Jumaat, 6 November 2009

Peristiwa hari ini.



Salam semua.

Sabtu ( 07.11.2009 )

Jam 10.30 pagi tadi saya dan keluarga menghadiri khenduri doa selamat kerana salah seorang ahli keluraga nak berangkat ke Mekah pada 16.11.2009 untuk menunaikan fardu haji serta bertugas memimpin rombongan.
Sudah menjadi kelaziman orang Islam Malaysia yang prihatin apabila mendapat sesuatu keuntungan dan kebaikan mereka akan meluahkan rasa bersyukur dengan membuat jamuan atau khenduri doa selamat serta mendoakan kebahagian ibu bapa sama ada yang masih hidup atau telah mati, bukan sahaj
a untuk ibu bapa malah untuk semua kaum muslimin dan muslimat. demikianlah agaknya cara berfikir anak-anak yang solih.

Sebahagian besar jemputan tadi adalah para pelajar Sekolah Tahfiz al.Quran di Taman Tun Dr.Ismail Jaya. ( TTDI. Jaya ) Shah Ala
m. YB. Yaakub Sapari dan isteri turut hadir, mereka di antara tetamu yang terawal hadir ke majlis tersebut.

Jam 2.30 petang barulah saya dan keluarga tiba balik ke rumah.






Sekian.Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan