Selasa, 23 Jun 2009

Ikatan Silaturrahim mempermudahkan urusan kehidupan harian.

Salam Semua.

Ikatan silaturrahim mempermudahkan urusan kehidupan harian, kita sebenarnya tidak pernah hidup berseorangan kerana kita tidak mampu hidup tanpa orang lain, setiap ketika kita memerlukan orang lain, kita tidak mampu menjana eletrik untuk rumah sendiri, tidak mencipta kenderaan untuk kegunaan sendiri, tidak mencipta pakaian untuk kegunaan sendiri dan berbagai lagi keperluan kita, kita tidak mampu menyediakannya secara bersendirian, Tegasnya kita memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain untuk menyelesaikan urusan hidup kita, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh itu kita hendaklah menjaga silaturrahim sesama Islam atau sesama manusia.

Kita juga hendaklah sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, khasnya dalam mewujudkan dan mengukuhkan tali silaturrahim sesama kita supaya budaya dan amalan baik ini dapat dihidupkan berterusan. Aktiviti ini dapat dilakukan dengan cara ziarah menziarahi sama ada ketika sakit, melahirkan anak, kematian. khenduri kendara atau seumpamanya.

Pada selasa 23.06.2009 saya sekali lagi ke Hospital Selayang kerana menziarahi ahli keluarga yang sakit. Menziarahi orang sakit memang dapat menginsafkan kita betapa beruntungnya mereka yang sihat tubuh badan, semestinya kena bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut.

Di bawah ini saya sengaja perturunkan gambar-gambar untuk tatapan anda yang jarang ke KL dan kawasan sekitarnya, gambar tersebut diambil disepanjang perjalanan Shah Alam, KL dan Selayang.








___________________________



Maksud Surah Al.'Asr (masa);
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang berriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
Keterangannya.
Semua manusia di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh serta suka berwasiat (memberi nasihat) kepada temannya dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang dikatakan soleh ialah orang yang mengerjakan kewajipan terhadap dirinya, seperti menjaga kesihatan, kepada keluarganya seperti perbelanjaan mendidiknya,kepada tetangganya, isi negeri dan manusia amnya iaitu dengan tolong menolong dan beramah mesra dengan mereka. Begitu juga terhadap Allah s.w.t, seperti mengerjakan solat, puasa dan seumpamanya. Pendek kata mengikut apa yang diperintahkan Allah s.w.t dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.
______________________


Sekian,. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan