Rabu, 27 Januari 2010

Demokrasi semakin durjana.


Salam Semua.

Puisi ini dipetik dari facebook dan dibuat sedikit pindaan untuk tatapan anda sambil bersantai.
_________________

Demokrasi kini telah lanjut usianya .
Sedang diamalkan di banyak negara.
Walaupun amalannya semakin durjana.

Ramai terpaksa ikut dan guna.

Itulah senario yang ada.
Buruk atau baik itulah sahaja.
Memerlukan anjakan dan usaha.
Supaya dekat Allah Taala.

Kalau sudah ada kuasa.
Baik dibuang , ditinggalkan sahaja.
Keadaan kini tidak upaya.
Tiada rotan akar pun berguna.

Memang benar penjelasan anda.
Mengenai situasi sedia ada.
UMNO. PAS bukan tajuk bicara.
Penghayatan Islam teras utama.

UMNO,PAS pertunjuk perbezaan fikrah.
Perjuangan berbeza, pengisian pun berbeza.
Rakyat perlu ubah langkah.
Supaya kita sama bicara.

PAS.UMNO bukan matlamat.
Itu hanya wadah semangat.
Penghayatan Islam adalah hajat.
Itulah wawasan itulah matlamat.

Pendidikan Islam penyatu bicara.
Barulah kefahaman menjadi bitara.
UMNO,PAS duduk semeja.
Memakmurkan Islam bersama-sama.

Kasihkan bangsa umpama kasihkan keluarga.
Aqidah dan agama.sama-sama dijaga.
Harta pusaka dibahagikan saksama.
sekadar sedekah kepada musafir kelana.

Bumi Allah hak bersama.
Hak milik tetap berbeda.
Hak adik. adik yang punya.
Hak Melayu. Melayulah yang punya.

Pendekatan waqia' kita guna.
Bangsa asal tidak teraniaya.
Islam memang menjaga semua.
Keadilan sejagat paling utama.

Sekadar pandangan minda lama.
Ada salah dan tidak berguna.
Jangan ambil semua wacana.
Hanya pilih yang berguna.

Sekian. Wallahu aklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan