Jumaat, 19 Jun 2009

Aktiviti Santai Sihat pagi ini (Sabtu)


Salam semua.

Jam 5.30 pagi digerakkan oleh jam menggantikan ayam jantan yang biasanya berkukuk di reban menjelang subuh, Saya pun bangun, terasa sedikit sakit kepala, mungkin kerana cuaca panas pada waktu malam, sebum bangun buat sedikit senaman ringan sambil berbaring supaya darah bergerak ke seluruh badan dan oksigen mengambil tempat masing-masing dengan itu badan menjadi seimbang dan segar, kemudian barulah bergerak ke bilik air untuk bersugi , mandi dan berwuduk, Ketika itu telah pun masuk waktu Subuh, jadi saya pun bersolat subuh berseorangan, setelah selesai solat saya pun buka laptop dan membaca blog kekawan, sambil mengambil sarapan ringan.

Jam 7.40 pagi saya bersama isteri bertolak ke Pasar Asnaf di Seksyen 3. Shah Alam, di sana barulah betul-betul sarapan kena roti canai banjir, lepas itu barulah masuk ke Pasar Asnaf untuk membeli ikan dan sayuran, hanya beli sayur sawi sahaja kerana tiada ikan yang segar.

Jam 8.30 bertolak balik dan singgah dahulu di Pasar Tani Seksyen 17, sebelum sampai Sk17 saya berpusing-pusing dua tiga kali di sekitar Sek.16 kerana hilang arah, akhirnya bertemu bulatan Andalas, barulah rasa cerah mata dan cerah hati - hehehe manusia lemah- Saya salah masuk lorong bila sampai di Bulatan Perusahaan, Biasanya saya ke Sek 17 bertolak dari Sek.20 dan melalui Sk 19, 18 dan barulah sampai ke Sek 17, bila datang dari arah lain kepala saya jadi pusing, memang pun jalan di Shah Alam ini berpusing-pusing, Sebenarnya pelan tapak yang direka itu sangat baik dan patut dipuji,saya tidak pandai menari bukannya tanah tinggi rendah.

Dalam perjalanan hujan turun lebat sambil kepala yang bercelaru dengan sesat jalan tadi, saya sempat juga bersyukur kepada Allah atas nikmat hujan itu dan berharap hujan itu sampai ke kawasan perumahan yang kami tinggal kerana dah lama tidak merasai hujan di tempat kami tinggal walaupun di KL dan pusat bandar Shah Alam hujan tetapi hujan kali ini memang sampai ke rumah kami.

Semasa kami di sek.17 hujan masih lagi lebat, kami ke sini cuma hendak beli air asam ko, malangnya penjual tersebut tiada, Kemudian kami singgah beli kebab ayam tiga bungkus dari Gerai Abd.Latif. Selepas itu kami pun balik ke rumah, tiba jam 10.00 pagi.


Sekian.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan