Khamis, 23 April 2009

Peluang Jimatkan Belanja anda



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Di Stadium Malawati Shah Alam. ada jualan barangan dari Gudang potongan harga antara 70-80% saya telah pun pergi dan membeli belah di sana, memang menjimatkan.

( sehingga 26 April 2009 )


Semua sekali harganya
RM153.00 sahaja.



Sekian.Wassalam.

Selasa, 21 April 2009

Aura Paku dan Belacan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Santai sihat memang akan membawa isu sekadar bersantai sahaja, sekiranya anda ingin membaca entri yang lebih berat sila ke blog berkembarnya , laman Kehidupan Bersih iaitu laman utama yang mengandungi hampir 200 topik setakat ini.

Pada hari ini saya ingin memberi sedikit informasi mengenai cara mengatasi bau busuk. Sekiranya anda kebetulan terpaksa menghadapi bau busuk kerana wajib menyelesaikannya, kalau tidak dibuang akan mendatangkan kemudaratan kepada umum tetapi masalahnya sukar hendak menyelesaikannya kerana bau terlalu busuk sehingga menyebabkan termuntah-muntah, objek itu mungkin bangkai atau mayat manusia yang perlu diuruskan secara tertib.

Mungkin terfikir oleh setengah orang bahawa bau busuk itu dapat diatasi dengan menggunakan minyak wangi. Sebenarnya tidak, bau minyak wangi tidak dapat mengatasinya. Siapa sangka paku dan belacan mempunyai aura yang lebih tinggi daripada kebanyakan bau busuk.

Palitkan belacan di hidung, bau belacan akan menguasai hidung dan bau lain tidak akan sampai ke hidung atau dengan mengambil paku yang bersaiz besar seperti paku 5 inci dan ikat paku itu berkeadaan melintang di hidung, bau paku itu akan menguasai hidung dan bau busuk yang lain tidak akan mampu sampai ke hidung.

Petua ini saya dapat daripada seorang kawan tetapi saya sendiri belum mempraktikkannya. Cubalah, belum cuba, belum tahu.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Jumaat, 17 April 2009

Nasi Lemak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْNasi lemak biasa
RM1.50

Teh Tarik
Rm1.20

Pada saya harganya berbaloi tetapi teh tarik RM1.00 lebih rasional.


Hanya untuk renungan sahaja.

Sekian. wassalam.

Rabu, 15 April 2009

MAKAN ALA QADAR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pada entri ini Santai Sihat masih mahu berkongsi cerita mengenai makanan, makan ala kadar ( qadar) bermaksud manusia hendaklah makan berdasar keperluan yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan dan minda. Islam mengajar umatnya supaya makan sekadar hilang lapar sahaja. Walaupun makanan itu rasanya sangat lazat, tetapi, kalau rasa lapar telahpun hilang maka ketika itulah juga dikehendaki berhenti makan. Kemudian makan semula apabila lapar nanti. Inilah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan badan dan dapat mengelakkan berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kegemukan dan seumpamanya.
Makan banyak kali tidak dilarang asalkan makan ketika lapar dan berhenti bila hilang lapar. Apa yang Santai Sihat nukilkan ini adalah teori dari tarbiah dan adab makan tetapi amalinya Santai Sihat dan juga anda perlulah berlatih atau membiasakan diri bagi menghayati atau mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. Insya Allah kita akan mendapat manfaatnya.
_______________

" Wahai sekalian manusia, makanlah apa-apa
yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah
kamu mengikut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu".

Surah Al.Baqarah ayat 168.
__________________



Air Teh O.
RM1.00

Nasi setengah.
Sedikit sayur tauge.
Seketul ikan senangin (kari).
RM4.80.
_________________

Total : RM5.80.

Anda masih ingatkah harga ketika tahun 80an, agaknya berapakah harganya kalau makanan sekadar itu dan berapakah kadar gaji pada ketika itu, adakah berbaloi nisbahnya dengan gaji.

Berapakah gaji minimum yang diperlukan pada tahun 2009 ini untuk menyesuaikan dengan harga barang yang semakin meningkat, Santai Sihat tidak pandai dalam hal ini. Tulisan ini hanya menggambarkan persoalan dan tanda tanya yanng tersimpan di dalam minda sahaja.

Semoga Allah melimpahkan rezeki-Nya yang banyak di negara kita yang tercinta ini.amin.

Sekian . wassalam.

Sabtu, 11 April 2009

Mahal atau Murah.

Salam Semua.

