Salam semua.
Pagi tadi jam 9.15 pagi saya pergi bersarapan roti canai banjir di Restoran Di Kayu Tesco Extra

Selepas sarapan dan membeli sedikit barang keperluan dapur. saya terus memandu kereta ke arah Desa Alam , kerana melihat perkembangan pembinaan rumah anak yang baru dibeli di sana, kalau tidak salah saya taman ini akan dinamakan Taman Cahaya Alam.Apa pun lokasinya bersempadan dengan Seksyen 7. kalau hendak ke sana terpaksalah masuk terowong kerana sempadannya direntasi Lebuh raya.

Demikianlah perkembangannya.

Yang ada pokok tu rumah contoh.

Rumah kami agaknya di blok ini
Di dalam perjanjian jual-beli pemaju sepatutnya menyiapkan pembinaan sebelum bulan Disember kerana dalam bulan Disember sudah boleh diduduki. harap-harap proses pembinaan dan lain-lain yang berkaitan akan berjalan lancar. Nampaknya selepas ini kenalah berhijrah lagi.
Sekian. Wassalam.

Salam
BalasPadamSaya salah seorang pembeli di Cahaya Alam, bagaimana progress kawasan tersebut?
Salam Mini.
BalasPadamPagi semalam saya lalui jalan di tepi pagar kawasan rumah tersebut. kelihatan mereka sedang meratakan tanah di luar pagar iaitu kawasan antara pagar dengan jalan raya belakang tu.
Rumah rasanya telah siap, cuma jalan dan pagar yang belum siap.
Selamat berjumpa di sana nanti. insya Allah.