Sabtu, 24 Januari 2009

Benarkah Dunia Ini Penjara



Benarkah Dunia Ini Penjara

Kenyataan menyatakan dunia ini penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir. Pada pandangan saya kenyataan ini hanyalah suatu perbandingan yang memerlukan kupasan bagi memperjelaskan hakikatnya. Jika tidak diperjelaskan ianya akan memberi kesan yang negatif dan buruk di kalangan orang Islam yang kurang pengetahuannya dan akan memandang dan memikirkan bahawa Islam itu tiada keistimewaannya.

Apaka itu syurga dan apakah pula neraka ?.
Difahamkan secara ringkas syurga itu ialah balasan baik kepada mereka yang melakukan amal baik di dunia atau mereka yang patuh suruhan Allah. di dalam syurga tiada apa sekatan dan peraturan, di sana tempat yang amat bahagia bagi penghuninya.
Neraka ialah balasan siksa bagi mereka yang derhaka kepada Allah, penghuninya tersiksa sepanjang masa. tiada langsung ruang untuk bebas dari siksaan.

Syurga dan neraka berlaku di akhirat nanti bukannya sekarang, kalau adapun di dunia ini hanyalah kenyataan berupa perbandingan sahaja.

Dunia ini penjara bagi orang Islam sebenarnya suatu kenyataan perbandingan sahaja kerana hidup di dunia ini semua orang Islam termasuk yang bukan Islam terikat dengan undang-undang negara dan juga peraturan yang tersirat di kalangan masyarakat. Hidup di dunia dipagari peraturan dan undang-undang, setiap penghuni dunia terpaksa menjaga mematuhi peraturan tersebut supaya tidak dilanggarinya. Sekaya mana, sebahagia mana manusia di dunia ini mereka masih dipagari peraturan tersebut. Kalau dilanggarinya akan menghadapi kesusahan dan mungkin penderitaan. Peraturan, larangan dan undang-undang yang wujud itulah dianggap sebagai pagar penjara, atas dasar itulah agaknya dunia ini dikatakan penjara.

Sebahagia mana orang kafir ianya hanya terhad setakat di dunia sahaja, kalau mengikut graf kebahagian orang kafir ialah sekadar yang diperolehi di dunia , maka itulah sahaja syurga bagi mereka, itupun kalau hendak diibaratkan sebagai syurga untuk hanya menggantikan perkataan kebahagiaan.

Sebahagia mana orang Islam di dunia ini ianya masih terikat dengan peraturan yang disebutkan tadi, maka keadaan ini masih menyurupai penjara yang dipagari peraturan dan pengkuatkuasaannya.

Apabila orang Islam diletakkan di dalam syurga di sana tiada lagi peraturan, tiada larangan dan tiada sekatan dan bebas sebebasnya. Di sinilah kemuncak kebahagiaan dan kebagiaan hakiki serta kekal abadi DAN jika dikembalikan ke dunia semula mereka merasakan seperti dimasukkan ke dalam penjara, kerana kehidupan di dunia memerlukan makan dan minum untuk meneruskan hidup, terpaksa bekerja dan beribadat, juga mengalami kesusahan sakit demam dan seumpamanya. Keadaan dan situasi inilah dibandingkan seperti penjara.

Kepada pembaca yang ada maklumat tambahan sila buat ulasan di dalam ruangan almaklum.

Sekian. Wassalam.


Kluang: (Ahad) 25.01.2009. jam 10.30 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan