Selasa, 31 Mac 2009

Tugasnya diragui

Salam sejahtera.

Ilmu Itu Cahaya
_______________________

Santai Sihat pada hari ini ingin mengutarakan isu yang ringkas dan ringan sahaja tetapi kekadang perkara yang dipandang ringan seperti ini akan menjadi perkara yang besar dan menyusahkan. Apabila kita melihat seekor nyamuk terbang kita tidak akan terkejut besar seperti kita melihat seekor ular tedung kerana ular tedung bisanya tidak pernah mungkir janji tetapi bisanya nyamuk kekadang dapat dinafikan walaupun terdapat di kalangan nyamuk itu membawa berbagai penyakit yang boleh membawa maut, bukan seorang kekadang beberapa orang.
Demikianlah tanggapan orang terhadap sesuatu isu, isu ini seperti isu nyamuk itu juga, boleh jadi berbahaya atau sebaliknya.
Pernahkan rumah anda dikunjungi oleh orang yang katanya dia bertugas di syarikat gas untuk membuat pemeriksaan nombor siri tong gas. Bersabit dengan itu petugas tersebut meminta izin masuk ke dalam rumah ( ini pernah berlaku ketika tiada orang lelaki di rumah ) untuk membuat peperiksaan tersebut, memanglah kelihatan menasabah permintaannya itu kerana tong gas berada di dapur.
Untuk meringkaskan cerita, permintaannya tidak dilayan. Kebetulan ketika perbincangan itu berlaku tuan rumah yang lelaki pun pulang dan tuan rumah lelaki ini juga tidak melayannya. Orang tersebut pun pergi bersama tujuannya yang diragui itu.
Kesimpulannya, orang tersebut diragui tujuannya yang sebenar.Mungkin penipu atau mungkin juga perompak.
Berhati-hatilah bila anda tinggal berseorangan di rumah terutamanya wanita.
Semoaga kita sentiasa dipelihara Allah.


Sekian. Wallahu aklam

Sabtu, 21 Mac 2009

Dari Shah Alam, Ke Kluang dan Batu Pahat.



Salam Sejahtera.

Isnin ( 16.03.2009 ) Santai Sihat berangkat ke Kluang ,

menziarahi keluarga

Dalam perjalanan ke Kluang, Johor.

Tol Air Hitam, Johor.
(16.03.2009)


Bandar Kluang


Kuaters Askar KM5 Jln Mersing.

Kelihatan Gunung Lambak
Restoran ini mengadap Gunung Lambak.
KM.5 Jln Mersing.



Pagi Selasa 24.03.2009 saya makan sotoSaya sering membeli buah-buahan di kedai ini
( Kg. Baru) semasa be
rada di Kluang.


Limau bali

Buah kundang ( setar )


Kluang
___________________________________________

Ke Batu Pahat, Johor.

Masjid Kg.Mampan
(20.03.2009)


Simpang Lima ( dari bandar B. Pahat )
Ke kanan Kg.Mampan- ke kiri Parit Salam.


Komplek Niaga Benteng
Bandar Batu Pahat.

Parit Salam


Cuaca Panas ( Jumaat )
Petang baru balik ke Kluang.
(jam 6.00 - 20.03.2009).


Cuaca Panas berlaku di mana-mana
__________________________________________

Catatan:
Bersabit dengan cuaca panas ini setakat hari ini ( Ahad. 22.03 .2009) tiga ahli keluarga saya sakit muntah-muntah tetapi badannya tidak rasa panaspun dan dua yang lain demam iaitu melibatkan dua kanak-kanak dan tiga dewasa.( Hari ini Selasa 24.03.2009 masih belum sihat kecuali saya seorang belum terlibat, Insya Allah saya akan terselamat daripada virus tersebut )
Oleh itu saya nasihatkan kekawan supaya jangan terdedah dengan cuaca panas dan awasilah kanak-kanak supaya juga tidak banyak terdedah dengan cuaca panas kerana mereka kurang ketahanan.
Pada ketika ini saya masih di Kluang. Perjalanan kami dari Batu Pahat ke Kluang pada hari Jumaat yang lepas pun cuacanya sangat panas sehingga memaksa kami membuat perjalanan pada waktu petang.- segala-galanya adalah atas kehendak Allah dan berlakunya juga dengan izin Allah.

Saya doakan semoga mereka cepat sembuh dan sihat walafiat , demikian juga kita semua sihat sejahtera.amin.

Hanya Allah Maha Berkuasa.
_________________________

Catatan tambahan:
Rupa-rupanya saya juga tidak dapat melepaskan diri dari hambatan penyakit tersebut pada 26.03.2009 saya demam dan ceret beret tetapi tidak berpanjangan, Allahamdulillah, cuma keletihan dan lemah badan membawa sehingga hari ini Sabtu ( 28.03.2009 ) .

Sekian.Wassalam

Rabu, 18 Mac 2009

Majlis Pertunangan Ahli Keluarga




Salam semua.

Pada hari Ahad ( 15.03.2009 ) jam 9.oo pagi saya sekuarga bertolak dari Shah Alam ke Balakung, Serdang kerana menghadiri Majlis Pertunangan. Dari Serdang kami bertolak ke Taman Dagang, Kuala Lumpur, jam 10.40 pagi bersama beberapa buah kereta sanak saudara.Majlis Pertunangan dijadualkan jam 11.00 pagi. Saya ditugaskan menjadi ketua rombongan dan juru cakap pada hari tersebut, oleh itu gambar yang diambil hanyalah yang sempat dan sesuai dengan Santai Sihat sahaja, gambar yang berkualiti berada pada juru gambar yang bertugas khas untuk majlis ini.


Meneruskan sunnah Nabi Muhammad.s.a.w. dan memakmurkan dunia dengan meramaikan umat Islam adalah aktiviti penerusan yang disuruh dan digalakkan oleh Islam, disamping dapat melayani sifat tabie manusia secara yang diredai Allah, membantu atau membuka jalan kepada seseorang ke arah kebaikan seperti ini adalah suatu amalan yang mulia dan terpuji. Berdoa untuk kebahagiaan orang lain seperti mendoakan untuk kebaikan diri sendiri kerana perbuatan itu adalah cetusan keikhlasan.

Semoga Allah memberi keberkatan dan kebahagiaan berterusan kepada mereka berdua.



Menunggu kehadiran ahli keluarga yang belum tiba

Jamuan ala qadar - di rumah pengantin lelaki
sebelum bertolak

Di rumah pengantin perempuan.
Menyaksikan nenek menyarung cincin pertunangan.

Berangkat pulang



Sekian. Wassalam.

_______________________________

Santai Sihat menyambung cerita.
_________________________________

Isnin ( 16.03.2009 ) Santai Sihat berangkat ke Kluang ,
menziarahi keluarga dan anakcucu


Dalam perjalanan.


Tol Air Hitam


Kuaters Askar , KM5 Jalan Mersing, Kluang.

Gunung Lambak

Sekian.Wassalam