Rabu, 18 Februari 2009

Menjaga tepi kain orang lain amalan yang baik.





Salam semua.

Hanya entri ringkas sekadar menyatakan perbezaan pendapat. kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,
Buat baik berpada-pada bermaksud sesuatu pekerjaan yang baik sekali pun hendaklah dilakukan secara berpada-pada atau secara sederhana dengan mematuhi batas-batasnya yang tertentu kerana perbuatan yang melampaui batas itu seringkali membawa keburukan kepada kita. sebagai contoh, bersedekah tidaklah sampai menggunakan wang berbelajaan harian yang sepatutnya untuk mereka yang di bawah tanggungan kita atau menziarahi rumah jiran tidaklah sampai masuk ke dalam bilik kerana hendak menunjukkan keakraban atau tuan rumah tidaklah sampai mengizinkan pelawat masuk ke bilik tanpa alasan yang munasabah.

Buat jahat jangan sekali pula membawa maksud bahawa sekali-kali tidak diizinkan untuk membuat kejahatan, bukan bermakna tidak boleh buat sekali tetapi boleh dibuat banyak kali. bagaimana hendak buat banyak kali kalau sekali tidak boleh dilakukan kerana banyak itu akan bermula dengan satu, jika tiada satu tentulah juga tiada dua dan seterusnya, Demikianlah indahnya simpulan bahasa ini.

Jangan menjaga tepi kain orang lain.
Simpulan bahasa ini sebenarnya ditujukan kepada orang yang lebih sebok dengan hal orang lain atau kelemahan orang lain tetapi melupai atau mengabaikan urusan sendiri yang sepatutnya diselesaikan. Rangkaikata tersebut sebenarnya lain yang disebut, lain yang dikehendaki. Maksud yang dikehendaki ialah "jangan mengganggu tepi kain orang lain".

Menjaga tepi kain orang lain.
Menjaga tepi kain orang lain sebenarnya suatu amalan yang baik dan bertanggungjawab. Inilah amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat dahulu yang dikategorikan sebagai kerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Dalam ajaran Islam juga amalan ini disuruh peraktikkan atau hayati di dalam masyarakat. iaitu terangkum di dalam suruhan melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.

Wassalam. Allah Maha Mengetahui.

5 ulasan:

  1. terima kasih sudi singgah blog lieya....

    seronok bace nukilan di sini.....banyak yg bernas....

    BalasPadam
  2. saya lebih suka jaga tepi kain sendiri dahulu sebelum mencuba-cuba untuk menjaga tepi kain orang lain pula. Lebih-lebih lagi tuan punya kain jatuh dalam kategori kaki pukul...

    BalasPadam
  3. Sdri. Lieyalatif.
    Blog ini utk santai-santai je, santai-santai dan selitkan sedikit perkara yg berfaedah.TQ

    BalasPadam
  4. Sdr.Dr.Sam.
    Minta dijauhkan, kita menjaga mereka yang pernah menjaga tepi kain kita sahaja. Tiada beban jangan dicari beban, hehehe.
    Kalau kita miliki urat besi ok, kita boleh lawan balik.
    Ada senapang pesaka pun terpaksa diserah balik, kalau masih ada beranilah sedikit ye, bergurau je.
    Wassalam.

    BalasPadam
  5. bukankah menjaga tepi kain orang itu boleh menimbulkan fitnah kemudian boleh merenggangkan hubungan silaturrahim???

    BalasPadam