Salam semua.
Pada hari Ahad ( 15.03.2009 ) jam 9.oo pagi saya sekuarga bertolak dari Shah Alam ke Balakung, Serdang kerana menghadiri Majlis Pertunangan. Dari Serdang kami bertolak ke Taman Dagang, Kuala Lumpur, jam 10.40 pagi bersama beberapa buah kereta sanak saudara.Majlis Pertunangan dijadualkan jam 11.00 pagi. Saya ditugaskan menjadi ketua rombongan dan juru cakap pada hari tersebut, oleh itu gambar yang diambil hanyalah yang sempat dan sesuai dengan Santai Sihat sahaja, gambar yang berkualiti berada pada juru gambar yang bertugas khas untuk majlis ini.
Meneruskan sunnah Nabi Muhammad.s.a.w. dan memakmurkan dunia dengan meramaikan umat Islam adalah aktiviti penerusan yang disuruh dan digalakkan oleh Islam, disamping dapat melayani sifat tabie manusia secara yang diredai Allah, membantu atau membuka jalan kepada seseorang ke arah kebaikan seperti ini adalah suatu amalan yang mulia dan terpuji. Berdoa untuk kebahagiaan orang lain seperti mendoakan untuk kebaikan diri sendiri kerana perbuatan itu adalah cetusan keikhlasan.
Semoga Allah memberi keberkatan dan kebahagiaan berterusan kepada mereka berdua.









sebelum bertolak



Menyaksikan nenek menyarung cincin pertunangan.




Sekian. Wassalam.
_______________________________
Santai Sihat menyambung cerita.
_________________________________
Isnin ( 16.03.2009 ) Santai Sihat berangkat ke Kluang ,
menziarahi keluarga dan anakcucu


Tol Air Hitam

Kuaters Askar , KM5 Jalan Mersing, Kluang.

Sekian.Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan