Salam semua.
Tanah, air dan api adalah di antara unsur yang sangat penting di dalam kehidupan harian manusia dan beg

Pagi tadi, setelah masuk bilik air untuk bersih diri, agak terperanjat kerana ketiadaan air, pagi ini tidak seperti pagi-pagi yang telah lalu, Walaupun diketahui air dicatu sejak beberapa hari yang lalu, kami tidaklah kalut sangat untuk menyimpan air kerana sebelum ini tidak pernah keputusan air walaupun dalam keadaan sedang dicatu. Agaknya dalam diam-diam hero yang ada di dalam rumah masuk berendam di dalam bilik air, kalau cuaca panas memang mereka sentiasa sahaja meminta untuk masuk mandi, biasanya aktiviti mereka itu diatur dan dikawal.
Seorang yang agak pandai menguruskan diri, pandai pakai baju, pandai memakai seluar dan juga pandai menggeludak laptop Tok Wan dengan memindah-mindahkan folder dari tempat asalnya. Agaknya dialah yang masuk menghuni di dalam bilik air tanpa disedari oleh orang lain. Maka berlakulah pembaziran dan sedikit kesusahan akibat perbuatannya itu. Kami masih bernasib baik kerana jam 10.00 pagi air telah pulih seperti sedia kala, kali ini kami lebih berhati-hati dengan meningkatkan kawalan bilik air....he3.....bersyukur Allah akan menambahkan nikmat-Nya lagi kepada hamba-Nya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan