Selasa, 20 Januari 2009

Berdialog di bawah pokok ketapang



Pokok ketapang daunnya besar atau lebar, saiz pokok biasanya sebesar pokok ceri, ramai orang suka menanamnya untuk membuat tempat bersantai di depan rumah kerana teduhnya boleh dipercayai. Di bawah pokok disediakan bangku kayu supaya boleh digunakan untuk duduk bersantai . Pada suatu ketika yang tidak dapat disebut dan dicatatkan tarikh dan masanya terdapat makhluk Allah duduk berehat di bawah pokok itu dan berbual-bual sesama mereka.

Dialognya begini;

A. Siapa nama kamu.

B. Nama aku Iblis.

A. Kamu'

C. Nama aku Rasuah,

A. Nama aku manusia.

Manusia:
Sekarang kita sama- sama ada masa lapang eloklah kita bersembang-sembang mengenai isu semasa yang berlaku di dalam dunia ini. aku rasa Iblis dan Rasuah ada banyak perkara yang hendak diceritakan.

Rasuah:
Biarlah Iblis cerita dahulu sebab dia banyak ilmu, dia pernah jadi guru kepada Malaikat,

Iblis:
Aku memang pandai, bukan sekarang sahaja aku pandai. malah sejak dahulu lagi aku pandai, sebab itu aku tidak mahu sujud atau hormat kepada Nabi Adam.

Manusia:
Oh begitu, akupun pernah dengar cerita kamu bantah dan tidak mahu hormat Nabi Adam. Ramai manusia menganggap kamu sombong dan takbur (takabbur).

Rasuah:
Aku tidak tahu pula cerita itu, boleh jadi tersebar di kalangan manusia sahaja kot, yang aku tahu, manusia tidak akan mengamalkan rasuah kalau tidak dihasut Iblis.

Iblis.
Sekarang giliran Rasuah pula perkenalkan diri.

Rasuah:
Iblis, aku rasa nak tergelak, bila kamu suruh aku perkenal diri, bukankah kita sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain untuk menjayakan kerja kita, kalau kamu tidak tolong manakan kerja itu boleh berjaya.

Iblis:
Oh. baru teringat balik, baru kenal. Dahulu kamu bukankah nama lain, rasa macam nama kamu dah tukar, sebab itu aku rasa was-was.


Rasuah:
Memanglah dahulu nama aku lain, nama itu dah tidak sesuai pada zaman sekarang, sekarang bukankah zaman IT. Dahulu nama aku Tumbuk Rusuk, nama ini panjang, manusia susah sebut jadi merekalah juga tukar nama aku kepada Rasuah.Tapi masih ada lagi manusia yang panggil aku Tumbuk Rusuk sekarang ini pun dan kekadang dipanggil Makan Suap. Nama panggilan saja yang berbeza tapi hakikatnya akulah juga.

Manusia:
Memanglah panjang nama tersebut, tetapi nama itu ditukar bukan kerana nama itu panjang, sebaliknya kerana nama itu tidak sesuai lagi, sebab semasa kamu dipanggil Tumbuk Rusuk kerja kamu agak tersembunyi , sekarang tidak sembunyi lagi.

Rasuah:
Itulah yang aku sebut awal tadi. kamu macam mana pula manusia, asyik dengar cerita kami , sekarang kamulah pula cerita perkenalkan diri kepada kami.

Manusia:
Aku bangsa manusia, kejadian terbaik di kalangan makhluk di dunia ini, di kalangan kami terdapat yang paling baik, baik, sederhana, jahat dan paling jahat. Berbeza dengan Malaikat, Malaikat semuanya baik belaka. tiada langsung yang jahat di kalangan mereka.

Iblis.
Aku memang tahu manusia kejadian yang paling baik di antara yang dijadikan Allah, sebab itu aku rasa dengki dengan Adam, Aku mahu akulah yang terbaik tapi Allah kata Adam yang lebih mulia. Itulah yang aku naik geram tu.

Manusia:
Aku nak tahu juga kaum keluarga kamu, siapakah kaum keluarga kamu Iblis ?.

Iblis:
Kaum keluarga aku ramai, sejak dilahirkan kami tidak pernah mati, kami lebih ramai berbanding dengan bangsa kamu. Jin dan syaitan semua tu keluarga akulah tu, tapi Jin ada yang Islam, bakinya tu macam kamilah jahat dan kafir belaka, sebab itu apabila manusia nak baca al.Quran atau nak memulakan apa-apa kerja manusia kena minta perlindungan dari Allah terlebih dahulu supaya syaitan bangsa kami tidak mengganggui mereka, kalau tidak kami akan kacau dan ganggu.

Manusia:
ok. kita tangguhkan perbualan kita sehingga kita bertemu lagi, mungkin di tempat yang lain pula.


1 ulasan:

  1. Dialog merapu oleh Leenoh - merapu yang ada makna tersirat dan tersurat.

    Wassalam.

    BalasPadam