Khamis, 5 November 2009

Sarapan pagi Jumaat


Salam semua.

Jama 8.30 pagi tadi saya bersarapan di restoran Taman Pinggiran, Jalan Batu Tiga Lama yang namanya tertera di atas, saja nak iklan secara
percuma sebagai galakan kepada peniaga muda restoran tersebut.

Semua pembantunya terdiri daripada orang Patani, kebanyakan mereka boleh berbahasa Siam, tadi saya pun tumpanglah sekaki walaupun bercakap dalam keadaan tergagap-gagap, saya sekeluarga makan Nasi Kerabu , Nasi Dagang dan Mi Goreng serta minumannya teh tarik, harganya berpatutan, rasa masakannya juga sedap dan lazat.

Nasi Dagang.

Nasi Kerabu


Insya Allah saya akan kunjung lagi ke sana nanti.


Sekian.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan