Khamis, 30 Julai 2009

Pesta Buku - Di PKNS.

Salam Semua.

Jam 9. 30 Santai Sihat sampai di PKNS pergi ke sana atas dua tujuan pertama ingin menikmati kuih muih yang memang lazat-lazat dijual di bangunana tersebut dan yang keduanya ingin melihat buku-buku yang dipamerkan. Se
mpat juga mengambil beberapa keping gambar, sedang asyik mengambil gambar kanak-kanak Tadika yang sedang menonton pertunjukan di pentas aras bawah PKNS tetiba saja bateri telefon bimbit lemah dan tidak lagi berfungsi, terlupa semak sebelum bergerak ke sana tadi. Berbagai jenis buku yang dipamerkan di tengah aras satu bangunan tersebut dan juga buahan-buahan yang terletak di belakang bangunan gambarnya tidak dapatlah direalisasikan sepenuhnya di sini.

Sekiranya anda mempunyai masa lapang layan-lay
anlah gambar-gambar di dawah ini.


Perbagai Toko Buku.


Demontrasi Menjawab Soalan Matematik

Pertunjukan khas untuk kanak-kanak.

Pesta buah-buahan.
Syukurilah nikmat Allah, Insya Allah rezeki akan bertambah..


Jumaat.
31.07.2009.

Sekian. Wassalam.

2 ulasan:

  1. salam pak ngah. Satu kombinasi yang menarik tu. Sambil membaca sambil menikmati buah-buahan tempatan.

    BalasPadam
  2. Salam.
    Memang betul Dr.Sam.Kalau ada anak-anak yang masih bersekolah - elok dibawa untuk meningkatkan minat membaca.

    BalasPadam