untuk mencegahnya ?
  1. Menerapkan ilmu pengetahuan secukupnya.
  2. Jadikan manusia itu Islam, Iman dan Ihsan.
Bagaimanakah caranya ?

Berdakwah secara yang lebih berkualiti melalui agennya yang betul.

Apakah agennya ?

Sekolah Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pusat Pengajian Tinggi dan berterusan di tempat kerja dan seumpamanya.

Apakah pengukuhannya ?

Singkirkan perkara yang boleh meruntuhkan pendidikan yang berlaku seiring dengan sektor pendidikan.

Sekian.

Kluang (Ahad) 25.02.2009. jam 12.22 pagi

Selasa, 20 Januari 2009

Berdialog di bawah pokok ketapang



Pokok ketapang daunnya besar atau lebar, saiz pokok biasanya sebesar pokok ceri, ramai orang suka menanamnya untuk membuat tempat bersantai di depan rumah kerana teduhnya boleh dipercayai. Di bawah pokok disediakan bangku kayu supaya boleh digunakan untuk duduk bersantai . Pada suatu ketika yang tidak dapat disebut dan dicatatkan tarikh dan masanya terdapat makhluk Allah duduk berehat di bawah pokok itu dan berbual-bual sesama mereka.

Dialognya begini;

A. Siapa nama kamu.

B. Nama aku Iblis.

A. Kamu'

C. Nama aku Rasuah,

A. Nama aku manusia.

Manusia:
Sekarang kita sama- sama ada masa lapang eloklah kita bersembang-sembang mengenai isu semasa yang berlaku di dalam dunia ini. aku rasa Iblis dan Rasuah ada banyak perkara yang hendak diceritakan.

Rasuah:
Biarlah Iblis cerita dahulu sebab dia banyak ilmu, dia pernah jadi guru kepada Malaikat,

Iblis:
Aku memang pandai, bukan sekarang sahaja aku pandai. malah sejak dahulu lagi aku pandai, sebab itu aku tidak mahu sujud atau hormat kepada Nabi Adam.

Manusia:
Oh begitu, akupun pernah dengar cerita kamu bantah dan tidak mahu hormat Nabi Adam. Ramai manusia menganggap kamu sombong dan takbur (takabbur).

Rasuah:
Aku tidak tahu pula cerita itu, boleh jadi tersebar di kalangan manusia sahaja kot, yang aku tahu, manusia tidak akan mengamalkan rasuah kalau tidak dihasut Iblis.

Iblis.
Sekarang giliran Rasuah pula perkenalkan diri.

Rasuah:
Iblis, aku rasa nak tergelak, bila kamu suruh aku perkenal diri, bukankah kita sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain untuk menjayakan kerja kita, kalau kamu tidak tolong manakan kerja itu boleh berjaya.

Iblis:
Oh. baru teringat balik, baru kenal. Dahulu kamu bukankah nama lain, rasa macam nama kamu dah tukar, sebab itu aku rasa was-was.


Rasuah:
Memanglah dahulu nama aku lain, nama itu dah tidak sesuai pada zaman sekarang, sekarang bukankah zaman IT. Dahulu nama aku Tumbuk Rusuk, nama ini panjang, manusia susah sebut jadi merekalah juga tukar nama aku kepada Rasuah.Tapi masih ada lagi manusia yang panggil aku Tumbuk Rusuk sekarang ini pun dan kekadang dipanggil Makan Suap. Nama panggilan saja yang berbeza tapi hakikatnya akulah juga.

Manusia:
Memanglah panjang nama tersebut, tetapi nama itu ditukar bukan kerana nama itu panjang, sebaliknya kerana nama itu tidak sesuai lagi, sebab semasa kamu dipanggil Tumbuk Rusuk kerja kamu agak tersembunyi , sekarang tidak sembunyi lagi.

Rasuah:
Itulah yang aku sebut awal tadi. kamu macam mana pula manusia, asyik dengar cerita kami , sekarang kamulah pula cerita perkenalkan diri kepada kami.

Manusia:
Aku bangsa manusia, kejadian terbaik di kalangan makhluk di dunia ini, di kalangan kami terdapat yang paling baik, baik, sederhana, jahat dan paling jahat. Berbeza dengan Malaikat, Malaikat semuanya baik belaka. tiada langsung yang jahat di kalangan mereka.

Iblis.
Aku memang tahu manusia kejadian yang paling baik di antara yang dijadikan Allah, sebab itu aku rasa dengki dengan Adam, Aku mahu akulah yang terbaik tapi Allah kata Adam yang lebih mulia. Itulah yang aku naik geram tu.

Manusia:
Aku nak tahu juga kaum keluarga kamu, siapakah kaum keluarga kamu Iblis ?.

