Sabtu, 5 September 2009

Allah masih mentakdirkan perkara baik menyebelahiku.

Salam Semua.

Tidak merasai risau, Pada hal telah melakukan perkara yang boleh membahayakan diri.

Jam 10.30 pagi tadi saya keluar ke Seksyen 20 untuk membeli barangan keperluan, sebelum masuk ke kawasan kedai saya singgah dahulu di stesen minyak Petronas berhampiran dan mengisi minyak sebanyak RM20.00, selepas itu barulah saya masuk ke kawasan kedai dan membeli beberapa barangan tetapi belum mencukupi apa yang hendak dibeli kerana barang yang hendak dibeli itu tiada. kemudian pula pergi ke Sek.19 di sana pun tiada, selepas itu barulah membuat keputusan pergi ke Tesco Extra. Sampai sahaja di hadapan Tesco Extra saya mengalihkan pandangan ke arah Stadium Malawati. Masya Allah banyaknya kereta sehingga tempat letak keretanya penuh dan sebahagiannya terpaksa meletakkan kereta mereka di depan Pasaraya Tesco Extra dan berjalan kaki ke Pasar Tani Mega Shah Alam. Ketika itu jam 11.25 pagi, tidak berada lama di Tesco extra setelah selesai membeli beberapa barang kieperluan saya pun balik.



Sesampai sahaja di rumah kelihatan tangki minyak dalam keadaan terbuka dan tudung atau penutupnya berada di atas bumbung kereta, Masya Allah, terkejut besarlah saya, nasib baik Allah masih mentakdirkan yang baik untuk saya, syukur alhamdulillah, barang kali berkat doa tuan imam Masjid Sultan Abd.Aziz malam tadi atau berkat pemandunya yang profesional hehehe bergurau ja. kalau saya me
mandu kereta itu lebih jauh lagi saya tidak pasti tudung tangki itu masih boleh terletak kekal di situ.



Demikianlah kelemahan manusia. Peristiwa ini mengingatkan saya akan peristiwa yang berlaku pada tahun 1990an dahulu di mana saya meletakkan serongkul atau serangkai kunci beserta dengan satu mangga kunci di atas bumbung kereta dan saya memandu ke sekolah sejauh antara 4 atau 5km untuk bertugas. semasa sampai di sekolah saya tidak menyedarinya pun tetapi apabila hendak balik barulah saya menyedari terdapat serongkul kunci di atas bumbung kereta dan menyangkanya pula ada orang meletakkannya di atas bumbung kereta saya dan terlupa mengambilnya balik, diwar-warkan kep
ada kekawan tiada siapa yang mengakuinya, akhirnya saya bawa balik kunci tersebut dan barulah saya sedar bahawa kunci tersebut adalah kunci rumah dan kunci pagar rumah saya sendiri. Tetapi peristiwa ini bukan berlaku di dalam bulan Ramadan.

Berlakunya peristiwa begini walaupun amat berbahaya situasinya di mana ianya boleh terdedah kepada kebakaran dan lain-lain tetapi kejadian itu tidak merisaukan kerana kita mengetahuinya setelah peristiwa itu selesai berlaku. Hanya mampu mengucapkan dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha berkuasa.

Ahad.
16. Ramadan 1430

06.September 2009

Sekian.Wassalam.

2 ulasan:

  1. kawan saya selalu terlupa untuk menutup tudung tangki minyak tersebut dan kehilangan penutup tersebut beberapa kali dalam masa setahun.

    ada hikmah rasanya :)

    BalasPadam
  2. Salam Faisal Admar.
    Dah lama kita tidak bertemu.
    Bagi saya ini kali pertama terlupa penutup tangki tu.
    Kalau setahun beberapa kali, nampaknya kena banyak makan buah kismis. he3.

    BalasPadam