Rabu, 15 April 2009

MAKAN ALA QADAR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pada entri ini Santai Sihat masih mahu berkongsi cerita mengenai makanan, makan ala kadar ( qadar) bermaksud manusia hendaklah makan berdasar keperluan yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan dan minda. Islam mengajar umatnya supaya makan sekadar hilang lapar sahaja. Walaupun makanan itu rasanya sangat lazat, tetapi, kalau rasa lapar telahpun hilang maka ketika itulah juga dikehendaki berhenti makan. Kemudian makan semula apabila lapar nanti. Inilah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan badan dan dapat mengelakkan berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kegemukan dan seumpamanya.
Makan banyak kali tidak dilarang asalkan makan ketika lapar dan berhenti bila hilang lapar. Apa yang Santai Sihat nukilkan ini adalah teori dari tarbiah dan adab makan tetapi amalinya Santai Sihat dan juga anda perlulah berlatih atau membiasakan diri bagi menghayati atau mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. Insya Allah kita akan mendapat manfaatnya.
_______________

" Wahai sekalian manusia, makanlah apa-apa
yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah
kamu mengikut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu".

Surah Al.Baqarah ayat 168.
__________________



Air Teh O.
RM1.00

Nasi setengah.
Sedikit sayur tauge.
Seketul ikan senangin (kari).
RM4.80.
_________________

Total : RM5.80.

Anda masih ingatkah harga ketika tahun 80an, agaknya berapakah harganya kalau makanan sekadar itu dan berapakah kadar gaji pada ketika itu, adakah berbaloi nisbahnya dengan gaji.

Berapakah gaji minimum yang diperlukan pada tahun 2009 ini untuk menyesuaikan dengan harga barang yang semakin meningkat, Santai Sihat tidak pandai dalam hal ini. Tulisan ini hanya menggambarkan persoalan dan tanda tanya yanng tersimpan di dalam minda sahaja.

Semoga Allah melimpahkan rezeki-Nya yang banyak di negara kita yang tercinta ini.amin.

Sekian . wassalam.

4 ulasan:

  1. Sdr Leenoh: Skrng ni jgn hang cetalah tntng hrga mkanan, kekdang bingung tntng hrga mknan. dulu masa kat Pkang Sik, gaji cuma RM235.00, tpi boleh antak duit kat kampung.Syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Salam.
    Tu la barang naik harga laju sangat la ni.Saja tulis tu, bukan apa, nak semak balik senang, manalah tau 2 atau 3 tahun lagi nak tengok perbezaan dia.

    BalasPadam
  3. Formula sara diri sekarang memang KETAT... pakar ekonomi menasihatkan kita KETATkan perbelanjaan masa kegawatan ekonomi TETAPI bagi manusia kebanyakkan mereka sentiasa MENGETATkan perbelanjaan mereka tanpa hirau suasana ekonomi.

    Dalam masa yang agak mewah hari ini, masih ada manusia yang berbelanja sebanyak RM100 untuk makanan seharian tetapi mampu membayar RM99 sebulan untuk bil TV satelit. Konsep sebegini sudah terpesong dari amalan ekonomi sihat. Perlunya mengisi KEPERLUAN terdahulu dan kemudiannya barulah dipikirkan akan KEHENDAK lain andai mampu dan masih mampu berjimat selesai berbelanja.

    Hari ini perbelanjaan didahulukan banyak pada KEHENDAK dan KEPERLUAN seharian dibelakangkan atau dikurang-kurangkan...

    Apa sikap berbelanja kita, utamakanlah pemakanan yang BAIK untuk keluarga kita kerana kita mahu menjana peribadi yang BAIK melalui pemakanan. Janganlah kedekut dengan pemakanan anak-anak terutamanya kerana kita mampu membeli mainan dan rokok yang mahal harganya.

    BalasPadam
  4. Salam heroHuruHara,

    Saya sangat bersetuju dengan pandangan anda terutamanya perbelanjaan pemakanan anak-anak kerana pada ketika kanak-kanak mereka memerlukan makanan yang dapat menolong pertumbuhan minda mereka.
    Ketika kanak-kanak mereka memerlukan banyak memakan ikan dan lain-lain yang berzat.

    BalasPadam