Iblis:
Kaum keluarga aku ramai, sejak dilahirkan kami tidak pernah mati, kami lebih ramai berbanding dengan bangsa kamu. Jin dan syaitan semua tu keluarga akulah tu, tapi Jin ada yang Islam, bakinya tu macam kamilah jahat dan kafir belaka, sebab itu apabila manusia nak baca al.Quran atau nak memulakan apa-apa kerja manusia kena minta perlindungan dari Allah terlebih dahulu supaya syaitan bangsa kami tidak mengganggui mereka, kalau tidak kami akan kacau dan ganggu.

Manusia:
ok. kita tangguhkan perbualan kita sehingga kita bertemu lagi, mungkin di tempat yang lain pula.


Isnin, 19 Januari 2009

Terpaksa belajar sampai ke liang lahat



Pada suatu hari hati ini ingin mengemaskinikan senarai Rakan Blog supaya lebih tersusun dan terurus, maka saya pun klik sana dan sini untk membetulkannya tiba-tiba terklik pada tempat yang tidak sepatutnya maka semuanya terpadam dan terkeluar dari medannya.

Akhirnya kosonglah bahagian tersebut, terpaksalah buat semula dengan susah payahnya ianya tidak menjadi juga melainkan setelah bantuan diberikan. untuk melengkapkan semula terpaksalah dikemaskinikan secara beransur-ansur.

Itulah yang dikatakan tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat, hendak mengucap dua kalimah syahadah ketika di ambang nafas terakhir pun terpaksa orang disekeliling mengajarnya. Keadaan ini menyedarkan kita bahawa betapa sedikitnya ilmu yang dimiliki dan betapa lemahnya manusia ini.

Ini berita terkini,

Sekarang jam 5.51 petang, (20.01.2009) .
Pagi tadi saya keluar dari rumah jam 11.00 pagi menuju ke Seksyen 20 untuk membeli lauk pauk untuk makan tengah hari apabila sampai di satu persimpangan Jalan Batu Tiga Lama semasa berhenti menunggu lampu hijau untuk masuk ke jalan Persiaran Tengku Ampuan, tiba-tiba sahaja saya teringat lesen memandu telah luput tempoh sah sejak 29.12.2008 lagi dan belum diperbaharui lagi. Masya Allah lalainya.

Perjalanan diteruskan juga walaupun dalam keadaan bimbang dan hati yang risau sehinggalah sampai ke tempat yang dituju iaitu Restoran Sajian Melayu, setelah selesai urusan maka saya pun cepat-cepat balik. Ini adalah peristiwa yang kedua, peristiwa pertama berlaku lebih 20 tahun yang lalu, begitulah juga disedari semasa sedang memandu tetapi kali pertama ini lebih teruk lagi kerana tarikh tamat tempoh sah itu berlalu lebih beberapa bulan. Itulah manusia sukar hendak mengelakkan dari perbuatan lupa ini, sebab itu Allah menyebut di dalam al.Quran sebagai pelupa iaitu Annas.


Hari ini ( Rabu ) 21.01.2009.ditulis pada jam 10.38 pagi,
Jam 8.10 pagi tadi saya bertolak ke Pasaraya Tesco untuk memperbaharui lesen memandu, sebaik sahaja Pejabat Pos cawangan P. Tesco dibuka saya telah siap siaga di situ untuk mendapatkan nombor giliran, nasib baik dapat nombor 3, tunggu tidak sampai 5 minit urusan pun selesai, baru rasa lega, Saya memang penakut, kalau memandu tanpa lesen memang minda kacau. Kata orang bertawakkal sahaja, bertawakkal tanpa ikhtiar bukanlah cara dan tertibnya.


Cuba semak lesen memandu anda.

Sekian.

Salam Perkenalan.


Assalamualaikum.

Salam perkenalan melalui laman Santai Sihat ( Leeloknoh.blogspot.com), untuk pengetahuan pembaca Lee lok Noh bermaksud Lee anak Noh. Laman ini mula mengorak langkah pada 20.01.2009 . jam 12.30 malam, sengaja dinamakan laman Santai Sihat yang bertujuan untuk menyediakan ruang berintraksi sambil bersantai merehatkan minda.

Laman ini tidak membawa apa-apa wawasan pe
nting melainkan untuk bersantai secara sihat. Akan dimuatkan apa sahaja yang terlintas dan terfikir untuk diketengahkan buat kekawan merenunginya.

Marilah kita bersantai-santai bersama sambil berintraksi melalui alam maya mengenai apa sahaja yang terlintas, mengenai masyarakat, pendidikan, politik dan lain-lain.

Di mana sahaja kita berada pasti Allah melihat , ja
di kita kenalah berhati-hati.

Selamat berkenalan.

Wassalam.