Selasa, 26 Mei 2009

SELAMAT BERCUTI.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

SELAMAT BERCUTI.

Kepada semua pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah. Cuti sekolah bagi setengah negeri akan bermula pada hari Jumaat seperti negeri Kedah dan negeri-negeri yang sama denganya dan negeri yang lain pula seperti Selangor dan yang sama denganya akan bermula pada hari Sabtu akan datang ini.

Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan ank-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Bercakap pasal cuti ini, saya teringat masa yang telah lalu di mana ketika cuti biasanya saya menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan atau kursus motivasi. Pada ketika itu Datuk Dr. Hassan bin Moh.Ali menganjurkan Kem Motivasi , kalau di sebelah utara sering diadakan di Universiti Utara Malaysia. Semua anak-anak saya dihantar mengikuti kursus tersebut dengan dikenakan bayaran yang berpatutan, kursus seperti ini sangat berkesan kepada para pelajar tetapi selepas kursus ibu bapa hendaklah membuat tindakan susulan bagi memastikan kesan tersebut dihayati berterusan dan tidak putus kesinambungannya.

Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada ank-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka. Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.

Kursus motivasi mampu memberi sumbangan sekadar 10% sahaja, kelas pengajaran dan pembelajaran secara formal adalah paling utama dan amat penting dimantau dan diberi perhatian sepanjang masa oleh guru dan ibu bapa.

Semoga anda memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat bersama keluarga.

Sekian. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Wassalam.

2 ulasan:

  1. kualitas masa itu bukan pada lamanya tapi pada pengisiannya.

    Selamat Bercuti buat yang terlibat...

    BalasPadam
  2. Salam.
    Hari ini Sabtu 30.05.2009 ajak depa pergi Zoo Negara, seronok juga, sejak tahun 1972 inilah baru pergi pula, tentu sekali dah banyak berubah.

    BalasPadam