
Salam semua.
Sabtu. 19. Disember 2009.
Jam 8.00 pagi tadi saya ke Tesco Extra dan bersarapan di situ, kemudian singgah di Selangor Ria 2009 & Hari Peladang & Penternak dan Nelayan di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam, macam-macam ada tetapi sayangnya bateri HP saya lemah tidak dapatlah saya mengambil gambar-gambar pertanian dan nelayan dll, sekadar inilah sahaja yang dapat saya ambil untuk tatapan anda. Sangat baik untuk anak-anak menyaksikannya bagi menambahkan pengetahuan dan memberi motivasi kepada mereka.
Motivasi tersebut akan lebih berkesan, jika diikuti dengan penjelasan dan penerangan oleh mereka yang dewasa dan menjurus kepada minat yang sesuai dengan mereka.
Anda yang tinggal berhampiran mempunyai peluang ke situ dalam beberapa hari ini.Kalau tidak salah ingatan saya ekspo ini akan diadakan sehingga 27 Disember 2009.



Banyak lagi gerai lain yang tidak dapat abadikan di sini.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan