Isnin, 19 Januari 2009

Terpaksa belajar sampai ke liang lahat



Pada suatu hari hati ini ingin mengemaskinikan senarai Rakan Blog supaya lebih tersusun dan terurus, maka saya pun klik sana dan sini untk membetulkannya tiba-tiba terklik pada tempat yang tidak sepatutnya maka semuanya terpadam dan terkeluar dari medannya.

Akhirnya kosonglah bahagian tersebut, terpaksalah buat semula dengan susah payahnya ianya tidak menjadi juga melainkan setelah bantuan diberikan. untuk melengkapkan semula terpaksalah dikemaskinikan secara beransur-ansur.

Itulah yang dikatakan tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat, hendak mengucap dua kalimah syahadah ketika di ambang nafas terakhir pun terpaksa orang disekeliling mengajarnya. Keadaan ini menyedarkan kita bahawa betapa sedikitnya ilmu yang dimiliki dan betapa lemahnya manusia ini.

Ini berita terkini,

Sekarang jam 5.51 petang, (20.01.2009) .
Pagi tadi saya keluar dari rumah jam 11.00 pagi menuju ke Seksyen 20 untuk membeli lauk pauk untuk makan tengah hari apabila sampai di satu persimpangan Jalan Batu Tiga Lama semasa berhenti menunggu lampu hijau untuk masuk ke jalan Persiaran Tengku Ampuan, tiba-tiba sahaja saya teringat lesen memandu telah luput tempoh sah sejak 29.12.2008 lagi dan belum diperbaharui lagi. Masya Allah lalainya.

Perjalanan diteruskan juga walaupun dalam keadaan bimbang dan hati yang risau sehinggalah sampai ke tempat yang dituju iaitu Restoran Sajian Melayu, setelah selesai urusan maka saya pun cepat-cepat balik. Ini adalah peristiwa yang kedua, peristiwa pertama berlaku lebih 20 tahun yang lalu, begitulah juga disedari semasa sedang memandu tetapi kali pertama ini lebih teruk lagi kerana tarikh tamat tempoh sah itu berlalu lebih beberapa bulan. Itulah manusia sukar hendak mengelakkan dari perbuatan lupa ini, sebab itu Allah menyebut di dalam al.Quran sebagai pelupa iaitu Annas.


Hari ini ( Rabu ) 21.01.2009.ditulis pada jam 10.38 pagi,
Jam 8.10 pagi tadi saya bertolak ke Pasaraya Tesco untuk memperbaharui lesen memandu, sebaik sahaja Pejabat Pos cawangan P. Tesco dibuka saya telah siap siaga di situ untuk mendapatkan nombor giliran, nasib baik dapat nombor 3, tunggu tidak sampai 5 minit urusan pun selesai, baru rasa lega, Saya memang penakut, kalau memandu tanpa lesen memang minda kacau. Kata orang bertawakkal sahaja, bertawakkal tanpa ikhtiar bukanlah cara dan tertibnya.


Cuba semak lesen memandu anda.

Sekian.

1 ulasan:

  1. Hidup di dunia dibatasi peraturan dan undang-undang. Hanya disyorga sahaja tanpa peraturan.

    Perbandingan di antara syorga dan dunia, dunia ibarat penjara.

    Wassalam

    BalasPadam