Khamis, 27 Mei 2010

Khasiat Daun Lemuni.

Salam semua.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Sejak beberapa hari ke belakangan ini saya asyik teringin nak makan Nasi Lemak Daun Lemuni yang sering saya menikmatinya di Pasar Basah Bukit Gelugur. Pulau Pinang. Lokasi pasar ini adalah di Taman Tun Saadon tidak berapa jauh dari Universiti Sains Malaysia (USM), biasanya dijual pada waktu pagi. Ramai yang berkemahiran memasak nasi lemuni ini tetapi rasa keenakannya tidak sama sebab itulah saya sering ingat nak makan yang dihasilkan oleh penjual nasi lemak di pasar tersebut. Nasi dan sambalnya memang amat sesuai dan serasi, harganya pun berpatutan. Nantilah kalau saya ke sana saya akan usaha dapatkannya.

_________________________________________

LEMUNI HITAM ( Vitex trifolia )

Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam Lemuni.

Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.

(Tip ini dipetik dari.http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm)
_________________________
_______________

Sekian....Wallahu aklam.

7 ulasan:

  1. ha... baru semalam buat nasi lemak daun lemuni, ada kawan bagi. cuba nak tanam, katanya mudah hidup. insyaallah, pada mula anak2 tengok nasi tak cantik, pucat, lebam, apabila disuruh cuba makan. haha. betambah 3 kali. itu lah penangan nasi lemak daun lemuni. kisar dulu daun lemuni dengan air dan masok dalam nasi lemak yang akan dimasak. kali pertama mencuba. memang sedap. walau pun rupanya tak berapa cantik. makan dengan sambal ikan bilis. saya masak di klinik saja menggunakan rice cooker.

    BalasPadam
  2. katanya daun lemuni juga boleh membuat kita awet muda. coba lah....

    BalasPadam
  3. ubat resdung, bersin bersin paling bagus...
    air lemuni (kalau bleh jenis lemuni putih)
    yang pekat titis dalam hidung barang 3 4 titik pakai straw minuman sebelum tidur malam..
    pedihnya boleh tahan tapi kalau ulang dalam seminggu, insya Allah takyah jumpa bomoh/doktor resdung.

    BalasPadam
  4. Sya nak tanam pokok lamuni, ada sesiapa yg nak jual anak-pokok dlm polibag hitam yg sudah boleh ditanam boleh contact saya melalui email arifinh68@gmail.com atau 014-8322015

    BalasPadam
  5. salam.. favourite saya nasi lemak daun lemuni nih.. sekarang susah nak dapat daun ni. biasa makan masa kecil zaman arwah opah dok masak belas tahun dulu.. alhamdulillah pg td mak mertua petik daun ni & masak nasi lemak macam biasa cuma beza campur daun lemuni kisar, halba, serai & halia.. makan dengan sambal udang/ikan bilis & ikan masin.. mmg elok untuk orang yang ada masalah sembelit & angin.. mak mertua pun kata elok untuk awet muda jugak.. wallahualam.. :)

    BalasPadam
  6. .. sedang menikmati nasi lemuni yang dibungkus dengan daun pisang ni ...
    Rasanya ... not bad ... :-)

    BalasPadam
  7. Pokoknya nanti besar dn rendang....tk rugi kalau ditanam

    BalasPadam