Sabtu, 28 Februari 2009

Santai Sihat ke Kampung Baru. KL



____


Santai Sihat ke Kampung Baru. KL dan Pasar Tani Shah Alam.

Malam tadi ( 28.02.2009 ) selepas solat Isyak saya bersama keluarga ke Kampung Baru, KL. Pada awalnya saya tiada sebarang rancangan hendak pergi ke mana-mana pun kerana diajak dan dipelawa saya pun ikut, walaupun tidak mengetahui lokasi yang mereka hendak tuju. Rupa-rupanya menuju ke Restoran ini, tempatnya tidak besar tetapi mereka pandai mengenakan hiasan dalaman yang boleh menjadikan pelanggan rasa selesa. semasa menempah makanan saya sempat bercakap-cakap dengan tamusajinya yang tidak begitu fasih sebutan bahasa Melayu oleh itu tamusaji itu tidak banyak bercakap, mungkin rasa malu kerana pelatnya itu, lantas saya pun mencuba kebolehan saya bercakap di dalam bahasa yang dia mahir dan saya pula yang tidak mahir iaitu menggunakan bahasa Siam Kedah, walaupun saya tidak mahir tetapi masih mampu untuk meneruskan berintraksi dengannya.

Inilah meno yang kami tempah, sebahagiannya tiada di dalam gambar kerana diambil secara gopoh gapah saja, orang terlalu ramai, mungkin masakannya yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan. Saya sendiri pun sangat berpuashati dengan masakannya dan mungkin akan pergi pula buat kali berikutnya. Kebanyakan kedai makan atau restoran yang menjadi dan mengambil berat tentang kualiti serta beristiqamah dengannya, para pelanggan akan tetap dan terus mengunjungi kedai tersebut.

Biasanya peniaga yang menjalankan perniagaan di dalam bulan Ramadan, iaitu di Pasar Ramadan ramai juga yang tidak berkualiti masakan mereka, kekadang kita tidak berani membelinya kerana takut nanti tidak sedap dimakan dan dibuang begitu sahaja.




Dah makan separuh baru teringat snap gambar hehehe


Ikan tiga rasa/masak masam manis/ sok som wan


Kerabu mempelam


Udang celup tepung


Tom Yam

Dah tinggal pinggan kosong.
_____________________________________________

Makanlah makanan yang halal dan baik
_______________________________________


Pasar Tani

Pada pagi ini pula ( 01.03.2009 ) Santai Sihat ke Pasar Tani di lapangan letak kereta Stadium Shah Alam. tujuan saya ke sana untuk membeli pisau untuk kegunaan di dapur, setelah berpusing-pusing mencarinya pisau yang dihajati itu pun tidak ketemu, sebelum itu saya dan keluarga pekena nasi lemak terlebih dahulu di gerai yang selalu saya kunjungi. Kurang lebih satu jam meronda-ronda di kawasan Pasar Tani saya pun balik, Apabila sampai di penghujung di sebelah timur pasar iaitu berhampiran lapangan letak kereta, terjumpa pula dengan penjual peralatan kemahiran hidup, beliau menjual hanya sejenis alat sahaja tetapi alat ini bertindak serba guna, harganya RM20.00, saya rasa harga itu sangat murah walaupun ianya bukan di dalam senarai belian, saya mengambil keputusan membelinya . Alat tersebut seperti tertera di bawah ini.


Prime Hammer
RM20.00


Disenaraikan kegunaan " Prime Hammer" seperti di bawah ini.

(1) Hammering a concrete nail in concrete.
(2) Use as hammer.
(3) Screwdriver.
(4) Use as plier.
(5) Use as paiewrench.
(6) Pinch metal pieces together.
(7) Pull out broken nails
(8) Wiry clamp.
(9) Pull out nails easily
(10) Cut wire & nails.

Di belakang kotak tertulis nombor HP: 012-3302052

Catatan:
Saya rasa kagum dengan kebolehan peniaga ini, mereka terdiri daripada tiga orang, mungkin tiga beranak. si isteri menguruskan hal kewangan iaitu menerima wang, anak memasukkan hammer itu ke dalam kotak dan beg plastik untuk pembeli, manakala peniaga tersebut membuat demonstrasi pada setiap 10 fungsi Hammer buatan Jepun tersebut. Beliau sangat cekap dan mahir melakukan demonstrasi serta petah memberi penerangan. Penerangannya amat meyakinkan. Penerangan dan demontrasi yang diberikan itu berterusan, sentiasa diulanginya kerana pelanggan datang bersilih ganti, ulangannya juga mengikut tertib fungsi yang terdapat dikotak tersebut.

Penjelasan yang meyakinkan itulah yang menyebabkan jualannya menjadi laris. Kalau tiada penjelasan seperti itu, sekiranya alat tersebut sememangnya berkualiti sekali pun jualannya mungkin tidak akan selaris itu. Demikianlah ilmu memainkan peranannya.

Sekian. Wassalam.

3 ulasan:

  1. salam,

    ditempat saya terjumpa hammer serbaguna tersebut di pasar malam,di dual dengan harga RM25.00. mungkin penjual yang sama kerana pasar tani shah alam itu tidak jauh dari kawasan perumahan saya.

    BalasPadam
  2. Salam Dr.Sam.
    Mungkin di Pasar Tani Shah Alam, lebih ramai pelanggan kot, dia boleh jual banyak ,murah pun masih dapat banyak keuntungan.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.. saya merupakan anak kepada penjual hammer tersebut :D anak perempuan ENCIK GHANI BABA :).... terima kasih sebab listkan blog tentang penjualan ayah saya... selama 5thn ayah saya menjual hammer ini..tidak pernah sekali kami jual dengan harga rm25.00 mungkin ade penjual yang lain yg menjual hammer tersebut.. apa2 pon kalau ingankan hammer tersbut sila telifon 0123302052 (rohani/ghani)

    p/s: oh yeah..kalau ingin membuat pembezaan dari hammer kami dengan hammer yg di jumpai di tempat lain...sila lihat dari mana keluaran hammer tersebut ...terima kasih

    BalasPadam