Jumaat, 9 Oktober 2009

Bersolat Jumaat di Surau Sekolah.

Salam Semua.

Hari ini ( Jumaat 20.Syawal 1430 ) saya menunaikan fardu Jumaat di Surau SMK.Teknik. Shah Alam. Selangor. Surau ini telah mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat dengan itu para pelajarnya tidak lagi bersusah payah ke masjid pada hari Jumaat. Maklumlah masjid jaraknya agak jauh dengan sekolah.

Menunaikan solat di surau kuranglah sedikit kelebihan atau fadilatnya berbanding dengan di masjid kerana di surau tidak disunat bersolat tahiyatul masjid dan beriktikaf. Bagi surau yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat kita hanya boleh mendirikan solat sunat wuduk, solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat sahaja, dua kebiasaan yang kita lakukan di masjid tidak dapat dipraktikkan di sini seperti disebutkan di atas.


Pemandangan sebelum sampai sekolah.
pemandangan seperti ini memang sudah menjadi kebiasaan,
maklumlah kawasan ini adalah kawasan perindustrian.

Kelihatan beberapa kereta
di atas lori muatan panjang.

Ini juga senario yang sama.


Bangunan perindustrian.di seberang jalan
bertentangan dengan kawasan sekolah .

Bangunan sekolah dilihat dari jalan raya.


Pintu gerbang.


Papan Tanda bermotivasi,
di tepi laluan ke surau..

Bangunan sekolah di bahagian tengah.


Tempat wuduk di tepi surau.

Inilah suraunya.
90% ahli jamaah adalah para pelajar.


Sekian.Wassalam


2 ulasan:

  1. gambar2 ni cikgu amek time nk g surau td keni.hehe
    :)

    BalasPadam
  2. Salam Syahbandar.

    Saya berjalan kaki je ke surau sambil itu saya snaplah gambar tu.sbb tu gambar tak berapa ok..he3

    BalasPadam