Rabu, 2 September 2009

Suasana Ramadan al.Mubarak.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Adik Muhammad bin Ahmad Zahid.

Santai Sihat pada bulan Ramadan ini menjadi peronda bebas Bandar Raya Shah Alam pada waktu awal petang kerana ketika itu kurang kesesakan lalulintas , rondaan itu bertujuan membeli makanan untuk berbuka puasa dan bersahur sambil melihat suasana Ramadan, memang meriah di mana-mana tempat pun di Malaysia ini pada bulan Ramadan terutama Pasar Ramadannya. Santai Sihat cuma ingin menceritakan di kawasan rondaannya sahaja.

Pada waktu malam tentulah tiada masa untuk meronda kerana umat Islam akan pergi ke masjid atau ke surau untuk mengerjakan solat fardu berjamaah dan solat sunat terawih. Maka begitulah juga saya pada waktu malam pergi ke masjid atau surau.


Masjid Sultan Abd.Aziz. Shah Alam.
Pandangan di waktu malam.

Pada malam ke 10 Ramadan Santai Sihat berlapang masa ke Masjid Sultan Abd.Aziz untuk merasai suasana solat terawih di sana, keputusan saya ke sana memang tepat seperti yang dihajatkan, kebetulan pada malam itu adik Muhammad seorang budak awal remaja yang pandai dan mahir membaca al.Quran ( saya tidak pasti hafazannya sampai ke peringkat mana sama ada 30 juzuk atau kurang tetapi yang pasti beliau seorang yang sangat mahir membaca al.Quran dan sering merangkul hadiah di dalam dan di luar negara ), Pada malam itu beliau diberi kepercayaan oleh pihak masjid untuk mengimamkan solat terawaih, Kemahirannya menjadi imam tidak dapat disangkal lagi. Cara beliau mengimamkan solat sangat meyakinkan, pengetahuannya mengenai cara-cara menjadi imam memang sudah tersemat di dalam dadanya dan telah melampaui usianya atau dalam perkataan lain kebolehan beliau sudah setaraf dengan orang yang telah dewasa malah ramai yang telah beliau atasi. Demikianlah Allah mengangkat darjat orang yang berilmu.


Gambar-gambar ini diambil pada
waktu awal petang di Pasar Ramadan.


Gambar ini diambil di kedai pemborong kurma
kawasan perindustrian UEP bersebelahan dengan SMK.Teknik Shah Alam.


Sekian.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan