Semua manusia suka dan berminat dengan hiburan serta memerlukan untuk menghiburkan hati supaya kedukaan tidak bersarang di hati. Hiburan pula terdapat berbagai jenis, di sana terdapat yang terlarang dan masih ada yang diizinkan, oleh itu marilah kita mencari hiburan yang diizinkan, sambil berhibur dapat juga kita mengingatkan Allah Maha Pencipta alam ini.
Kita juga dianjurkan supaya bersederhana di dalam menjalani kehidupan termasuklah berhibur, kini telah wujud ramai penghibur yang mampu berdakwah melalui lirik lagu dan seumpamanya.
Islam adalah Addin (cara hidup).Islam itu berakar umbi di dalam hati dan minda, Aktiviti badan adalah cetusan minda. Bila hati dan minda baik,maka baiklah penampilan badan. Jika hati dan minda Islam,
badan pun turut menjadi Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan