Sabtu, 2 Mei 2009

Santai Sekeluarga - Full House.




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Setelah lama tidak berkumpul sekeluarga pada beberapa hari ini kami berpeluang berkumpul sekeluarga ( Full House), tidak ramai semuanya berjumlah sepuluh orang sahaja. Malam ini ( Sabtu ) kami mengambil kesempatan pergi menjamu selera di Kampung Baru, KL .buat kali kedua di Restoran Rosdet Tomyam. Kami suka ke restoran ini kerana makanannya sedap dan lazat, Walaupun ramai pelanggan tetapi layanannya sangat memuaskan, dalam masa 15 minit insya Allah makanan yang dipesan siap dihidangkan.
Makanan dan minuman dipesan sekadar cukup dimakan tujuh orang dewasa, harganya RM130.00, berbaloi.





Santai sekeluarga tidak termasuk tiga orang di meja sebelah.



Sekian.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan