Jumaat, 14 Ogos 2009

Penduduk Patrina dan Katrina bergotong-royong.



Salam Semua.

Aktiviti Santai Sihat hari ini.
( Sabtu: 15.08.2009 ).


Jam 7.00 pagi ke Pasar Asnaf di Sek.3 untuk mem
beli ikan dan lain-lain keperluan dapur. lebih sejam setengah di sana barulah balik ke rumah.

Setibanya di rumah jiran memaklumkan bahawa pada pagi ini ada gotong- royong membaiki besi palang atau penghadang jalan di pondok jaga yang telah tumbang beberapa hari yang telah lalu, juga membersih dan mengecat semula pondok jaga serta membuat kerja-kerja penambahan lampu di pondok tersebut.

Jam 9.00 pagi berulah Santai Sihat ke lokasi untuk sama-sama menjayakan gotong-royong tersebut. Jam 1.12 t.hari barulah balik, sebahagian kerja sebenarnya belum siap lagi. Santai Sihat hanya datang sebagai mencukupkan korum sahaja. bolehlah juga bantu apa yang patut.
Tindakan seterusnya AJK akan membuat keputusan,
mungkin petang ini akan disambung semula untuk menyiapkan kerja yang masih perlu disiapkan.


" BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH".




Memyiapkan pendawaian letrik.


Pindah besi palang ke bawah pokok.


Barulah korek lubang dan nyahkan bahan yang
tidak boleh digunakan semula.



Lubang hampir siap.


Tapaknya hampir siap.


Kumpulan yang satu lagi.
Bersihkan dan cat semula pondok jaga.


Patri semula


Siap dibina semula -
masih belum kering sepenuhnya.



Kembali kepada keadaan asal.

Mereka mengaplikasikan kepakaran masing-masing dengan itu kerja yang memerlukan pelbagai kepakaran itu dapat disiapkan dengan mudah sahaja. Demikianlah untungnya bekerjasama.

Jam 5.00 petang Santai Sihat datang semula ke lokasi didapati segala-galanya telah siap.

Syabas AJK Patrina dan Katrina kerana anda bekerjasama di antara satu sama lain. Sikap inilah yang membawa berkat kepada masyarakat setempat.


Sekian . wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan