Isnin, 26 Oktober 2009

Kudapan di Taman Pinggiran.

Salam semua


Pagi tadi saya pergi berkudapan di Restoran Rempah Bonda di Taman Pinggiran Jalan Batu Tiga Lama. Pagi-pagi sudah siap dengan bebagai masakan berat dan ringan, saya memang peminat Nasi Dagang, jadi saya pun pesan Nasi Dagang sepinggan bersama teh O, taukenya tak kata begitu, dia kata sepinggang sebab Nasi Dagang tengganu bukan yang Kelante punya.

Saya datang ke sini kerana tertarik dengan bangunannya yang sebahagiannya beratap rembia, dapat juga saya mengingat dan mengenangkan semasa saya kanak-kanak dulu, rumah saya memang beratapkan daun nipah. bertiangkan buluh, juga bertanggakan buluh, manakala di dalam kampung kelihatan beberapa tumpuk kubang kerbau dan ayam itek berkeliaran mencari makan di dalam kampung,

manakala lembu dan kerbau meragut rumput, biawak pula merangkak-rangkak di tepi hutan mengkuang mencari peluang menangkap anak atau ibu ayam untuk dijadikan rezekinya.kekadang mencuri masuk ke dalam reban ayam menikmati telur ayam kampung.

Sekarang suasana itu tiada lagi ianya telah berlalu bersama masa dan waktu, hutan mengkuang telah diganti dengan hutan padi. Kerbau lembu digantikan dengan kobota dan tiada lagi tong banting padi kerana telah digantikan dengan mesin tuai padi.

Dah melalut pula, macam sembang di kedai kopi. hehehe.

Ini bangunan induknya

Bangunan tambahan

Bangunan tambahan.
Atap rembia atau nipah memang menyejukkan.


Inilah hidangannya


Di belakang restoran itu pula terdapat taman permainan kanak-kanak. Lepas makan pergilah gegarkan badan sekejap di situ.

Sekian.Wassalam.

2 ulasan:

  1. Assalamu 'Alaikum!
    Apa yang tuan ceritakan memang menghidupkan jiwa serta mencungkil ingatan zaman kecil saya juga.
    Tahniah dan teruskan memblog!

    BalasPadam
  2. Waalakumussalam Pengasas.

    Terima kasih krn menziarah blog Santai Sihat, kalau rajin teruskan ke laman blog Kehidupan Bersih boleh kita bertukar-tukar fikiran di sana pula.

    BalasPadam