Hanya untuk renungan


Sirap Suam

Nasi Kandar.Nasi Lemak
___________________

Nasi putih setengah
Seketul ikan senangin .
Sedikit sayur tauge
RM5.00

Sirap Suam
RM1.30

Nasi Lemak
Seketul Ayam
Telur sebelah
Sambal ikan bilis.
Sedikit kacang dan timun.
RM4.00
___________

Total = RM 10.30

Demikianlah makanan yang biasa saya beli .
Kedai Nasi Kandar Seksyen 20. Shah Alam.
Apa pendapat anda, mahal atau murah berbanding dengan tempat anda

Sekian . Wassalam.

Aura Terung Mengalahkan Petai



Salam Semua.


Pokok Petai berasal dari hutan rimba,
tetapi pada masa kini petai telahpun keluar dari hutan dan hidup di kampaung-kampung bersama masyarakat manusia.Bila disebut sahaja nama petai atau buah petai maka terbayanglah sedap dan lazat serta bau busuknya.

Allah Taala menjadikan dalam diri buah petai itu tersembunyi rasa lazat dan bau busuk, kedua-duanya disepadukan. kekadang rasa mahu makan dengan tidaknya itu bercampur baur kerana selepas memakannya mulut kita akan berbau busuk, keadaan ini akan menjejaskan maruah dan juga akan membawa kepada hukum makruh kerana busuknya itu.
Percayakah anda bahawa aura atau bau yang ada di dalam buah terung dapat mengatasi atau menghilangkan bau busuk yang terdapat di dalam buah petai dan mungkin juga buah-buah ulaman yang lain seperti genuak (kerdas) dan jering.

Untuk menghilangkan bau busuk buah petai atau ulaman yang disebutkan tadi setelah anda memakannya hendaklah anda memakan buah-buah ulaman tersebut bersama buah terung. Insya Allah dapat mengurangkan atau menghilangkan bau busuk tersebut. seelok-eloknya terung itu dibakar dan juga dibuat ulam.
Belum cuba belum tahu !!!.


_______________


Untuk mengurangkan rasa panas dalam badan setelah makan buah durian. Hendaklah memakan durian dan diikuti dengan memakan buah manggis.
Dan elakkan diri daripada memakan pada waktu yang sama buah-buahan yang lain yang sifatnya juga panas.


Sekadar ini sahaja tip pada hari ini.
Selamat mencuba.
Insya Allah berkesan.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam

Khamis, 9 April 2009

Doaku kepada Pemimpin Tertinggi Negara.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Perdana Menteri
dan
Timbalan Perdana Menteri .
Malaysia.

( Baru )

Perdana Menteri
.



Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

________________

Timbalan Perdana Menteri .

Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai rakyat Malaysia saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Datuk Seri dan Tan Sri yang ditakdirkan oleh Allah SWT berada di mercu pemerintahan.
Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan pertunjuk kepada Datuk Seri dan Tan Sri serta semua ahli kabinet baru, amin.

Tarikh;
09 April 2009.
13 Ribiul Akhir 1430.

Sekian. Wassalam.

Rabu, 8 April 2009

Macam-macam Ada di Bangunan PKNS. SA.

Salam semua.

Pada hari ini Khamis 13. Rabiul Akhir 1430 bersamaan 09.04.2009 jam 9.30 pagi saya ke bangunan PKNS Shah Alam, Selangor, bertujuan menempah sehelai seluar kerana telah lama saya tidak membeli atau menempah seluar baru, maklumlah orang bersara boleh memakai apa sahaja pakaian yang hanya berlandaskan peraturan Islam sahaja dan tiada peraturan lain yang perlu dipatuhi seperti mereka yang berpakaian untuk bertugas di pejabat kerajaan atau bertugas dengan pihak swasta yang terpaksa mengikut peraturan pakaian majikan masing-masing.



Setelah lama tidak menempah pakaian maka saya tidak mengetahui harga terkini kerana saya juga tidak begitu pedulikan tentang harga pakaian terkini, jika dibeli secara tempahan rupa-rupanya harga pakaian telah meningkat sangat tinggi, kalau dua tiga tahun dulu harga RM180.00 begitu, sekarang telah meningkat RM300.00 atau lebih. Nasib baiklah di zaman pemerintahan Pak Lah dulu bayaran pencen dibuat anjakan ke atas sedikit, Terima kasih Pak Lah. tetapi hakikatnya bukan kerana Pak Lah tetapi hubungan manusia dengan manusia perlu juga diraikan dan perlulah juga berterima kasih kepadanya. Walaupun apa yang telah berlaku di dunia ini pada hakikatnya adalah kerana Allah jua.

Di pendekkan cerita saya pun membuat tempahan sehelai seluar di kedai ini, harga seluar tersebut RM170.00. Kalau kita membeli seluar yang telah siap di pasaraya harganya jauh lebih murah, berlebih-lebih lagi ketika musim Jualan Murah atau Jualan Mega, sekali-sekala nak juga pakai seluar yang ditempah, seluar yang ditempah lebih selesa dipakai, Nama taukenya ialah Jimmy ( Azmi ) dan nama kedainya seperti tertera di atas. Saya doakan semoga perniagaannya berjaya dan terus berjaya.amin.

PERCAYALAH DI BANGUNAN PERNIAGAAN PKNS MACAM-MACAM ADA.

BERKAT ELEKTRONIK


Selepas selesai sahaja menempah seluar saya masuk Kedai Jam ini, Sengaja berborak-borak dengan tauke kedai ini untuk memulakan hubungan silaturrahim dengan beliau. Pada mulanya saya sangka beliau seorang Cina keran mukanya mirib wajah Cina ditambahkan lagi beliau berbual-bual dalam bahasa Cina, rupa-rupanya bukan seorang Cina, tentang Islamnya itu tentulah saya tidak meraguinya. Untuk merealisasikan tujuan silaturrahim, saya bertanyakan beliau samada orang Cina atau tidak , dengan itu barulah saya mendapat maklumat, Namanya Wak Budi tetapi PKNS beliau dikenali sebagai Wak Jam.
Saya doakan semoga perniagaannya maju dan terus maju. Insya Allah.

Letak kereta di tingkat bawah

Sekian. Wassalam.

Isnin, 6 April 2009

PRK - 07042009


CINTAKAN NEGARA - salah satu daripada - TUNTUTAN IMAN.

berdoalah kepadaNya supaya memberi keyakinan kepada perkara yang benar.
( Yaqinan Sodiqa ).
Insya Allah akan bertindak secara benar.

undilah mengikut pilihan anda.

Manusia tetap di dalam pemerhatian Allah setiap saan dan ketika..

Istimewa untuk saudaraku penduduk
Bukit Selambau.
Bukit Gantang.
Batang Air.

Keputusan PRK 07 APRIL 2009

Bukit Selambau - PKR menang. ( Pakatan Rakyat )

Bukit Gantang - PAS menang. ( Pakatan Rakyat )

Batang Air - BN menang. ( Barisan Nasional )


Sekian.Wassalam.

Sabtu, 4 April 2009

Pasar Tani Mega. Shah Alam.




Salam sejahtera.

Pasar Tani Mega, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Pada pagi ini ( Ahad. 05.04.2009 ) seawal jam 7.00 pagi Santai Sihat bertolak ke Pasar Tani Shah Alam. Pasar ini terletak di Seksyen 13. Shah Alam. Lokasinya di lapangan letak kereta Stadium Shah Alam dan berhampiran Pasaraya Giants, juga berhampiran Stadium Malawati . Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam pasar tani ini bukan lagi asing bagi mereka. Segala barang keperluan ditawarkan di sini sepertilah juga di pasar tani yang lain tetapi pasar tani Shah Alam ini kawasan perniagaannya agak lebih besar dan luas berbanding dengan tempat-tempat lain yang pernah dilawati. Entri ini lebih sesuai dibaca oleh mereka yang jarang atau tidak pernah ke pasar tani ini sebagai pengetahuan tambahan.












Stadium Shah Alam.


Stadium Malawati

Buat kali ini saya hanya tertumpu kepada Gerai Jualan Ikan sahaja kerana sebentar tadi, semasa isteri saya memilih ikan, saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan salah seorang pembantu gerai ini sementara beliau berehat dan meneguk air. Mereka ini sebenarnya berasal dari negeri Kedah. Dari Kampung Tebengau terletak dua kilometer atau kurang dari pantai dan jaraknya dengan Kuala Kedah tidak dapat saya perincikan tetapi ianya tidak beberapa jauh.
Saya suka membeli ikan di sini bukan kerana mereka berasal dari Kedah atau kerana ikannya dibawa dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis tetapi kerana kesegaran ikan tersebut adalah perkara utama menarik perhatian saya ke sini. Tauke gerai ini dikenali sebagai Man, saya tidak pasti nama penuhnya. Gerai ini terletak di penjuru lokasi Pasar Tani berhampiran Pasaraya Giants.

Cara saya memilih ikan segar;
(1) Melihat kepada isangnya yang masih berdarah merah dan segar. ( bukan kehitaman )
(2) Melihat kepada matanya yang masih jernih.
(3) Badan ikan masih berlendir.
(4) Badannya masih keras. Bukan keras seperti kayu kerana keras begini disebabkan air batu.

Sekian dahulu sehingga bertemu lagi. wassalam.