Rabu, 9 September 2009

Isteri balik kampung.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pagi tadi jam 9.00 pagi saya bertolak dari Sek: 26 Shah Alam ke Hentian Bas Jalan Duta Kuala Lumpur menghantar isteri dan adik ipar balik ke Alor Setar kerana ada urusan keluarga, lebih kurang jam 9. 30 kamipun tiba di Hentian Duta, bas yang akan dinaiki akan bertolak jam 10.00 pagi. Kami bertolak dari rumah dengan menghidupkan GPS yang tertera gambarnya di bawah ini atau di atas sana, sengaja hendak cuba sejauh mana kejujuran GPS ini sebagai rakan tunjuk jalan, kerana jalan ke tempat dituju memang telah sedia diketahui melalui pengalaman yang telah lalu, nampaknya GPS boleh dipercayai. Saya pun rasa kagum juga dengan kebolehan dan kecanggihannya. GPS itu digunakan oleh pemandu, saya hanya berada di sisinya sahaja.
Setelah bas bertolak kamipun bertolak balik ke Shah Alam.




Dua bangunan di atas adalah bangunan yang sama di snap dari Hentian Duta, bengunan tersebut ialah Institusi Integriti Negara.
Namanya kedengaran hebat , sejauh mana fungsi dan keberkesanannya, wallahu aklam.

Layanilah gambar di atas itu semuanya disnap di Hentian Duta. untuk tatapan mereka yang belum biasa ke sini. keadaannya agak lengang, mungkin dalam bulan Ramadan orang ramai tidak membuat rancangan untuk ke mana-mana kecuali mereka yang mempunyai urusan yang sangat penting sahaja yang terpaksa berjalan jauh .

Khamis.
20 Ramadan 1430.
10 September 2009.

Sekian.Wassalam.

5 ulasan:

  1. Salam Pak Ngah. Tak terperasan cerita GPS pun ada disini :) Saya tak pernah pula cuba menggunakan teknologi ni.

    Hari Ahad saya ke Hentian Duta menghantar anak ke K.Kangsar. Penuh parking dan juga orang ramai. Kebetulan ada majlis berbuka puasa disitu. Minggu terakhir ni suasana disitu pasti lebih meriah lagi.

    BalasPadam
  2. Salam Dr.Sam.

    Samalah kita, Pak Ngahpun mcam tu jugak. Pak Ngah cerita tu, anak Pak Ngah yang guna, rupanya GPS ni taat mahkluknya, dia memberi arahan sepanjang masa, belok kanana, belok kiri dan jarak jauh dengan destinasi berbaki sentiasa di bibir mulutnya.hahaha

    BalasPadam
  3. selamat hari raya aidil fitri pak ngah. saya pun belum pernah menggunakan GPS. kawan cakap, dia tak sesat pun di penang walaupun jalan mengelirukan dengan berpandukan GPS.

    BalasPadam
  4. Salam Faisal Admar.

    Memang GPS akan memaklumkan kpd kita ke mana hendak belok bila sampai simpang, kalau dia kata kanan kananlah kita.serta dengan pelannya sekali.
    Memang menakjubkan juga bagi mereka yang pertama kali mengetahuinya.Kalau dah lama menjadi perkara biasa pula, walaupun kita hanya pandai mengguna sahaja dan tidak pandai mencipta.

    BalasPadam
  5. SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    BalasPadam